Pasal budak makan budak sekolah, semua pakat panas-panas, macam semua orang ada hantar anak sekolah asrama. Untung leerrrr budak. Kita orang dulu tak de sapa pun peduli apa kita makan kat sekolah.
Statement saya ni bukan nak mengata budak-budak sekarang ngada-ngada. Idak. Nak ngata ex-bosskurr sejak jadi ex ni kemain hot lagi dia ya. Boss kurr sekarang? Macam itulah dari suam-suam kuku, lepas ni bole jadi HOT, bukan dia yang HOT, tapi "his will-be-in the hot-soup-soon".
Bekalan Makanan Bermasak ni, pun bukan kali ini aje dikaji, dah banyak kali kaji sebab skim ni dah lama, sejak dari zaman 70'an dulu sudah ada. Cuma untung leerr Audit Negara, ini kali isu BMB memang hot. Ada yang masuk TV jugak team BMB ni nanti. Seronok, kan?
Rezeki orang. Patut terima kasih kat ex-boss-kuurrr yang memviralkan isu ini.
Di lain hal pula, ada orang share
"One of the biggest regrets you'll have is, if you walk away from the people who stood by your side no matter what"
Saya rasa machai yang saya dok bawang-bawang semalam, dia is a good person. Dia cuba stood by his boss no matter what. Bila bos dapat kuasa, boss kau biasa-biasa je, ko nak buat apa? Terpaksalah kau buat apa sahaja demi nak menampakkan bos kau LELAKI KIRIMAN TUHAN juga, bukan lelaki biasa-biasa walau akhirnya kau yang nampak sangat teruk sebab nak juga meLELAKI-KIRIMAN-TUHANkan bos engkau tu walau sah-sah boss-kau-current-boss-kurr biasa-biasa je macam ex-boss-kurr juga.
Lain le macam saya, boss-kur, jadi ex-boss, naik bos kau, ada saya nak stood by him? Boss kau menang bos kau jadi current-boss-kur, boss-kur jadi ex-boss-kurr. Ex-boss-kur ka, Current-boss-kurr kalau orang marah, aku tak perlu meLELAKI-KIRIMAN-TUHANkan dia pun. Itu kerja kau bukan kerja aku. Kerja aku kalau orang ngadu dah kena kencing dengan LELAKI-KIRIMAN-TUHAN itu, aku kena check la betul ka tidak? Aku kena report betul ka idak, kalau betul dah berapa ramai dah kena kencing ni?
Then come statement kata
"jangan bukak aib orang"
Pulok doh, ni ramai dah kena kencing, ni. Dah bau hancing dah. Nak upah duit orang bersihkan kawasan kasi wangi balik banyak sangat duit ka? Ni ada karang derang piket-piket beratur kat luar pejabat kencingkan pejabat kita ramai-ramai, lagi hancing lagi opis kite ni.
No comments:
Post a Comment