Saturday, August 12, 2023

SENJATA TAK TERBANDING

Sambung cerita semalam pasal aku yang dulu ketakutan tu. Takut apa? Iyalah kan aku kata aku dah stalk blog anak murid bestie aku, dalam alam maya garang dia semacam, macam perwira yang rela mati demi mempertahankan hak dia. Aku takutlah dia betul-betul datang rumah aku naik kuda dan panah jantung aku he he ---- klako. Takut mati. Itu pasal aku cakap ketakutan aku ni mgarut je. So dalam takut tu aku buat-buat biasa aje. Takut hilang akal pun ada.

Macam aku cakap, aku sambung belajar, dan so far so goodla. Tak de orang datang naik kuda panah aku eehhh. Kuda pun sikit punya mahal apa. Bab berenang pulak, nasib baiklah aku ni sukakan air. dan aku bolehla berenang sesikit, kalau dia datang lemaskan aku dalam air pun aku ok je, sebab aku suka air. Mati lemas tak berapa menakutkan macam mati kena panah. 

So, pagi ni aku tengok le rezal PRN semalam, kira oklah PMX boleh bernafas lega, walau kerusi keseluruhan yang dimenangi lebih berpihak pada pepuak KUDA ni, tapi dari segi state, dia balancelah. 3 Negeri berbalas 3. Puak KUDA menang balik pantai timur, negeri yang majoritinya Melayu Islam. Puak Sekolar Mata Satu masih lagi bernafas di Negeri belah-belah dekat Putrajaya sini.

Tapi bolehlah juga atau kata lain tak salah aku nak cakap, Melayu undi KUDA. Deme tolak Sekular. Tak salah kalau aku nak cakap gomen hari ini tegak sebab ada orang kapir. Persoalannya sekarang adakah KUDA derang tu sudah cukup bagus, itu aku tak pastilah. 

Kalau ikut royan anak murid bestie aku, tu kan, kunun aku nak rampas KUDA dia, kalau si bestie tulah, KUDAnya dan yang menonggang KUDA tu, tak kisahlah sapa pun, rezal dia sama je. Ntah-ntah makin teruk. Makin kuat menyakau hasil bumi Negara. Yang menyakaunya lepas, siKUDA masuk penjara macamle cerita Najib Rosma. Kalau aku yang tunggang, lagilah teruk hah alamat jadi KUDA gila leeerrr---Belum sampai PUTRAJAYA  KUDA dengan yang tunggang KUDA kalau tak masuk gaung, mati lemas masuk tasik ka, atau lemas masa nak seberang laut Cina Selatan sana.

Honestly kalau aku dapat KUDA tu, aku hasut je, berenti kije, aku bukanya reti tunggang kuda pun, kan. Aku suruh aje dia ambil lesen lori, tukar kerjaya jadi pemandu lori sayur je. Ni nak nagambik-ambik alih gomen, nak tukar sistem ngarut ajelah. Sistem apa ko nak tukar, sistem berKUDA? Aku tak le mencabar, melekeh, aku tahu orang Kelantan, Terengganu sana hebat-hebat, tapi ntah aku rasa macam aku rasa ntah, aku kena check dulu, kalau tak cek, ikut semberono fitna mulut aku, yang ramai kat gomen ni orang Kelantan Terengganu, kalau tak Kelantan sana pun, yang ramai sini semua orang ISLAM. Dalam Islam pun ramai yang corrupt jugak.

Tiris, korup tak kira apa agama kau. Aku skeptikla, masa baru masuk kije dulu ada skandal yang orang nyudal dalam ladang kelapa sawit dedekat KLIA sana. Masa tu tengah nak buat KLIA. Ceritanya ntah sapa membuat KLIA (buruh KLIA tu) datang dari mana tak pastilah. Bangla kut. Bos kawan aku buat duit dengan bagi permit haram kat pendatang ni. Dah bagi benda haram, anggut lagi pekerja seks dari mana tah, buat kemah sundal dalam ladang. Buat duit berguni-guni betul deme. Siang diperasnya tenaga pendatang ni bina KLIA dengan upah yang minimal, malam dia amik balik upah tu bagi bayar amoi/nona ladang dengan bayaran mahal. Berapa dia bayar kat amoi/nona, ntah tak taulah. paranoid aku membayangkan langsung tak dibayar, pakai buang macam gitu saja, dibiar mati kering kawan tu kena lanyak dengan buruh KLIA yang ramai, itu. Bila benda ni tersebar, yang makan duit semua dah cabut. Bos kawan aku kena masuk masa tu ada ISA lagi. Duduk Kemunting sana. Bos besar dia bapak anggkat dia cuci tangan bersara awal. Orang kapir ke bapak angkat tu, eh orang Islam. Ejen Dajjal ke dia? Eh tidak Alim, kawen anak jemput budak tahfiz buat nesyid, marhaban. Aku pegi kawen anak dia. Siap aku berborak lagi dengan ketua Marhaban tu, Hah Adik ke kakaknya-- Almarhum Ustaz Harun Din- Al Hafiz. Eish memang Islamik,lah. Elit. Balik kampung itule Elit, tokey KUDA BERENANG MEMANAH. Mana ada ELIT ROsthchild rupa roman orangnya. tak de deeee----

Kau ingat senang nak jadi mandur Dajjal ni? Kau ingat idung pesek-pesek kembang macam kita ni Dajjal nak terima jadi Ahli dia? Kau belum dengo ceramah ustaz Auni, kut. Kreteria utama nak jadi Sundal Kapitalis ni, keturunan kau. Kau ada darah Keliopatra?, ada darah Namrud? Kalau tak de maknanya nak jadi mandur Dajjal, walau dalam gomen kau dah duduk cukup tinggi dah. Dan aku rasa real mandur dajjal kat Malaysia ni tak payah buat kije pun, cukuplah ELIT-ELIT Melayu KUDA ni buat kije derang menyakau hasil bumi, membina political war chest deme kunun demi nak lawan parti Sekular Dajjal. Tak payah nak rancang-rancangpun Pak-pak Imamn balik pantai timur sana beriya-iya hulur wang sana sini masa PRU lepas. PRN ni belum ada video tular lagi, Dia sendiri dah berbedak peruntukan untuk bela rakyat, jadi duit upah undi, so apa perlunya lagi mandur Dajjal nak pecah kepala nak pesongkan Puak KUDA ni, Dia sendiri dah terpesong dah. Tak payah kita pesongkan. Pesongan mereka lagi brutel sebab segalanya atas nama TUHAN.

Lagi satu aku nak cerita, aku ni kije kewangan, dulu tu dah dalam internet ada budak tu tuduh aku memacam, kadang aku berangan jugak yang aku ni mandur Dajjal, kan? Itu cerita dululah sekarang ni idaklah lagi aku berangannya. Barani kau berangan gitu, hadoooiii kalau bebetul jadi mandur Dajjal kang, tak cium bau syurga kau. Hah nak duduk neraka Jahanam, aish takut aku, tak mau. 

So balik semula cerita dulu---- masa aku kije jaga wang kicik peringkat dearah yang ciput-ciput je, bila aku nengok pesona-pesona yang peluk Quran bagai, komputer on ayat Quran tapi gigih pusing-pusing duit gomen nak buat itu ini, situ-sini, sikit ada masuk poket, hati aku sudah banyak kimbang----dia Islam yang gitu-gini dan buat kije lakukan pecah amanah dan berbuat korupsi, tanpa perlu aku ajar, jadi apa perlula aku nak memandur disini? Dia lagi hebat, ligat berbuat korupsi. Aku sendiri pun tak reti, dia lagi reti. he he---Makan tido ajelah kije aku, kan? Takyah susah-susah kije, dia pun dah lebih pandai dari aku dah. Benda yang aku tak fikir nak buat pun dia boleh dan sanggup buat. So aku banyak kimbang senyum riang gitu.

Itu berangan akulah, tapi real life aku ni muslim, kena kije bebetullah, apa termampu kita buat, kalau betul ada tiris, kita siasat, kita lapor. Lepas lapor dia buang laporan kita dalam tong sampah, no big deal, aku dah buat kije aku.  Atau lepas lapor dia kata aku fitna dia? Itu pasal kena lapor betul-betul. Kena tingkat ilmu bebetul. kumpul bukti sahih bukan sekadar here say here say. Jika tidak, memalukan pejabat aku je. Laporan aku kena orang kata "water tight" dia tak boleh konar kot mana dah. Salah tetap salah. Macam laporan-laporan yang dikemukakan di Parlimen tu, kan. Walau lepas masuk PAC bagai, Najib sorang je masuk penjara, nama-nama Lembu NFC, 1 Bestari Net dan banyak lagi lepas gitu aje, tak kisahlah. Aku rasa penulis-penulis laporan tu semua redha dan tak frust nonggeng sebab dalam banyak-banyak tu, Najib sorang je masuk penjara. Penulis-penulis tu mesti pernah baca dan percaya yakin bahawa "beyond all ideas of right and wrong, there is a field I'll meet you there"

So, tak de isu jika mau tuduh penulis laporan ni nak iri ka, nak dengki, hasad sakit hati atau nak risau/paranoid tak bertempat ka, kan? Sebab yang utama penulis dia sibuk nak tingkatkan ilmu dia agar laporannya mantap "water thight", manalah ada masa nak iri-iri dan berhasad dengki, ni kan? Selain ilmu baru, ada benda lagi penting. Yaitu nak jaga diri agar tidak hilang  fokus utama kita ada di muka bumi ini. Apa tujuan kita di sini? Tak lain dan tak bukan ialah dalam mencari redha Allah. Life is simple, jer. Tak perlu bertanding untuk tunjuk yang engkaulah penunggang kuda, pemanah, perenang handalan bagai untuk kelihatan kunun kau lah yang paling hebat dan benar di sisi ALLAH.  Jadi kenapalah nak susah-susahkan benda yang telah sedia simple? Chill Chill aje sudahlah. Tak de KUDA pun kita ada kaki untuk berjalan apa?  So, yang kau sibuk sangat rasa kita yang tak berkuda ni iri dan cemburukan engkau dah kenapa, kan? PARANOID la tuuuu.

No comments: