Saya gelarkan mereka ustaz-ustaz baru nak up....
Once upon a time kenalan cyber kata one of them is penjahatlah. Wahabi kata dia. Wahabi ini jahat dan akan buat kejahatan yang akan menghancurkan keturunan kenalan cyber saya inilah. Kenalan saya ini mendakwa darinya keturunan Nabi Muhammad + Raja Acheh. Dia kata Wahabi dan Rothchild bercita-cita jahat untuk menghancurkan mereka. Jadi di Malaysia ini wakil Wahabi adalah salah sorang dari yang saya gelar ustaz-ustaz baru nak up ini.
Saya takla kenal ustaz jahat ini. Tapi sebab sepupu satu sekolah dengan yang didakwa penjahat, saya tanyalah sepupu, betul ka so and so jahat. Sepupu kata tak jahat. Tapi sangat popular. Cuma bila dah besar-besar ini mungkinlah orang tak suka dan kata dia jahat sebab dia suka hentam orang sana-hentam orang sini. Ada aje yang tak kena di matanya dan kengkadang hentamannya sangat menyakitkan hati orang yang kena hentam. Sakit sampai ada seketika ada orang gelarkan dia ustaz me"neraka"kan orang. Ramai yang sentap dan kata-kata jahatnya itu. Tapi saya idaklah, sebab Rabiah tul adawiyah yang wara' tu pun ngaku syurga tak layak baginya, apa tah lagi saya yang apa-apa tah ini,kan? Bagus la ada ustaz bermulut jahat macam dia tu, sekurang-kurangnya kita boleh nyanyi-nasyid-Rabiah. Orang nak masuk syurga beramal, saya nyanyi nasyid??? gile apa? he he
Jadi saya putuskan yang kenalan saya ini paranoid, kut. Eish takkanlah ada Melayu agen Wahabi + RothChild. Kawan saya sangat taksub dengan black hidden agenda Rothchild. Kalau betul ada melayu Rothchild pun takkanlah ustaz? Kalau macam Sultan Johor yang ada skandal dengan perempuan joget Omputeh tu, masuk akal lah juga,kan? Ini Ustaz? Impossible!!!! Lagi pun kalau ia betul, saya bukan keturunan Nabi Muhammad pun. Jadi saya tak dapat berempati dengan kenalan tersebut.
Lagi pun saya ini didik oleh seorang wanita yang kuat. Dia tak suka saya ngadu-ngadu orang dengki-dengki kat saya. Ada orang dengki kat saya ka? Seingat saya, tak ada. Tapi dulu masa kekecik saya paling besar, paling gemuk kat sekolah. Budak kampung suka ejek saya gemuk. Mak kata "kalau derang ejek jangan layan, buat pekak je". Mak cakap lagi "dah tau gemuk, kurangkanlah makan. Tapi kalau tak reti juga nak kurang-kurang makan, sila pekakkan telinga". Marah emak. Itu pasallah bila budak tu kata dia ada orang berblack hidden agendakan dia, saya tengok dia atas bawah, atas bawah...saya baca apa dia tulis di media sosial. Dalam hati saya bercakap, apa barang ini semua? Paranoid, la tuuuuu... Bukan ka engkau sendiri kalau jika menulis tak beringat yang ada banyak perkataanmu itu sangat longkang dan jahat, memang patutpun orang sakit hati. Bila sakit hati memang patut pun mereka balas balik. Isunya kenalan saya bukanlah disakiti. Saya tak nampak ada haters menyakitinya, yang saya nampak dia je beriya-iya menyerang orang yang dia benci.
Gitu... hari berlalu bulan berganti dan pertuduhan kenalan yang saya bakul sampahkan sahaja itu macam nampak macam nak betul pun ada. Idak lah ia ngacau Nabi. Tidaklah begitu. Tapi bila ustaz2 baru nak up ganti ustaz koservatif, kita nampak macam mana lenggang-lenggok merekakan? Macam-macam, satu-satu derang serang. Tabung Haji, Felda, Yadim. Satu-satu pula derang bela, pesta arak, tangkap basah, pening kita. Terbaru ni duit makan budak asrama potong sampai RM100juta. Lepas tu awek Timbalan buleh plak pecah tanah buat SJKC baru.
FB kita dulu tak pernah nampak pun tulisan mandrin, hari ini, rasa dah banyak kali nampak dah. Wah sejak-dua menjak ni heboh nak sebar Islam sebenar pada orang Cina. Aik Islam yang selama ni tak benar, ka? Setau saya Islam sebenar pada pandangan orang Cina Islam makan babi, minum arak, berzina, macam Islam yang disukai oleh mendiang Lee Kwan Yew. Islam yang begitukah yang nak di bawanya dalam YADIM? Ni hah kawan sebelah yang dok taksub dengan one of them, memekak plak bukak ntah apa dah pempuan cakap-cakap cina. Kau nak cakap Cina kau pegile kelas mandrin sana. Kat sini toksahlah kau belagak sangat kau cinta-cina, kan? Kita idaklah anti-Cina, cuma menyampah je tengok Melayu gegedik tak de angin tak de guruh tetiba rajin plak pepagi memekak pasang video ceramah Cina. Melayu Ultra kiasu macam saya ni stress tau tengok gelagat ustaz-ustazah baru nak-up ni!!!
Apalah jahatnya ustaz-ustazah baru nak up ni? Idak la jahat mana derang tu. Cuma annoying aje. Lagi saty bila dia masuk sistem kita, dia mengandai andaian kita ni tak betul. Dia mulalah buat benda yang pelik-pelik, contoh yang macam semalam tu lah bagi duit ciput, suruh kita duduk opis tulis case-study. Tapi tu tak kisahlah saya pujuk hati dengan berkata "mungkin jua mereka itu benar LELAKI-LELAKI & PEREMPUAN-PEREMPUAN KIRIMAN TUHAN untuk menCinta-CINAkan ops membetulkan MELAYU yang tak betul ni. Baru 9 bulan, kut iya pun tunggula 5 tahun, kan? Cepat nau menghukum orang, kan? Bagus apa jadi CINA? CINA kan rajin? Bagus apa Melayu makan babi, minum arak, berzina, macam yang LKY suka tu? Wallhuallam. Saya nak pencen dan nak cepat-cepat balik kampung tanam sayur dan mandikan kucing je...
Mungkin derang tu Maverick, macam TUN M yang orang gelar TUNmanitor... main redah aje, tak de orang buat cara dia, He did it his way, tapi menjadi. Ustaz-ustazah baru nak up pun macam gitula gamaknya ya.
Lagi pun omputeh kata if can't beat them, join them.... ala derang suruh duduk opis tulis case-study je, apalah yang berat sangat tu? Saya ni bukan Menteri, atau pegawai Turus yang nak diajaknya bersosial, makan babi, minum arak bagai, pun! Besok case-study dah siap, ekonomi pun dah pulih, duit pun dah banyak, pegi le kuar ngodit macam biasa. Itu pun nak sesungut, sampai nak tuduh-tuduh orang tikus,kan. Tulah baca sangat troll ex-boss-kurr...
WHAT if ex-boss-kurr betul?
Kau ni banyak sangat what-if, dari berwhat-if apa kata, baca-baca balik nota on fraud preventive measure, ka? Baca case-case study yang orang dah buat, ka? Besok Bos suruh tulis dah ada benda nak tulis, tak lah stuck macam penulis gila.
No comments:
Post a Comment