Tuesday, February 7, 2023

Eh Bukan Dia Ada Laki, ka?

Orang besar-besar kayangan terluka dengan perkara-perkara besar macam ekonomi negaralah, isu akhlak remaja makin merosotlah, bla bla bla perkara-perkara besar. Owh Negarawan yang terhenyak pilu tu, kali ni dia tak pilu dengang kengkawang penulis dia yang durja-durja sanggup tulis cemar penulisan tinggi negara dengan tulisan lucah-geletis demi populariti, tapi dia terhenyak pasal kerenah penerbit lintah darat yang menyukarkan urusan dia. Penulis, karyawan agong mestilah kena uji dengan penjahat-pendurjana yang gadang jugakan? Barulah boleh bergelar karyawan agong.

Kita yang cikai-cikai ni, lintah hisap darah masa hiking pun dah terjerit-jerit luka berdarah. Itu belum lagi menapak tinggi pacak, rasa macam nak putus jantung lagi tu. He he. Luka fizikal tu kita pergi stretching, kalau teruk sangat pergi urut, oklahkan. Luka hati? Hurm tadi radio cakap pasal luka kena rejek, kena tinggal kekasih putus cintalahkan? Apalah sangatlah luka kita yang besar-besarpun, sekadar kena rejek pakwe/makwe je. Lagi satu luka sendiri punya masalah yang sangat cemburu ni. boleh?

Kau dahla tak de laki sebab perangai kau yang sangat penjeles, habis laki-bini orang pun kau nak jeles jugak. Itu sayalah. Saya taklah jeles dengan happy couple, tapi sangat marah kalau orang dah ada laki, dah ada bini, sebok nak mengeletis, curhat dengan couple orang lain. Mulalah saya cakap "eh laki/bini kau mana, yang dok nangis-nangis depan laki/bini orang lain ni? Kalau kes kena dera dengan pasangan tu dan yang mendengar rintihan tu pihak berwajib macam polis atau pegawai pejabat-nikah-cerai tu okla bolehlah kita terima, kan? Ini dok merintih dengan yang tak diberi tauliah tu memang saya geramlah.

Eh orang dok curhat kat laki orang dah macam orang mencurhat kat laki engkaulah pulak, kan? Begitulah jadi sangat geramnya, sampai rasa nak koyak-koyakkan orang yang menggedik curhat sana sini tu. Ini apa cerita ni, hah ni lah kat opis ni bos saya yang lorat tu, kan, hah kau dia menangis-nagis depan bos yang dia dok bontot selalu-selalu tu. Ceritanya macam gini, hari Jumaat lepas kat opis ada baca yassin dan ada orang sponser bihun sup. Punyala banyak lebihan, sup, bos kecik seksyen kita pegi GRAB kaki ayam onkan dalam periuk nasi letrik.

Bos-bos ni agaknya Jawa kut, derang gemar sangatlah kaki ayam yang derang panggil caker ni. Bos besar pun suka, jadi lepas solat Jumaat tu dia repeatlah caker tu lagi. Sambil-sambil hirup sup tanya progress kerja anak buah. So dia amiklah sikit masa terlimpas la itu jam 2.45 tu bawa sampai dalam 3 lebih gitu. Hah si pembontot tegar udah gelisah ni nunggu di bilik bos, mana bos suda pergi. Bos takkan pergi mana pusing-pusing kalau tak ada di tingkat dia, ke tingkat kami le perginya. Dia pun watsap penyelia kami if ada tak bos kat atas. Hakak punyalah khianat suruh tangkap gambar bos tengah hirup sup caker send sama dia. Apa lagi dibalas semula agar bos segera turun kerna dia sudah menunggu di biliknya.

Haku punyalah hadooooiii,,,,, apa lagi lah maunya dia, tetiap petang mau discuss, discuss, discuss. Pendek cerita bos pun pergilah attend dia, setelah kami perli-perli bos, (kami tu saya) peminat bos dah tunggu hah gituhhh---Pendek cerita lagi, agaknya si pembontot tu dah terasa kut, orang dok pandang dia semacam sebab tiap-ada peluang nak berdiscuss dengan bos, dia pun ajak penyelia sekali. Pendek cerita lagi, bos pun rasanya dah bosan asyik nak berdiscuss je, bos pun psiko dia agar dia mengaku dia tak sihat. Mulanya dia tak nak ngaku, last-last tersedu-sedan dia mengaku yang dia sakit. Bos suruh dia cuti je. 

Hurmm kau rasa dia nak cuti? Tak de maknanya. Lagilah dia nak tunjuk dia tak sakit. Hari ni aku yang cuti sakit. Itulahkan, rasa memang meluat, tapi nak meluat kesian, pun ada. Punyalah nak tunjuk "aku boleh, sampai dah sakit pun masih mau kerja" Lepas tu cakap saya tak mau dipersoalkan di akhirat kelak" iayalah tu kau rajin sangat kerja sebab tak nak dipersoalkan diakhirat nanti atau sebab kau nak impresskan laki orang?

Laki kau mana? Skeptis? Hurmmm---itulah kesakitan saya pada minggu ini. Saya kena belajar merawat hati agar tak sakit hati melihat gelagat orang yang dah ada pasangan tapi mencari-cari yang lain untuk mengadu-sedu-sedan. Hari itu saya dah bagi satu das dekat pembontot tu begini "minta sama Allah bukan minta sama KUAD" KUAD stand for Ketua Unit Audit Dalam. Itu pun dia tak reti bahasa kut. Iyalah saya ni kuli-kuli je, mana maunya dia dengar cakap saya. 

Dah tetua lagu tu, kalau laki sendiri tak layan, carilah ALLAH, dok pi bontot laki orang dah kenapa? Laki orang dah lemas suruh kau cuti sebab kau sakit, pun masih tak reti-reti bahasa jugak,kan. Eh mana kau letakkan maruahmu sebagai seorang perempuan, kan?

So the morale of the story, sapa yang kena pergi healing ni? At least dia nak healing dia ada laki orang yang akan dia tuju untuk nangis-nangis, hakak yang jeles, meluat ni nak menangis kat mana? he he--- Jom jom weekend ni kita santai-santai kat mana-mana ek. Nak membawang pun dah habis bawang dah aku kupas bersama geng-opis ni. Lagi satu taknaklah kupas banyak-banyak, kita pun tak nak orang lain pulak sama naik dapat penyakit aku yang marah kalau orang healing-healing kat laki orang lain. Biarlah saya seorang yang begitu. Kalau ada ramai macam saya boleh huru-hara opis tu kami bikin. 

No comments: