Sunday, February 9, 2020

BOS-BOS KITE

Minggu lepas memang saya penat betul dok layan bos kat opis tu buat kije luar pejabat. Ceritere bermula ada dua ekoq bos begaduh, habis terpalit kami semua. Saya ada citer dulu rasanya tapi malas nak cari link-lah---

Pendek cerita big bos rasa patut buat program geder-geder untuk merapatkan ukhuwah sesama mereka. 

Tapi bos kata nak buat lagi program yang gaytu gaytu---

Aku rasa bos siok sendiri sebab dapat update insta bagai geder-geder dengan anak buah sebab, dua ekoq yang begaduh tu, sorang tak mai langsung, sorang mai sekerat jalan jak. Pada akulah kalau bos nak siok sendiri, tetiap bulan pun dia boleh buat sebab kami tinggal pun sini-sini aje. Maksud aku kami-kami yang rajin ni. Kami bukanya ramai pun, tak sampai 30 orang pun. Masak nasik lemak, beli kueh sikit, panggil kami baca yasiin, solat zohor berjemaah kat opis. Kalu nak panggil family, solat maghrib, buat je kat umah dia. Jimat-pun-jimat.

Tak kisahlah big bos nak apa pun sebab sebagai kuli, aku kena layaaannn je lah. Bos dah percaya kita, kita bagi habis terbaik untuk bos. Yang penting program berjalan lancar, bos pun happy. Kepercayaan yang orang beri, jangan kita persia,kan.

Aku faham susah jadi bos ni. Nak satukan anak buah, walau tak le ramai mana pun anak buahnya, bukannya kerja mudah. Kita jadi kuli bolehle sedap mulut nak mengata, kan? Cubalah jadi bos. Dapat anak buah yang ntah-apa-apa tah, tukan, boleh sewel kepala memikiokannya.


On saperate note---

Ini cerita pasal komuniti maya pulak, pergh riuh bercerita pasal Atuk dan Muafakat nak cium-molot dan tukar nama dari Muafakat Nasional, jadi Pakatan Muafakat. Lepas tu Atuk selambe je kata, dia tak hingin pun, Muafakat yang terhegeh-hegeh cari dia.

Lepas tu salah satu geng Muafakat nak buat undi percaya pada Atuk. Atuk pun apa lagi,  "Rasa nak melayang" kata Atuk. Tak tahulah nak melayang ke Laut ka ke Bintang. Dalam politik tak boleh percaya sangat pun sebab undi percaya boleh bertukar jadi undi tidak percaya.---- gitulah ceriteranya---

Yang aku tak boleh belah langsung, atuk boleh cakap Muafakat terhegehkan dia sebab Muafakat tahu, Muafakat lemah--- tengkorak hatuklah, kan.

Aku rasa dalam dua tiga minggu ni, atuk mungkin steady jak sebab dia dah delusi tahap dewa, tak mungkin dia sedar---aku rasa kalau tak Atuk, pemerhati Atuk, mesti geleng-geleng kepala kata Atuk dah gila sebab, dah ada bunga-bunga laskar Abang Non akan buat rally tak percayakan atuk.

Aku dengan kawan-kawan aku plak tak fasal-fasal boleh semacam senada dengan laskar Bang Non, bila kami juga nak buat perhimpunan Kuasa Rakyat pada 22.02.2020 nih. Hadoooiii. Ini kalilah kalau Atuk nak kata Muafakat tak kuat, itu dia orang politik punya pasallah. Tapi kalau dia nak kata rakyat mau kan dia, Atuk memang gila bayang.

Masalahnya maukah rakyat pada Abang Non? Kalau kau tanya aku, aku kata tak kisahlah. Aku dengan Atuk ni dah  sampai tahap ABUK dah "asal bukan Atuk"---hantu pun yang nak ganti Atuk tu, aku terima je he he he---Kalau akulah, kalau Rakyat? nanti aku risik-risik kengkawan masa perhimpunan tu nanti ya.

No comments: