Sama ada kita menjemput atau mereka mendatang, hari-hari
kita tak akan lepas dari didekati oleh penjual-penjual barang-barang baru yang
katanya lebih islamik. Produk alternative kepada produk sedia ada yang katanya
tak Islamik, tak syariah compliance. Dari barang consumer, seperti syampu, minyak
wangi, make-up, hinggalah yang terbaru tengah hype sekarang ini iaitu rekaan
(design) – reka bentuk rumah.
Saya ini memang hobinya tengok iklan. Jadi saya memang suka
tengoklah, bagaimana orang bikin iklan. Iklan biasa masa kita kecik-kecik ialah
iklan sabun cap x dengan sabun jenama yang mau dipromosikan. Iklan jenis ini
masih relevant, masih menjadi. Saya kalau sabun saya ok. Cuma bila pengiklan
terlampau memburuk-burukkan cap X, saya jadi sedikit macam tak berapa suka. Ko nak
jual sabun engko, kan, yang engko terlalu focus cakap pasal sabun cap X, apa
barang,kan. Kenapa tak focus pada sabun, ko sahaja.
Baru-baru ini saya kawan saya ada cakap yang dia bikin kerja
yang ada kaitan dengan financial instrument. Mula-mula saya fikir ianya
ASB/ASN, rupanya produk milik komersial. Mula-mula saya minat, pun masih minat
walau dividennya serendah 2.5% sahaja. Minat saya jadi malap bila mengenangkan
processing feesnya adalah 6.5%, lepas tu padam terus, bila kawan asyik downkan
pesaingnya iaitu ASB/ASN. ASB/ASN tak syariah compliance katanya beliau.
Nah, bandingkan produk yang dikata syariah compliance ini
dengan ASB/ASN…ASB/ASN 1 ASN2 harganya “fixed”
at RM1.00 perunit, regardless market meletup,ka, merudum,ka…tetap RM1.00.
Pulangannya terbaru sekitar 6%-7% seunit.hmmm.
Yang compliancelah sangat tu, harganya RM0.40 boleh turun,
boleh naik….(boleh turun naik inilah cirri Syariah. Yang tak turun, tak naik
kekal RM1.00 itulah punca ASN1, ASN2/ASB tak dapat pengiktirafan syariah
compliance, walau saham dalam syarikat arak, judi, pelacur/hiburan semua dah
ditapis-tapis) Mana datang katanya past track return 22% t? Saya cuba yahoo
finance, nak dapat past historical price, tapi tak berjaya. Tak lama lagi
market akan “crash” so tunggu ajelah,kan dia jatuh lagi dan lagi dan lagi…hah.
Waktu sekarang adalah paling baik untuk jual stock beli emas…kata pensyarah
Investment saya, jadi saya pun kata…ah malas aku nak commit…Lagi pun initially
ku ingat dia jual ASB/ASN1, ASN2, bila dia jual benda lain, saya berhak
menolak,kan.
Dan penolakkan itu bukanlah pasal, market nak crash atau
dividend yang sangat rendah, dengan processing feenya yang tinggi, tidak (untung
2.5% - 6.5% investment cost, eh cik adik, berapa yang akak bole dapat…hah kalau
market crash, RM0.40 buatnya jadi RM0.20, eh baik akak gamble beli saham MASlah,
RM0.17 dah naik RM0.20, melak-melak boleh naik balik macam dolu-dolu hah tak ka
mak cik kaya! …kalau tak naik pun MAS terus gulung tikar, kira sedekah kat MAS,
Beranganlah tu). Saya tak ada masalah dengan itu semua, asal ia syariah
compliance, tapi saya tak berkenan dengan cara iklannya nya tadi. Ko boleh
cerita keberkatan syariah compliance, tapi ko pilih dosa dan azab memilih
produk tak syariah compliance, sedangkan produk yang ko kutuk-kutuk itulah tolong
orang kita yang buta saham, dapat merasa ada ekuiti di bumi sendiri, walau
secuit bebeno. Baik ada, walau seunit, dari tak ada langsung,kan.
Penghabisannya saya bercadang nak ajak kawan pergi cari
gelang emas untuk hari-raya. Kalau tak berkenan, mungkin saya singgah Pejabat
POS simpan aje dalam Tabung Haji.
No comments:
Post a Comment