Monday, January 14, 2019

Malaysia Baru

Baru lapan bulan sahaja kita mengecap Malaysia baru. Apa ekspektasi kamu? Saya ekspek Malaysia makin liberal dari dulu. Espektasi saya tak tinggi sebab kawan baik saya pesan, jangan tinggi-tinggi nanti kamu kecewa, bila tak sampai. Jadi saya ekspek Majid-Masjid, surau-surau kita akan tetap lengang macam biasa walau sudah ada Salib Besar terpampang di Penang sana. BN tetap kalah di Cameron Highland nanti walau di sokong oleh PAS.

Bagi puak-puak liberal mereka pun kecewa juga sebenarnya. Mereka kecewa sebab ekspektasi mereka terlalu tinggi. Mereka harap naik je Malaysia baru semua terus bertukar, Malaysia terus dah tak deeply religious dan conservative lagi. Memetik kata wartawan bernama Briget Welsh, orang Melayulah yang paling ramai ni 60%-70% yang masih tak baru-baru, masih lama macam dulu juga.

Orang macam Welsh ni dia nak tengok kita macam mana tah, saya tak berani nak membayangkan apa-apalah. Malaysia baru bagaimalah tu ya yang dia nak tengok. Tapi tulisan beliau jelas menampakkan Malaysia baru ni kalau boleh SPRM, PDRM sana yang top-top sana tu biarlah bagi kat bangsa selain Melayu. Dari situ kita nampak, dia rasa negara ini bermasalah sebab Melayu yang pegang jawatan-jawatan utama di sektor awam terutama yang berkait rapat dengan penguatkuasaan.

Rakyat ramai sakit hati tengok pembesar Melayu dari pemerintahan terdahulu kaya raya pasal rahsuah, jadi Welsh telah buat analisa dan hasil analisanya jika cepat-cepat tukar bos SPRM dan PDRM cepat sikit pembesar-pembesar jahat ini masuk jel, agaknya kut. Dia juga tak suka sebab dalam Bunga, dalam PKR waima dalam PAS sana semua sudah tertanam benih genetik UMNO. Begitulah dia menulis. Perempuan kalau menulis, biasalah terasa emosi tak sukanya itu ngilu menusuk sampai ke tulang sum-sum sana. Di situlah agaknya kekuatan penulis wanita yang tidak ada pada penulis lelaki. Nak rasa emosi Welsh, jom ketik sini. Ada rasa ngilu tak macam saya rasa, tak?

Di sudut lain saya berfikir, adakah dengan menukar bos-bos besar SPRM, PDRM nanti rahsuah akan berkurangan. Ini satu topik menarik untuk kita kaji. Saya nak tunjuklah tulisan Welsh ni kat bakal SV PhD saya.... gurau sahaja. beranilah saya nak sokong si Welsh ni, harus dikerat-kerat dan dilabel sebagai pengkhianat bangsa.

Persoalannya sekarang macam mana Welsh nak kata dia betul? Adakah dia betul, teori apakah yang dia pakai, Fraud Triangle, Diamond? Dalam politik ada teori ka?.... sapa berkuasa dia boleh bikin apa saja. So far yang berkuasa masih koservertif, deeply religious? Ntah, ala, asal anti Yahudi, Islam lah tu. Kalau Islam religiouslah tu walau bini tak pakai tudung, menantu-cucu kalu bergaya ada yang serupa nak telanjang. Asal bini kau sesikit menyeru "ITTAKULLAH, ITTAKULLAH, walau video telanjang kau dengan Amoi dan bersepah merata-rata, kira deeply religious dan konservatiflah tu. Sini nak bina imej yang kau tu religious bukan la susah sangat, pun,kan?

Tapi tu, kan, besok lusa kita tak tau. Lagi pulak orang perempuan ni, perlukah kami nak validate / nak sandarkan apa-apa analisa kami dengan dengan penemuan-penemuan yang terdahulu? Perempuan kan kalau nak apa benda senang, (sila, baca dengan nada sarkastik ya) merengek ajelah pada lelaki yang tepat, hah dapatlah apa yang kami hajati, kan? Apa barang nak botak-botak kepala nak literature-literature review, teori bagai?

My personal view? Perlukah tukar Malay-SPRM dan PDRM-Bos kepada Non-Malay-Bos ? Adakah Malay-Bosses ini punca kepada si penjahat masih lagi bebas berkeliaran dan terkini, boleh pulak si penjahat ni merembeskan benih jahat dia dalam BUNGA dan PKR?

Persoalan-persoalan ini, tak boleh kita main teka-teka sahaja. Memang kena study banyak-banyak. Pendek cerita kena buat PhDla gamaknya ini kalau saya nak tahu. Tapi lagi best, apa kata trial and error tukar saja Malay to Non-Malay?  Lepas kita dah ada  banyak data-data Corruption Perception Index post-Non-Malay-Bos and pre-Non-Malay-Bos. Kita proses dan analisa. Barulah kita tau si Welsh betul ka tidak, kan?


No comments: