Thursday, November 28, 2019

ROSAK

Saya ingat hari ni nak cerita pasal kawan sepejabat yang stress, pi klinik pastu tambah stress dok pikir orang dok kata dia ni tak beriman. Ala haiiii----

Tapi pagi ni saya pula dok stress mengenang budak-budak dakwah geng-geng Mentot & Mufti yang kawan saya label sebagai Wahabi. Saya nak label geng ustaz-ustazah kalau dulu belum up sekarang dah up, apa apa pun saya tak pasti. Jadi saya label Mufti-Mentot ajelah dulu ea. Nanti kalu saya dapat terma yang tepat saya revise balik naaa---

Nak ceritalah pasal budak Mufti-Mentot ni, kan. Kan la ni depa dah dapat kuasa. Benda pertama yang derang buat saya pun tak pasti, tapi mu kalu kata geng-geng Mentot ni, derang gila glems, you all. Macam narsistik pun ada. Derang nak audiance dan kau taulah kan bila dah jadi menteri dah dapat kerajaan bule pulak kerajaan serupa haram-jadah, hah ceruk lagu mana lagi kau nak glemer. Dulu kau pembangkang kau bulelah, asal kau kutuk sikit orang mengilai-ngilai sokong kau. La ni kau kerajaan, kau yang kena kutuk. Adatlah aku heran Malaysia ni satu je. Politik dia politik benci pemerintah. Kalau pemerintah yang kira ok la bolehlah pun derang benci dan dok pakat kutuk, apatah lagi kalu Menteri yang jenis ntah-apa-apa-tah nak pegi kije pun malas, selalu ponteng sessi parlimen, haishhhh memang nak kena balun kaw-kaw PRU akan datang.

Geng-Mentot ni apalah dia nak buat lepas orang dah menyampah? Hah, satu lagi kuasa selain politik, dok nak pengaruh orang, ialah apalagi, hiburan,lah. Mai aaiiii la ni dah ada radio Zayan. Ntah macam mana saya boleh tersangkut kat radio tu ntahlah. DJ dia Mawi dengan Anas adik Faisal Tahir tu. Hari pertama oklah, hari kedua ok juga. Mai hari Jumaat ni, berjoget betul tahi telinga saya dibikinnya. Stress sekejap tau saya ni. Bukan saya stress dengan DJnya tapi dengan lagu yang diputarkan. Hai hai hai---mengarut jak geng-geng nak tarik pengaruh ni kan. Bule dia buat lagu pop jadi selawat Nabi Mediana-Medina??? gitu--

Terus teringat geng Kristian Evangelist Hannah Yeoh dan Gereja Subang Jaya dia tu--- heeeh rosaaakkkk derang ni. Follow habis template Kristian. Tak kreatif langsung,kan. Lantak koranglah. Orang-orang yang hok gian nak bersaing dengan Evangelist-evangelist ni derang mungkin baca tapi tak faham statement "Islam asal asing, berakhir asing"----kalu ghase-ghase Islam tu dah tak populer, sila masuk gua le--- kalu bersakit nak dapat popular, nak dapat pengikut cara muzik-muzik pop ni, Islam apa jenis le nanti yang akan terjelma.

Dia Islam ni agama paling simple---tak perlu banyak. Ini nak hiburan bagai, nak itu nak ini, sampai mempopkan selawat, lah itu lah ini haiiii boleh caca-marba Islam, tu nanti. Kita yang hat tua-tua ni pening kepala tengok. Boleh stress tau tengok pragai lagu tu. Dia nak Islam sangat, tapi Islam dia pelik. Macam mana kita nak join. Tak join depa nak kata kita tak Islamic, lantak pi apa dia nak kata. Aiiihhhh kalau Islam tafsiran depa bule nyanyi kalau kita tak nyanyi kita tak Islam, lantak. Yang penting solat, selawat, bukan nyanyi-nyanyi, kan?

No comments: