Dalam hidup ini bukannya aku tak pernah ada saat terendah. Ada aje. Tapi lepas episod itu berlalu kita jadi makin kuat. Ko dah tak kisahlah lagi orang nak kata mau monster, ke hapa ke. Yang aku tahu sejak kecil lagi aku tak suka orang pandang aku mangsa, atau mangsa keadaan. Aku tak suka orang kesiankan aku. Tapi tu aku risau resah juga dengan pandangan orang terhadap diriku.
Tapi kini aku dah tak kisah lagi apa orang nak kata pasal aku. Dah nama aku Melayu, Melayu ni memang dalam family aku sendiri pun orang Melayu kata, orang Jawa lagi berharga dari Melayu. Jika hari ini kau Melayu dan kau ada rasa inferiority complex, aku faham. Persekitaran kita banyak menyumbang ke arah itu. Tak taulah korang macam mana, tapi kalau kau macam aku, budak kampung, memang it is not easy to be a Malay unless ko macam aku yang memang born "gila" yang punya keyakinan diri tahap dewa.
Bagaimanapun aku, tak berapa amik port pun pasal benda ni sangat. Ko nak kutuk bangsa kau sendiri pemalas, ko nak puja bangsa lain lantak kaulah kan. Dalam family, kalau tak puji bangsa lain hebat, mak-mak suka banding anak orang lain. Anak orang itu, orang ini bla bla. Mak aku tak terkecuali dari buat perangai begitu. Cer ko tengok anak dia bla bla bla bla.--- Aku buat pekak je, tapi Ateh, akak sepupu aku pernah naik angin bila dibanding-banding begitu. Ateh cakap ape tah, sikit lebih kuranglah "kenapa suka membanding-banding? Tak bolehkah cakap pasal kejayaan dan pencapaian kita-kita aje?" Masa tu Ateh baru je balik dari England mengaji Law dan tengah buat LLB di Universiti Malaya. Kalau aku pun hangin kut, ko langsung tak pandang penat lelah aku mengaji sampai ke England sana, sebab mak dan mak sedara kau semua asyik meratibkan anak jiran kau pandai masak, pandai kemas rumah dan tak lama lagi nak kawen dengan cikgu.
Pendek kata kita sabotage diri kita sendiri sejak awal kejadian. Lepas tu kau ada masalah esteem rendah, kau buli orang, tapi kau twist kau yang kena buli, itu macam punya kes memang banyak aku jumpa. Kau yang select tak nak kawan orang itu, orang ini, lepas tu kau pusing cakap orang select tak nak kawan kau, itu semua aku rasa terjadi terbentuk sebab masa lalu kau yang sangat sukar. Kau sukar dapat pengiktirafan. Pengiktirafan yang sepatutnya pun kau susah nak dapat, apatah lagi pengiktirafan yang kau damba-dambakan. Orang Melayu ni tabiaatnya tak puji anak depan-depan, tapi balik belakang dia akan puji dalam hati je, betapa dia bangga punya anak seperti engkau. Aku tahu itu, sebab kalau aku ada anak pun rasanya aku malu nak puji anak aku begitu-begini depan muka dia. he he.
Aku macam kau jugak, tapi beza aku dengan kau aku tak peduli, aku embrace aku gemuk, aku tak cantik, aku monster. Aku tak buang masa nak reverse benda ni. Yang gemuk tu bukan aku tak cuba, dah cuba dah, tapi aku memang kuat makan dan suka makan. Yang tak cantik, tu biarlah memang aku malas bersolek. Yang monster tu, memang aku monster pun. Gangster. Aku kalau nak marah, aku marah je. Baru semalam aku buli budak ofis aku sebab ntah aku memang dari dia masuk-masuk ofis je, ntah aku pun tak tau aku berbulu je pandang muka dia. Bukan sebab muka dia macam Syed Sadiq, tapi aku tak tahu kenapa aku meluat betul tengok dia. Semalam, puas hati aku dapat marah dia he he he.
Oh lagi satu, ada satu senjata yang aku ada, tapi tak de pada ramai orang, aku ajar diri sendiri untuk tidak menyimpan apa-apa pengharapan pada sapa-sapa, atau pada apa benda baik yang aku buat. Aku tak nafikan pujian, pengiktirifan itu mengembirakan, tapi jika terlalu mengharap, akan kecewa jika apa diharap tak menjadi. Aku tau senang aku nak cakap pasal ini sebab aku tak cantik, aku gemuk, mulut aku jahat, aku tak harapkan orang, orang pun tak harapkan aku. Benda biasa. Orang macam aku ni orang tak pandang, tapi kalau nak cari kambing hitam akulah orangnya. Cuma orang tak berani nak kambing hitamkan aku sebab aku tak ada ramai kawan. Aku sorang-sorang aku je. Kalau ada benda jahat berlakupun susah orang nak kambing hitamkan aku sebab aku boleh perasan, yang aku ni bersih,lah, tak reti nak kacau orang. Aku kawan orang pun tidak, macam mana aku nak kacau orang, pulakkan? Contact pun tak pernah, macam mana nak tuduh aku buat onarlah pulak, kan? Atau merancang, apa-apa jenis onar terancang, kan?
Dua senjata yang perlu ada, no 1, buat pekak, no 2 jangan mengharap, tapi sentiasa terbuka/bersedia untuk jadi bahan fitna/dikambing-hitam, kan.
Apa yang aku merapik-rapik panjang ni? Aku nak cakap satu aje, kalau orang dah kata kau tu monster, tak payahlah engkau sibuk-sibuk nak betulkan itu ini nak ubah pandangan dia. Buang masa aje.
Tapi kalau kau orang politik? ntah aku tak tahu. Wajiblah kut sebab sapa nak undi monster, kan? Mestilah nak jadi hero walau terpaksa memonsterkan pihak lawan. hah baguslah tu PH kata BN pensakau, BN kata PH ajen CIA. Dan dengan itu khidmat Ceplos pun sangat diperlukan.
No comments:
Post a Comment