Tuesday, January 1, 2019

Cerita Hujung Minggu Lalu

Saya pergi event kawan baik saya kat KL. Kawan ini unik, rare??? kita jumpa online, pastu dia boleh open up to me yang dia kata mid life crisis tapi sebenarnya quarter-life crisis (masa itu lah quarter, kalau hari ini dah jadi mid-kalau dia masi rasa lost the sense of purpose in life). Biasalah tu, kadang ada orang lebih open-up to strangers.

Pada saya lost the sense of purpose in life bukan isu pun. Dah lost, carilah baru. Tak sangka pula dalam culture dia, benda ini bermasalah. No way you boleh ada masalah ni. Jadi cerita macam saya pula mengada-ada cerita bila saya suggest dia makan cendawan bagai. he he... not makan cendawan lah  tapi psychedelic theraphy. Macam saya pulak buat fitna bukan-bukan. Ada black hidden agenda nak jual pil cendawan, pau cendawan, begedil tahu cendawan...semua barang bubuh label cendawan, pasti laku macam pisang goreng. Makcik kaya-rayaa HA HA HA... (ketawa setan besar)

Teruk juga saya kena marah. Kata mereka kawan saya ini alim, dulu kat sekolah dia imam, mustahil dia dapat sakit orang-orang jahil macam macam saya.

Saya malas nak lawanlah cakap orang-orang alim ni. Jadi saya pun pergi le sekolah. Dah kau kata aku jahil aku gi sekolahlah.

Pendek cerita hujung minggu lalu dia bercerita dikhalayak kelompok manusia-manusia yang betul-betul sukakan dia dan tak kisah kalau ada "tak kena" dengan diri dia. Memang dia cakap dia sunyi, dia sepi, bla-bla-bla...dia kata antara yang saya ingat-ingat lupa

"saya ni pendiam, saya bahasa Melayu pun tak pandai. Duduk kampung dalam hutan Sabah sana. Orang hantar pergi Kedah. Derang cakap Siam, jadi saya diam"

hurm sebab dia diamla orang fikir dia alim dan lantik jadi imam. he he he....

Macam mana bule jadi macam gitu? Ntah kita pun tak taulah.

Tak kisahlah apa dia nak cakap, tapi isu mid-or-quarter life crisis dah tak ada kut sebab dia cakap dia nak advocate kemahiran visual di kalangan rakyat Malaysia. Usaha advocakasi ni baru je dia jumpa lepas dia dilantik menganggotai majlis apatah ntah didik-mendidik Negara?? ntah. I tak ingat nama Majlisnya.

Pasal sunyi-sepi- dia kata dia nak manja. Ewah, kau ni nak manja pulak dah. Biasalah orang dah berumur. Kesian dia mak ayah dia dah lama mati. Mak angkat pun baru mati. Balik kampung jumpa abang kakak pun malas ke, takut kena gesa kawen dengan minah kampung, tak tahulah. Macam gitulah dia selesa bercerita pada strangers seperti kami.

Apalah yang kami boleh buat, melainkan doa dia cepat temu-jodoh agar dia boleh dibelai dan dimanja seada dan  secukupnya.

on the other hand, saya rasa lucky sangat, sebab mak saya walau orang kampung dia sangat "open" dengan ubat-ubat hospital. Lucky juga sebab sepupu ayah antara anak kampung pertama masuk U dan kawan dengan Dr Pakar Sakit orang Malanium ini.

I was diagnoss with mental issue in mid 90's. Ada juga mulut-mulut jahat yang mengata ntah apa-apa tah. Tapi mak lebih percaya sains. Bukan mak tak percaya rukyah, quran bagai, dua-dua pun dia bawak berubat. Tapi dia tau anak dia ni pelik sikit. Belum pergi UK dah perasan mat-salleh dari mat-salleh. Jadi dia bawa saya berubat cara orang barat. too badnya sampai hari ni pun saya tak jejak kaki ke UK.

Saya nak ke sana sebab nak belajar sahaja. Tapi hari ini setakat nak belajar accounting, auditing, ni di sini pun dah ramai pakar yang kita boleh tagih ilmu mereka. Kalau betul nak mendalami ilmu ini sungguh-sungguh, lah.

berbalik pada kelompok orang-orang yang selalu mengaitkan masalah kesepian, mid-life, quarter life-crisis ini sebagai tanda rosak iman, atau rosaknya hubungan dengan Tuhan.... kalau betul pun itu sebabnya simpan-simpanlah komen-komen yang sedemikian, ya.

Islam ini agama yang cantik. Janganlah dicacatkan dengan komen-komen yang mengguris rasa hati orang yang sedang sepi dan kehilangan. Patut kita bantu dia cari rasa hilang dan hiburkan sepinya dengan perkataan baik-baik sahaja.

No comments: