Thursday, January 26, 2017

BERDOALAH

Tetiba belumpun hari Jumaat kawan saya sudah berkhutbah di dalam FB. Bagus juga isinya, yang bikin saya terfikir tentang doa-doa saya yang lalu. Betullah kata kawan saya tu, tuhan bukan tak jawab doa saya, tapi menjawabnya dalam bentuk yang kita tak sedar.

Iyalahkan, nak orang kaya, dermawan, hartawan, kacak, segak bla bla bla..... tapi tuhan bagi saya sakit mental, dululah, sekarang dah pulih, bagi saya Diploma, bagi Ijazah dan pekerjaan yang dihormati dalam masyarakat. Tuhan juga bagi bakat seni. Tuhan bagi semua ini rasanyalah,kan bukan sebagai ganti kepada permintaan saya, tapi sebagai persediaan untuk menjadi suri hati type typical "A" yang banyak cekadak. Agaknyala tu. Bos saya ada cakap, "kau kena ada semua (Ijazah, Sarjana, mungkin PhD) baru Tuhan bagi kau suami. Jadi janganla kau risau, susah hati, rasa rendah diri, malu kerana tidak berteman."

Kenapa bertoye-toye nak juga Type "A" high IQ? Dah kawen esok, bukannya kau nak berborak pasal Quantum Physic, falsafah, teori-teori pun. Sepanjang waktu kita akan bercakap pasal benda-benda yang simple-simple yang kadang tu 'Pak Gurd', 'Driver' pun lebih pakar dari seorang profesor atau saintis.

Jadi kenapa? Kenapa? Kenapa? Ntah, saya belum google lagi jawabnya.

Salah satu sebabnya ada kawan cakap dia suka orang pandai sebab orang pandai ini cool dan  berfikiran terbuka, yang jika tidak berhati-hati boleh disalah tafsir sebagai LIBERAL. Eh tadi banyak cekadak, tapi sekarang coollah pula. Kata dia mengenai sayalah. Cekadak tu dalam proses kerja, cara kerja. Itu Type 'A', saya tak rasa saya ini type 'A'. Saya ini membakau darah si 'A' mugkinla juga tu. Meradang agaknya derang tengok saya yang berlenggang-lenggang-kangkung, dah masuk 40an baru terkedek-kedek macam itek pulang petang pergi kuliah,kan.

Less judging kata dia lagi. Dia kata saya ya. Saya tak suka judge orang sebab pada saya segalanya bermungkinan. Hari ini si polan atau polanah fraud esok mungkin mereka bertaubat. Saya yang tidak buat fraud, dia bebas melakukan fraud mungkin juga kerana ketidak-cekapan saya dalam mengumpul, mendokumentasi, menghujahkan bukti secara tuntas. Atau jika saya berada di tempat dia, saya mungkin juga buat benda yang sama, bahkan lebih teruk, lagi. High IQ people suka put themselves in other's shoes. Putting and re putting things into different perspectives.

Dalam dunia yang serba-caca-marba-ini, kalau terlalu judging sangat, dada boleh jadi sendat, nafas jadi sesak. Fokus boleh lari, emosi boleh terganggu, kawan boleh jadi lawan.

Itu salah satu sebab. Sebab utama sistem kita yang memang memberikan keutamaan kepada bakat akademiklah. Semua orang pandang kalau yang bercakap tu Professor, Dr. Cakap laku boleh bikin rezeki bertambah. Ini jaman, jaman air liur. Air liur artis pun lebih mahal dari air liur Professor,kan.

Jadi gitu-gitulah adanya. Jadi jangan cuba mau sakitkan hati saya, suruh saya kawen dengan Pak Gurd ya!

No comments: