Saturday, March 29, 2014

KATA-KATA PUJI-PUJIAN

Seorang perempuan cantik dan cerdas didakwa oleh seorang lelaki berbakat kununnya perempuan cantik dan cerdas itu memuji-muji hasil kerja beliau. Kawan yang lain mengejek..semacam tak percaya akan perkara itu.

Sekilas pandang macamlah lelaki yang mempertikaikan perkara itu jeles, namun fikir-fikir semula ada kemungkinan lelaki itu tak percaya sebab memang tak pernah mengalami atau berjumpa dengan manusia-manusia yang murah puji-pujian.

Perbualan yang saya come across di Muka Buku ini membawa ingatan saya kepada seseorang yang amat saya rindui. Kawan saya perempuanlah. Eish…lesbian? Hey dia dah nikah dengan lelaki warga Britishlah. Saya kenal dia semasa Kursus A-Level. Dia budak Assunta, PJ. She’s very different. Saya yang ketika itu memang kampung dan tak pandai berbahasa Inggeris. Kawan saya inilah yang banyak mengajar saya. Dia bukan sahaja mengajar bahasa, tapi budaya juga. Dia pernah bersekolah di United Kingdom tika ibunya bikin Masters di sana.

Antara benda penting yang diajar dan lekat hingga kini ialah kata-kata puji-pujian. Memang puji-pujian pada kita orang Melayu kampung adalah satu benda yang agak pelik. Ditambah pula di sekolah agama, cikgu kata, nabi tak suka dipuji dan kata nabi akan leparkan dengan pasir pada orang yang memuji baginda…ia ka? Orang yang suka memuji itu adalah kawan setan. Ntahlah gasaklah…

Mungkinlah saya sudah deviate dari nabi, bila kawan yang satu ini sangat mempengaruhi jiwa dan perasaan saya. Juga cara saya bertindak. Melalui kawan yang satu ini juga bawa saya kembara kepada mereka-mereka yang tak sama dengan kita. Mereka yang kita panggil sekular. Pun kami berpisah kerana kawan mengikuti kursus lain dari saya, dan sewaktu perpisahan itu, saya berkawan baik pula dengan seorang rakan yang berdarah campuran Melayu-Inggeris atau lebih tepat lagi Irish.

Lagilah saya telajak British dari British lagi…he he he.. Mereka lembut, langsung tidak kasar dan dipenuhi dengan warna-warna bunga-bunga cinta pada ayat-ayat mereka. Amalan yang paling digemari ialah bertukar-tukar hadiah. Mereka ajar pasal sex bebas? No…saya dapat kawan yang sangat romatik dan percayakan cinta sejati. Kadang-kadang kesejatian cinta yang mereka dambakan agak melampau.

Bayangkan dia seorang anak yang sangat mewah kata dia sanggup let go of everything for love..he he. Mungkinlah. Mungkin sebab udah terlalu mewah, dia tak kisah pada materi. Perasaan dia aje tu…ingin juga saya bawa dia pulang ke kampung halaman saya, pun kampung saya agak canggih juga, rasa kalau dibawa pulang memang dia suka dan tak mau pulang semula ke Bandar, susah juga saya nak menjawab pada ibu/bapanya nanti. Saya pernah berangan nak bawa ke tempat yang sangat remote…dan kata pada dia, “what if your cinta sejati, mau kamu tinggal di sini”. Toilet pun tak hada ha ha ha aha….

Oklah enuf about my kenangan indah…So berbalik kepada mamat yang terkejut ka, jeleska dengan puji-pujian yang kawan dia perolehi itu. Baik dia selalu pergilah tempat libur-libur, spa ka, apa-apalah tempat yang mana kata pujian amat murah, tapi sebelum tu ko kenalah bayar dulu. Mau pujian yang ikhlas, mau kawan yang macam 2 orang tadi??? Saya pun kehilangan mereka. Mereka sibuklah tu melayan kerenah suami dan anak-anak, barangkali.

No comments: