Tuesday, February 25, 2020

POST demo siRIMAU

Semalam saya ada cakap kalu nak beli saham belilah sekarang, tak lama lagi market nak pulih---well saya update balik eeehhh---

Market mungkin tak pulih gara-gara hal semalam---Puncanya Atuk suci tula jugak. Haiiii dah baik-baik pakat-pakat nak buat kerajaan gabungan sama pembangkang, tetiba pembangkang kensel sebab asalnya derang kata derang boleh gabung dengan syarat tak de DAP. Tetiba Atuk nak masukkan juga DAP----hah! jadi derang kata dari cium molot dengan DAP baikla derang tak jadi gomen dan kekal pembangkang---

Apsal plak saya kata market takkan pulih sebab pembangkan (BN-PAS) tak nak gabung? Sebab yang berotak tu semua duduk dalam BN-PAS atau nama sekarangnya Muafakat Nasional (MN). Yang dalam PH tu semua bukan tak berotak, tapi derang clueless macam mana nak pulihkan ekonomi negara. Kunun kata nanti Tok Pa Klate boleh pulih, ntahlah---kita tunggu dan lihat ajelah,kan. Mungkin boleh mungkin tidak---

Lagi satu ia bukan pasal orang tu boleh bawa ekonomi, atau tidak, market ini gabungan baaaaanyak faktor. Sorang je hebat tak cukup juga. Kalau dua, ATUK SUCI + Tok Pa Klate, ntahlah. Sebab yang lain semua berpolitik je kerjanya pandai. Maksud saya bukan langsung tak boleh buat kerja, tapi fokus utama mereka nantinya ialah berpolitik. Sebab Kalau gabungan kerajaan jadi mati hidup semula, pergeseran perebutan kuasa antara ATUK dan Abang Non akan berlangsung sampailah ABang Non jadi PM. Dan Atuk pulak seperti yang kita nampak dia takkan mengalah begitu sahaja. Kalu asyik gaduh Bang Non dan ATUK, bila masalah derang nak focus bina Negara. Pelabur pun cuak kalau keadaan terus-terusan begitu.

Apapun kita tunggulah apa keputusan AGONG hari ini. Saya yakin MP-MP ex gomen yang baru telucut jawatannya akan sekali lagi angkat ATUK jadi PM walau dalam pakse-rela. Jadi Atuk terpaksalah rujuk balik dengan dengan MP-MP ni tadi. Tapi kita tak tahu apakah ini akan berlaku di hujung hari ini. Bang Non pun dakwa dia cukup korum nak jadi PM... meh kita buat sikit calculation.

Total seat 222, tolak 60 MN, tinggal 162--- kalu separuh ATUK; separuh Bang Non 81---
Tengok ajelah nanti apa kesudahannya.

latest update----

Tengok gayanya, kalu penuh satu bas, ada harapan Bang Non kalahkan Atuk. hu hu hu

No comments: