Thursday, September 22, 2022

When Monsters Rule

Bagaimana baik pun seseorang itu dia pasti a Monster di mata haters,kan. Sapa betul sapa salah tu tak tahulah kita. Tak usah sangat kita fikir-fikirkan sebab itu urusan Tuhan Maha Besar. Hari tu saya ada cerita pasal gegedik buat konten, kan. Pendapat saya konten yang baik boleh bantu dalam kerjaya masa depan. Sapa yang langsung tak de konten satu masa nanti akan tertinggal. Itu pendapat sayalah. 

Ada pula pandangan budaya konten mengonten ni akan meruntuhkan ketamadunan Manusia. Itu memang saya setuju pun. Kan Nabi dah cakap kita ni makin lama makin teruk sampai satu masa besok bila Dajjal dah keluar kita kena tambat anak bini kita? So selama sebelum Dajjal keluar, bukan kita patut didik anak bini kita agar tertambat, ka? 

Itu satu persoalan yang sangat membingungkan bukan? Mujur saya tidak punya anak. Kalau saya ada anak memang saya biarkan aje dia. Ikut minat dialah, asal jangan dia taksub dengan likes and view di dunia maya sampai dia tak ada life dalam alam nyata, sudahlah,kan? Nak mengajar bebudak ni agar "duduk dalam gua" memanglah tidak saya tahu.

Takkanlah kita nak paksa anak kita agar langsung tak de life di dunia maya,kan? Susah juga tu. To me asal konten dia tak meroyan-merintih-itu tak adil, ni tak adil, sudahlahkan. Kalau kau nak marah-ko-luahlah marah kau di dunia nyata sahaja, jangan bawa ke alam maya. Banyak kaedah macam mana nak urus marah yang dikendalikan oleh pakar-motivasi, ustaz-ustazah. Tak payahlah nak meroyan kat dalam akaun media-sosial,kan?



No comments: