Sunday, August 1, 2010

Alhamdulillah, dah Ogos rupanya eh.

2, 3 hari ini saya seakan rasa resah. Ntah resah macam orang nak terima hukuman gantung gitu. Dengan kesibukan belajar, berenang saya seakan terlupa akan karma yang telah diramalkan untuk saya. Yeah, Saya diramal bakal gila pada Julai. Thank God dah masuk Ogos pun.

Orang kata kita adalah apa yang kita usaha. Bukan saya saja yang berusaha, seluruh ahli keluarga pun berusaha mempastikan saya sihat dan ceria. Sebenarnya penyakit saya ini ubatnya adalah penerimaan orang sekeliling. For the past 2 years alhamdullillah saya rasa bukan saja diterima, bahkan saya dapat membantu orang lain. Paling seronok, itulah membantu kawan dalam persiapan Mid term mereka dan mereka score.

Apa barang yang saya dok resah-resah tu….ntahlah resah mengenang akan masa depan. What worst could happened. Will those who accuse me of committing stalking crime, pursue their allegation formally? I believe sooner or letter they will lodge the report. They have to, because I believe they are good people, people who always fight for justice and social right. People who always talk about moral and integrity therefore they should know betterlah wat wrong, wats right.

How about me, me… I admit I ada commit perkara salah, yang pada masa itu saya tak tau ia salah. But to me ignorant bukan lesen untuk melakukan jenayah. Dulu memanglah yang berbentak-bentak kata I tak salah. Takkan bagi hadiah, emel, text msg pun salah. Bila dah masuk university dan sikit-sikit belajar undang-undang saya telah boleh menerima hakikat yang kita tak boleh bagi hadiah dan emel-emel orang yang kita percaya dia suka, tak sebenarnya tidak macam itu. Sebenarnya dia benci, malu, terhina, dihina dan rasa sangat tertekan sehingga hilang focus untuk melakukan tugas harian dia, paling teruk mati pucuk bila berhadapan dengan kekasih hati yang setelah sekian lama mereka dok rindu-rinduan dan kasih-kasih itu dek kerana hadiah kita ni tadilah.

Perkara ini memang sangat memalukan, tapi orang kata, berani buat berani tanggung. Itulah padahnya jika kita buat sesuatu dengan mengikut hawa nafsu. Dari di hukum di akhirat sana, biarlah saya menerima balasannya di dunia. Malu di dunia sementara saja, tapi di akhirat sana ntah apalah agaknya hukuman untuk saya. Apa pertuduhannya? Ntah saya pun tak tau sebenarnya, sebab dia bagi dalam bentuk puisikan. Nanti bila mereka dah baca pertuduhan dalama bahasa undang-undang fahamlah kita bagaimana sampai saya boleh sabit melakukan jenayah stalking.

Kalu macam tu lebih baik gila dari malu deh. No I don’t think so, to me lebih baik mati menanggung malu dari mati sebagai seorang yang gila. Saya tak mau mati sebagai orang gila. Lebih baik mati sebagai sebagai orang waras, walaupun dalam perjalanan hidup saya ada rekod jenayah. Saya tidak mau menulis naratif yang songsang lagi tunggang-langgang.

Ala, lagi pun pertuduhan dan perbicaraan belum dibuat. Saya memang tak yakin boleh menang, tapi mana tau, berkat doa ibu bapa, dan kawan-kawan, menghasilkan satu keajaiban. Dah tak gila ni pun keajaiban juga ni. Memanglah saya tak patut dan tak layak untuk mendapat keajaiban berganda, tapi orang kata kita minta sama Allah. Allah maha pemurah, lagi maha penyanyang. Kita bina hubungan baik dengan Allah, jadi tak salahkan jika saya bersangka baik yang Allah akan memperkenankan doa saya.

No comments: