Saya fikir balik, tak baik tau buruk sangka sama kawan sendiri. Mungkin kawan kesunyian walau dah bersuami. Saya ini pun nasib baikla walau teruk, mulut laser, ada juga yang sudi berkawan. Pastu masuk sambung belajar, jadi nampak macam bagus je life saya.
Sebenarnya biasa-biasa macam dia juga. Itulah ada pakar kata, FB, media sosial ni boleh bikin manusia moden makin murung dan sunyi. Orang tunjuk dalam media sosial yang bagus-bagus sahaja. Yang buruk, tak kanlah orang nak tunjuk.
Semalam saya baca sepintas lalu, bapa viral negara tulis ada orang tu, pangkat dan tinggi, duit dah banyak, tapi dia nak jadi macam bapa viral. Dia mau like yang banyak, pengikut online yang ramai. Dahsyatnya. Adooiii... macam itu. Itulah yang saya selalu bebel-bebel. Nak capai Maslow's self-actualisation. Bule tau dengan bela kucing, mandi kucing, tanam sayur bule capai benda ini. Tapi kena percaya dan yakin dirilah.
Tak yakin, susahlah. Tapi saya ni tak boleh juga sembarang bebel, sebab saya ni hermit. Hermit ni dia tak kisah, ada serupa tak ada pun sama sahaja. Tapi orang yang egalitarian dia tak boleh, seboleh-boleh dia nak jadi influencer. Dia nak seru orang ke arah kebaikkan. Saya tak nak lah kutuk orang selain dari hermit, nak bertekak kata hermit juga terbaik. Tak boleh macam itu, dah tuhan jadi kan manusia ni berbagai-bagai. Tapi macam mana nak happy tu, hermit lebih mudah happylah as long as dia sedar dia tu hermit.
Atau pun puncak pada kegembiraan ialah kenal diri. Kalau tak kenal diri, tengok orang buat ni happy, buat tu happy, semua kau nak ikut tak buleh juga. Yang penting dalam hidup ni perati apa yang kita ada. Jangan perati apa yang orang ada. Honestly saya nak ajak kau jalan-jalan pun seriau tau. Kau tahu tak kenapa orang tak nak bawak kau jalan-jalan sama-sama. Orang lebih rela berjalan dengan saya dari kau?
Let me tell you why. Kau tu kedekut. Kalau pergi rumah kau, air kosong pun tak kau jamu, kau ajak kawan pergi kedai kopi, kedai mamak, kawan belanja. Tapi sebelum tu, kau juga yang beriya ajak kawan ziarah kau.
Hey, aku nak pegi berjimba ria kat rumah Bonda Rozita tau. Aku memang baik ati nak ajak kau. Tapi bila aku ingat balik pasal air kosong, tu, aku kensel. Aku harap kau faham ya kenapa kami tinggalkan engkau.
sori.
No comments:
Post a Comment