Monday, October 14, 2019

Bajet 2020 part 2

Sambung semalam ea.

Apabila Odah ops Maddie seru ajar anak-anak ekonomi dan seni-budaya hedosnis bukanlah bererti anak-anak kau tu kena ikut apa si ikon hedonist tu buat. Tidak. Tidak sama sekali. Maksud saya ajar anak-anak ikut rasmi ikan. Duduk dalam laut dari lahir sampai kalau tak mampus masuk jala, makan umpan di kail, mati begitu, tetap ikan rasanya tidak masin kecualila dijadikan ikan masin.

Macam mana tu? ntahla. Pandai-pandailahkan.

Ok berbalik pasal pengubah wang haram dan GST ni saya teringat satu cerita yang betul berlaku di kampung saya. Kat kampung tu ada banyak taman perumahan. Ikut kelas. Dari separuh mewah kepada kos rendah. Nak cerita pasal yang di Taman kos rendah ni. Duduknya bertentangan dengan rumah mak. Saya ada beli sebijik rumah di situ. Tapi memang lebih banyak habiskan masa di rumah mak, sampaikan last-last saya sewa je rumah tu kat anak jiran saya yang baru berkahwin dan mencari rumah sewa. Kalau dah ada taman, mestila ada mini market, kan.

So adalah mini market tu yang mak saya suka pergi sebab Aso yang jaga kedai tu peramah dan kedainya sangat teratur. Kemainlah mak kalau ke sana siap menyembang-nyembang gitu. Aleh-aleh mak bawak cerita Aso akan tutup kedai kalau kerajaan bikin GST. Alasannya dia tak ada untung. Saya rasa eh pelik betul Aso ni. Lantak kau lah.

Lepas-lepas tu mak cerita Aso dan suaminya pindah kat tempat pendalaman dan buka kebun kelapa sawit ka, kebun dusun durian, ka ntahlah. Tapi kebun-kebunlah.Mak buat kesimpulan bukak kebun lagi banyak untuk dari bukak kedai mini mart. Bukan pasal bisness jadi tak laku kalau ada GST. Lagi pun banyak je kekedai yang ok makin maju lepas GST.

Cerita Aso ni pun mati macam gitu sahaja, sehinggalah baru-baru ni bila Atuk Maha Tua main chak-kun-chak pasal GST. Saya terfikir balik yang ada kemungkinan bisness Aso dibiayai oleh duit haram. Kedai mini-mart dia tu mesin pengubah wang haram----money laundering machine. Dia takut dengan GST segala kena declare dan benda ini terbongkar. Itu pasal dia lari masuk utan bukak kebun.

Saya fikir balik can data collected through GST boleh kesan kegiatan pengubahan wang haram. I tak rasa boleh. Tapi kalau orang dah dapat sumber haram, automatik dia takut kalau semua benda kena declare sama gomen, kan?

****

Akceli cerita ini berkait dengan cara macam mana dari sumber haram tak semestinya menghasilkan anak-anak haram jadah. Kat kampung saya tu memang ada je bini ganster, gundek gangster bagai. Tapi pandai-pandailah asuh anak. Hantar pergi sekolah, bagai baik kejadian budaknya. Dulu ada sorang jiran yang mak kata bini gangster. Kami siap pegi raya makan limau mandrin, kacang Ngan Yin minum kola lagi kat umah dia. Dia ok, kami pun ok. Elok je anak-anak dia. Yang pastinya dia rajin pantau kerja sekolah anak-anaknya. Kije dia jaga anak sekolah, aje. Kau yang kunun kije termulia, ada jadi majistret, ada jadi cikgu, pun tak termampu kau jadikan bini kau suri sepenuh masakan?

Dah kalau bini kau sibuk kije sana-sini, balik umah nak jaga anak, nak jaga kau, kadang tu kau lagi lorat dari anak kau, macam manalah anak-anak kau nak menjadi, sangat, kan?

****


No comments: