Thursday, August 9, 2018

MENTERI dan KETUA MENTERI KITE

Lepas PH menang ni macam-macam lah kita dengar ada Ketua Menteri Syiah, Menteri Wahabi Liberal, macam-macam. Yang tak siok Ketua Menterinya Ketua Menteri Melaka. Saya orang Melaka. Menterinya pulak Menteri Pendidikan. KPM tempat kerja saya. Apalah suwehnya iya saya berketua Menteri dan berMenterikan orang macam ini, ya? Sedangkan dalam PRU yang lalu saya tak pangkah pun PH.

Begitulah ceritanya bila kita dah kalah. Namun tak pula la saya rasa stress, nak berenti kerja, nak migrate bagai, sebab so far keadaan tetap macam biasa aje. Macam itu juga. Kata GST dah hapus, barang turun, idak juga turun lagu tu juga sebab sebelum turun pun most of barang keperluan saya adalah zero GST. Orang-orang kaya tu mungkinlah derang rasa barang turun bila tak ada 6% GST.

Kata gaji RM4,000.00 baru bayar PTPTN pun tak jadi apa. Begitulah tak ada apa yang berubah sebenarnya, kita tetap macam ini, cuma kita makin rimas orang mengata menteri kita, ketua menteri kita begitu begini.

Mujurlah saya baru lepas belajar Islamic Finance dan saya rasa apa yang berlaku dalam Islamic Finance samalah macam menteri dan ketua menteri saya. Ketua Menteri saya tak ada masa nak skodeng sangat. Menteri ni sebab dia fames, buku tulisan, youtube dia melambak, senanglah saya nak "baca".... Saya kata dia sama macam berbalahan kata mengata yang berlaku dalam dunia Islamic Finance, sebab dia memang sama. Sebermulanya dari Sacred Intention. Kalau dalam Islamic Finance Sacred Intention(SI)nya nak riba-free financial product, dalam cerita menteri, pula SI nak mesra warga dunia. Menteri kita ni asalnya pendakwah, senang cerita dia ustazlah, yang bersyarah di Universiti Islam Antarabangsa kita. Nak mesra dunia dia pun pergilah buat PhD dalam bidang Governance di UK sana....lepas tu masuk politik, menang dan jadilah dia Menteri Pendidikan. Itulah cerita dia.

Cuma saya tak pasti para pengkritik menteri ada tulis akademik paper yang tunjuk bukti bahawa, SI untuk menjadi mesra warga dunia telah lari dari landasannya Islamiyah nan-suci. Punyalah nak mesra sampai bukan setakat laga-laga gelas minuman, cium-molot jah, telanjang bulat pun sudaaaa....., skin tu skin tak de barrier, barulah mesra. Hah dia gituuuhhh. Nak mesra punya pasal,kan. Ada tak video yang macam-macam itu? Kalau dalam Islamic Finance tu memang dia tunjuk satu persatu betapa sudah larinya kita dari SI kita yang tak nak makan ribaaaa.

Macam itulah,kan.

Tapi tak kisahlah, lari ka tak lari, kita jangan pulak jadi golongan "takfiri" yang sibuk kafir mengakafirkan orang.

Saya teringat kawan baik saya di Sabah sana yang beragama Kristian, kata dia dalam bible ada cakap

"sayangilah musuh anda seperti anda menyayangi diri anda sendiri"

Sohih ka idak tak kisahlah. The gist of it nak sayang menyayang, kita janganlah sakitkan hati orang. Tak ada apa yang lebih sakit atau pedih selain dari dituduh kafir, kan?

Kita nak jadi macam Syria, ka? Asal kafir aje kita kena bunuh, rogol walau jiran baik kita yang banyak tolong kita? Awak nak jadi pembunuh, perogol? Nauzubillah.


No comments: