Cerita-cerita semalam, macamlah saya ni banyak duit, kan.
Tidak, bukan banyak duit, mana, pun. Tapi orang duduk kewangan memang selalu
didekati dengan promoter dan pengiklan. Cerita semalam memang saya yang jemput.
Kenapa saya tak pergi kaunter beli ASN1,2/ASB, macam kebanyakkan orang?
Saya sebenarnya mau bikin pinjaman ASN/ASB. Manalah
tau,kan kawan punya pasal dia boleh bagi special rate…2.8% ha! Saya teruja nak
buat benda itu lepas dengar ceramah AKPK. Kata penceramah, “ambillah kemudahan
itu, kos pinjaman sekitar 3.5%-4% sedangkan pulangannya 5%, 6%, 7%? Menurut
kajian di Singapura, macam yang pensyarah Pelaburan saya kata, pulangan di
Bursa sana, memang tak lari dari 9%-10%. Jadi tidak hairanlah jika di Malaysia ini, PNB yang selama
ini menguruskan hal ehwal pelaburan bumiputera boleh bagi pulangan setinggi 7%.
Ini kerana sifat “financials instrument" yang diniagakan di sesebuah bursa itu,
jika satu kelompok, naik, satu kelompok lagi akan turun. Yang perlu dilakukan
oleh pengurus dana ialah memerhati turun naik harga ini dengan tekun.
Jika kita banyak duit, macam Tun Daim Zainudin tu, bijak sebijik macam Tun, peka dan perpengetahuan, macam....lagi-lagi Tun Daim lagi, kita sendiri
yang urus dana sendiri, kita sudah semistinyalah boleh bikin lebih dari melabur
dalam amanah saham ini. Tapi macam yang saya cakap, modal kita tak tinggi, kita
tak eh saya,lah malas nak mengkaji trend pasaran saham, amanah sahamlah yang
terbaik untuk kita, sebagai “hedging tool” dalam melindungi simpanan kita dari
dimamah inflasi. Tak apalah, tak untung banyak tidak mengapa, asal duit kita
tak merosot teruk dek kerana inflasi. Bayangkan anda menyimpan dalam bank
biasa, faedahnya 2.5%, inflasi 3% ke 3.5%, memang sakitlahkan.
Riba, bunga memang jahat, mari perang riba, bunga, perangan
bapak bunga iaitu Yahudi Israel laknatullah. Korang pergilah, saya lebih selesa
dengan cara saya. Ikut hati memang saya mau pergi berperang di Palestine, tapi
nak pegi Bandar Baru Jempol, pun mak saya punyalah sedih, tak tidur malam menganalisa-psiko
saya. Hasil analisa-psikonya amat mengejutkan tapi mengeli-hatikan saya. Dia
kata mengalami masalah unrequited love
dengan pelakun cun Encik Azhar Sulaiman….Mak ai ha ha ha…kelakarkan.
Kepada yang membaca tulisan ini, doakan mak saya ok dan
redhakan pemergian saya ke Bandar Baru tersebut. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment