Thursday, March 23, 2023

Hadooiii kesian, Inilah nasibnya

La ni kalau ada je bebenda pepelik berlaku semua aku kata "dia mental kut" he he--- kenapa tah aku cakap macam tu, aku pun tak tau. But at least bila aku cakap macam tu, aku jadi kesianlah kan, idaklah aku memarah. hah gitu.

Ni sambung cerita bos aku yang dah merombak kesemuan kami dan opkosle ada orang dah tak suka kena tukau sana sini. Orang lain semua ok je, kalau tak suka boleh minta keluar terus. Bikin audit luar or Audit dalam di Kemanterian lain. Apalah nak disukarkan benda yang taklah sesukar mana pun, kan? Tapi orang dia dah bikin bising aarrr--- dan semua orang tak senang dengan tindakan dia. Aku bukan nak ngumpat sangat pasal dia, tapi nak cerita orang dok bengang giler sama dia aku boleh relek je ajak dia makan-makan waktu kebetulan dia singgah Seksyen aku dan kebetulan kita ada buat makan-makan pot luck sikit masa nak sambut pose hari tu. Kawan punyalah bengkek sama aku. Aik? itu pun nak marah he he he--- tapi dia tak ble marah dengan aku, sebab makanan tu aku pun yang bawak he he--

Marahle sebab tak faham nape aku tak bengkek dengan minah tu. Aku tak marah sebab aku rasa ntah, mengkin dia tak le mental, tapi ntah ek, sebab nature dia begitu dia seorang fighter. Dia akan fight-fight-fight-fight untuk dapatkan apa dia mau. 

Lagi satu cerita plak la ni ada orang bengkek lagi pasal ada 2, 3 mamat kiasu yang kiasu advise bebenda yang akhirnya memalukan ketua jabatan sendiri. Ironinya mereka keluar advise tanpa merujuk dulu pada ketua Jabatan katanya. Big bos akule tak tau pasal benda ni ka gitu, or ada orang cerita big bos dah tau, dan big bos dah arahkan agar go deep lagi before advise tapi mereka dah gatal kuar advise. Gitu-gitula ceritanya. Last-last katanya rujuk kat PUU, jatuh jadi tak de kes. Hah macam cerita Salwani sorok pendrive dalam kotak pensel kawan tu le he he---gitu ka cerita? Iyala sikit lebih kuranglah tapi level dia lebih clear cut, level-level teratas setakat PUU je jatuh hukum final say.

So, semua oranglah dah pakat meluat kat 2, 3 ekor ni. Selama ni orang memang dah meluat pun dengan mereka. Adalah perangai dia tu yang begitu-begini, I mean peliklah yang bikin orang benci. I is tak naklah bebenci ni,kan. Sebab I dengan mereka pun kenal pun, aleh-aleh nak bebenci dah kenapa, kan? Just dedengar cecerita orang dah naik benci, nak kenapa pulakkan? Tapi ada hat sekor tu memang aku kekadang tu naik naik tangan jugak lah kat muka ea, budak tu memang sial puaka, menyakitkan hati. Sangat kurang ajar, perasan baguzzzz----Memula memang aku susah nak buang rasa benci bila mengenangkan perkataan yang keluar dari mulutnya. 

Tapi tu tetibe kawan cerita bini dia tak sihat, anak sorang je--- aku fikir begini, cakap sikit punya pandai aik, takkan le anak sorang saja? Patutla satu je, bini sakit rupanya. Kalau tak sakit mesti dah berjurit anak dia. So lepas tu aku dah tak benci dah dia.

Napa aku benci sangat? Dia memang tak de laser aku tapi dia laser penyelia aku. Lepas tu yang aku marah sangat, dia suka buli ada sorang minah yang ada sakit Anxiety dan sebab dialah minah tu kena tambah ubat. Apa dia buat? hurm kau tau dia pegi rakam moment-moment minah tu kalur, kusut, lepas tu upload dalam status. Aku idaklah ada aksess kat status dia pun, tapi kawan-kawan aku sudah tunjuk aktiviti dia yang sangat teruks tu. Semua muka-muka team member dia yang teruk-teruk dia rakam dan jadikan kontent dia. Dia ni macam pervet, ka apa ka, pun ada juga. Rakam bontot penyelia dia pakai kain ketat, la, rakam team leader dia (lelaki) engah senyum-senyum mencurigakan dengan mamat jambulah. kira kontent dia mostly pasal benda yang mengaibkan orang. Sebab dia aibkan oranglah bila it is too much, kawan aku semua pepakat tunjuk "akk tengok kontent ni?" hah gitu--sampai aku ngucap panjanglah, kan dan jika diturukan hati harus aku bersemuka dengan mamat tu dan bagi sepatah kata dua "nasihat". Eh idak, aku nak piat telinga dia, heret dia kat opis bos dan nyatakan kesalahan dia, dan minta bos nasihat kan dia. Eh dia bukan buat kontent pasal aku, apsal pulak aku nak marah? Aku cakap la dengan bos macam ni "sebagai staff paling tua di opis ni---saya rasa budaya begini harus dihentikan!!!, amat menyalahi rukun negara no 5, kesopanan dan kesusilaan" 

Tapi tulah bila aku tau bini dia sakit, anak dia satu je. So aku pun mellow dan cakap hah! sah mamat ni mental. Tebaru, mamat dia ada buat perangai sikit, terbaru tu semalam, kawan dah heboh, aku je cool gila, tapi dalam cool tu aku tercakap begini "mental kut budak tu---ni orang tetua kata, orang lelaki kalau bil air asyik tertunggak boleh mental tau, bini diakan sakit, anak dia satu jeeerrr"

Kesian sakit mental, ada masalah semua orang pakat tuduh mental. Iya ka semua orang pelik-pelik ni mental? Tapi pada aku melabel orang sebagai mental ni boleh buat aku less marah-less benci, so aku akan gunakan label tu. Paling tidakpun aku kata dia stresslah. Ada kau dengan pasal ujian DASS? hah buatlah ujian tu selalu-selalu, kalau skor kamuorang tinggi, tidaklah bermakna pun kau mental yang perlu menghuni mental institution. Bila-bila masa je, bila tenang ribut jiwa, skor kau boleh back to normal. Skor-skor macam ni bukanlah nak bawa kau tinggal di sana, tapi tu, kan, just to let you know kadang-kadang, environment yang toxic bikin kau toxic sama, dan banyaklah kaedah yang boleh kau lakukan untuk lower down level of toxic tu. Sini pakar amat ramai, just reach out for them.

Jangan sampai bila kita terkena toxic, jadikan kita pulak terjangkit sama bawa toxic yang menjejaskan keharmonian dalam sebuah oraganisasi. Kita kerja 8 jam je sehari, so jagalah the rest of baki 8 jam tu untuk recharge, detox apa-apa benda tak elok yang telah terjangkit di mana-mana tu,kan. Iyala bila dah semua gaduh toxic-toxic, pepandailah jaga diri sendiri.

No comments: