Wednesday, October 2, 2019

Demam Odah Part 3

Let say kalau betul Sasterawan tu ajak masuk geng Penulis Wanita sebab nak bantai polis-polis tu, saya malas, tak minat. Biarlah ada Polis. Pada saya sastera kenalah lembut dan saya setuju 100% dengan Polis-polis itu.

Pun begitu bagi penulis-penulis yang menulis sebab nak terapi minda, ka hapa ka, itu biarlah. Tak payah Polis, Poliskan. Sebenarnya saya kenal Polis, saya juga pernah cuba menyelami hati penulis yang Polis tak suka ni. The verdict, saya kije gomen, saya tau sebagai gomen tak boleh terima penulis yang polis tak suka. Kalau saya parents pun saya memang tak akan rekomen  anak saya baca cerita yang ntah-ntah apa-apa tu.Tapi kalau kedapatan mereka membacanya, idaklah saya halau, tak ngaku anak bagai. Saya akan jelaskan yang bacaan begini tidak diterima Polis moral. Saya akan timbunkan rumah saya dengan bahan bacaan yang dapat stamp approval dari Polis-Polis ini.

Mesti anak saya maradang,kan. Anak saya mestila macam saya dan bapak dia. Saya kalau nak kawen kenalah orang yang macam saya juga. Not the opposite--- tapi nampak macam opposite sebab one of us pandai berlakun malaikat. Kau ingat saya ada selera ka dengan orang tak sama macam saya?

Well well well somehow kita kena ajar anak kita apa yang masyarakat boleh terima, apa yang tidak. Masyarakat berbudi mana ada cerita mencarut, cerita pondan kena rogol, bla bla bla, kan. Kita kena bagi taulah. Tapi itu tidak bermakna pula kita tak mengiktiraf emosi dia. Nak marah, nak menagis, nak mencarut dan memaki-maki. Kita tak larang pun. Itu pesona kita orang. Well maybe akan ada terselit sorang dua yang Polis-polis. Well thats good. Sekurang-kurangnya kerja nak memahamkan perihal masyarakat bertamadun dan sopan dah ada orang tolong buatkan.

Macam itula susahnya kita yang berpesonakan Odah ni nak menjalani hidup. Most of the time orang macam kita sangat-sangat diperlukan. Tapi perlu ada masa-masa ajelah. Lepas dah guna, langsung dia tak ngaku dia pernah melutut minta tolong dengan kita pun hada, tau. Iyalah kita pun faham, dia hati tisu, mana boleh tahan dengan mulut kita. Dia bertahan dengan kita buat seketika pun sebab ada agendanya. Itu pasal kena ingat orang macam kita, hanya kita-kita je yang faham dan boleh terima. Orang-orang lain yang tak serupa macam kita, propa je lebih. Guna kita untuk kepentingan diri dia. Pukul, marah dan bahasa-bahasakan orang yang menyakiti dia. Kadang-kadang tu derang ni serupa macam parasit pun ada. Kenapa parasit, lepas kita memaki untuk dia, dia jaja macam-macam benda tak betul pasal kita. Sampai susah kita nak cari makan. Kena berhijrah-tukar kerja bagai demi kelangsungan hidup.

Hurm patutla ada dulu saya baca poem dalam internet dari penulis yang he he tahap konfiden level dia sangat tinggi dalam mengespresi emosinya kata orang nak susu dia. Masa tu saya naif, eleh penulis macam kau apa susulah yang ada, setakat meroyan mencarutkan retis-retis TV dan Ustaz-ustaz penunggang Agama, apa susunya. Lainlah CEO, CFO yang duit berkepok-kepok orang cari nak minta sponser itu ini. Atau penulis dah level-level box office/billionaire, macam JK Rowling, Stefen King, Danielle Steel, John Grishm, Dan Brownkakan? Hari ini baru saya faham mencarutkan aka mentebaraikan otak hedonista dan penunggang agama atau sesapalah yang menyakitkan hati dalam organisasi, bak kata ada satu adik tu The Onar Maker itu SUSU.


No comments: