Si machai marah sungguh dia bila DSN kata KPM potong bajet makan budak sekolah Asrama Penuh dari RM18.00 ke RM14.50. Saya tak tau if DSN ada cakap macam itu atau tidak. Tapi yang saya tau hari tu TKSU ada cakap MoF tak bagi cukup duit kat KPM untuk nak bayar kontrak dia.
Hasil lawatan fizikal bagi Bekalan Makanan Bermasak yang saya pernah buat di dua buah KV di negeri Sabah pada tahun 2015, KV ambil insiatif menyuruh anak-anak asrama pulang ke rumah pada hujung minggu sebab nak bajet-bajet duit makan. Duit KPM bagi KV memang tak cukup. Itu KV, bukan asrama penuh pun. Atas kertas memang cantek semua cukup, tapi Penyelia Asrama sering sesak nafas-berdebar-debar nunggu "real-duit- masuk-akaun-sekolah". Pendek cerita, kisah tak cukup duit zaman DSN pun dan berlaku.
Ingat bila wali langit datang semua jadi ok. Tapi tu dah 9 bulan memerintah kita pun dah tau dah, bukan wali yang datang pun. Manusia biasa je mereka-mereka tu. Yang paling tak best dengan pemimpin-pemimpin yang biasa ini memang biasa pun tapi diangkat oleh macai-machainya dengan penuh perasaan sebagai pemimpin kiriman dari langit. Bila dah perasan luar biasa, mulalah demand benda-benda yang luarbiasa juga. Sangat, teramatlah luarbiasanya permintaan lelaki angkatan machai ini.
Mana tak luar biasanya, ada ke kita pulak dah nak kena jadi wali. Macam mana boleh jadi begitu? Kita ni memang iblis-tanah-merahlah, tapi kalau dalam keadaan bagi duit ciput, potong sana-potong-sini, dapat 15% je dari yang diminta, tapi dapat hasilkan kualiti setara Steve Job, Mark Zuckerberg, memang dapat naik taraf walilah tu gamaknya kan? Dah la kasi bajet ciput, tambah pulak kena tulis kes study.
Doa-doalah ya tak de yang terbarai meletup, semua selamat dan findings audit kami dapat mengubah polisi kerajaan dicampur lagi satu dapat pulak menghasilkan case study bertaraf jurnal internasional. Manalah tau ada dalam kalangan pembaca tulisan saya ini ada yang makbul doanya terus sampai ke Langit, tanpa hijabkan? Kalau tahun 2019 ditutupi dengan 2 kejayaan ni, sah kamilah yang wali bukan menteri yang walinya ha ha..
* btw, bukan kije audit pun nulis bahan training, kau tulis audit semak. Kita tulis audit report, audit findings. Tapi tak apalah dah KSU nak macam itu, kita cuba tulis ya. he he.
No comments:
Post a Comment