Sad to say saya masih belum dapat tajuk untuk projek. Mula saya
ingat nak pergi balik pada akauntan, oohhh bila dalam ucapan kita orang punya
orang besar HR, marah-marah, terkecut perut den, terus mencecet kemas barang
balik Melaka…pun begitu alhamdullillah saya ditawar industrial training pada
semester ini..
Dalam saya tercari-cari tajuk, tercari-cari jurnal secara
rawak-rawak aje(sebelum terkincit, terberak kena tembak kaw-kaw punya dengan
kita punya orang besar), saya terberkenankan penyanggahan kepada hypothesis,
teori-teori kelakuan manusia yang bergelumang dalam dunia pelaburan. Behavioural
finance. Pergh memang, behavior-behavior ni memang saya suka. Dalam bidang ini
ada penyanggahan terhadap “Efficient Markets Hypothesis (EMH)”. Bidang ini
menyanggah bahawa manusia tidaklah serasional yang dinyatakan dalam hukum teori
kewangan tradisonal Lau (2009). Tak
rasional itulah yang saya suka sangat…
Tapi fikir balik I’m too oldlah, nak bertukar dari “public sector accounting” kepada ntah hapa tah INVESTMENT hah! Ko dah gila apa Mardhiah????!!!! Betul public sector nak kaji-kaji sangat, pun bukannya boleh sangat pun. Ntah macam tak de benda, semua benda sensitive,kan. Tapi itulah aje…may be saya patut lupakan saja rancangan nak ambil Ijazah Sarjana, baik belajar urutan tradisional di Kolej Komuniti, pencen nanti jadi tukang urut pun ok gak eh….saya tak sukalah buat kek, penat. Urut orang pun penat juga, tapi buat kek lagi penat.
Ok apa yang dia marah
sangat tu? Akauntan ni biasalah, dia ni macam ni let say kalau anak balik rumah
ngadu ada budak jahat buli, mak akan kata balik….kenapa pula dia nak buli adik?
Muhasabah, muhasabah, muhasabah…jangan tau nak komplen aje. Adik pun cakap, adik gemuk, budak sekolah tak suka
budak gemuk… la memanglah ibu sayang adik, tapi ibu realistic, dunia hari ini
memang kejam pada budak gemuk, adik kenalah diet. Seorang akauntan akan menjaga
diet anaknya, tak de benda yang tak boleh diselesaikan…ko gemuk, nasib ko,lah genetic
ko macam tu, tapi kalau ko makan ikut nabi, bukan makan ikut babi (macam saya)
insyaallah boleh kurus.
You don’t simply datang merengek-mengeluh, begitu begini, depan
akauntan. Pada mereka itu buang masa, ada banyak benda nak kena buat. Kalau tak
tahan kena buli sebab gemuk then kuruskan badan, kalau tak tahan kena buli
sebab mulut laser, then kurangkan bercakap, kalau tak tahan kena buli sebab sakit mental then makan ubat baik-baik, ikut nasihat doktor baik-baik, mudah,kan. Mengada-ngada kata si A,
buli, si B buli, si C buli, semua kaki buli, apa masalahnya,kan. Nampak
heartless, tak berperikemaknusian. Tapi ok wat, dari ko terjebak menghukum
orang tak bersalah dek kerana rengek keluh kesah orang yang memang secara
azalinya dilahirkan sebagai kaki rengek, kaki komplen, lebih baik berhati
batu,kan.
No comments:
Post a Comment