Tuesday, January 10, 2017

Oh My Omputeh

Sambung cerita semalam, apa dah jadi dengan perempuan tu? Kalau bawa berubat cara omputeh memang dah baiklah tu. hehehehehe...  Perubatan moden omputeh memang canggih. Canggih sampai ada orang mental di sana yang menang anugerah hadiah Nobel... lagi! Gaytuh.

Dulu pesakit, kena duduk dalam wad mental, duduk-duduk wad pun lukis-punya-lukis, hari ini lukisannya jadi sejarah. Jadi terkenal diserata dunia. Macam itulah dunia sana ntah macam mana boleh jadilah ek, orang yang rosak akal, boleh turut sama memberikan sumbangan besar dalam bidang seni, bidang ekonomi, dan ntah apa bidang lagi yang saya tak tahu. Kita ni pula akal baik-baik jadi rosak. Hisap dadahlah, minum arak lah, pelacuranlah. Macam-macam. Keluar cerita orang gila, semua bunuh orang, mengamuk cederakan orang. Tak ada lagi cerita yang baik-baik. Bukan tak ada, tak lama lagi insyallah dengan kemajuan perubatan negara kita, adalah tu nanti kita baca orang mental harumkan nama negara. 

Orang itu tentulah bukannya saya. Saya ini kira kes dah tertinggal keretapi ni. Dah ganyut bebeno. hehehe, baru dapat feeling-feeling intelek/scholar, baru terhegeh-hegeh nak mengaji, nak pegang pen, buku, segala bagai. setakat fefeeling, psiko kuat brangan tu bulelah,kan. Nanti tu, nanti adalah tu, nantikan muda-muda kitalah. Hah kau tunggu, saja, aar. Kalau umur 18 - 19 dah dapat kesan mental, ubat betul-betul, dengan sokongan ibu bapa dan komuniti setempat, bule tu cemerlang. Ini bukan cakap angan-angan kosong. Tengok sahajalah orang OKU, masuk sukan, dapat pingat emas dah mengalahkan athelete normal. Tak lama lagi adalah orang OKU ketegori mental yang buat apa-apa benda yang boleh membanggakan rakyat Malaysia.

Ni kita nak cerita orang sihat, bijak yang dahla dulu kecoh kata orang gila kacau derang, hari orang gila tu ntah dah baik ka, dah mati ka, atau dah kena penjara dalam wad sakit mental ka, dok kecoh pula cerita liberal-gemar-berbahasa-inggeris dok kacau derang, Haish tak sudah-sudah,kan masalah derang, ini,kan. Sapa pula liberal jahat tu. Dengar ajelah penulis-penulis bermukjizat ini menulis ek. Betul ka dunia tulis-menulis mereka makin kelam. Dengar-dengar katanya, majalah agong deme, nak dikurangkan dari 12 kali keluaran setahun, dah jadi Dwi bulanan aje, dek masalah ekonomi negara. Kesian,kan. memang kesian. Kita audit pun kena potong juga bajetnya, tapi kita idaklah menuduh-nuduh ada manusia liberal bikin bajet kita jadi kecut. Biasalah ekonomi, ada kembang ada kuncup. Bila kuncup pandai-pandailah ejas (adjust). 

Masing-masinglah eh cara nak tangan kemelut keperluan diri, keluarga dan anak-anak dalam keadaan yang serba sukar ini,kan. Saya tak kisah derang nak meroyan tuduh, sana-tuduh-sini pun. Playing victim memang sangat baik juga tu untuk publisiti. Bila kita meroyan kita ni mangsa, orang jadi kesian. Sebab kesian, saya rasa bulan depan kalau saya free saya naklah jenguk-jenguk sedara kita yang teruk terinaya ini.

Nak tolong memang tak dapat tolonglah. Susah nak jual barang meroyan ni. Dalam ekonomi teruk orang mau yang indah-indah saja, bukan tuduh-menuduh-gaduh-bergaduh sesama sendiri, apatah lagi momok-memomok benda yang orang semua dah sedia maklum dah. Jadi saya boleh tolong tengok aje. Boleh tolong kempen, tolonglah selamatkanlah manusia-manusia suci ini dari terus jadi mangsa keadaan,kan. Kesian ya Allah. Berilah mereka ini jalan keluar. Memang kesian saya tengok derang ni.
Ada-ada aje,kan derang ni




Sapa pulak si Netto nih....

1 comment:

Albert Barkley said...

I would like to wish you great success in your coursework and hope that you will be able to figure out all things easily. Assignment writing services