Wednesday, February 15, 2023

Busy Bebeno Nih

Saya la ni memang busy ni. Biasale orang tengah nak mengaudit, memerhati dan seturusnya nak keluar pendapat ni, kan memang le busy. Yang nak diberikan pendapatnya tu bukan calang-calang orang, yang nak memberi pendapat ni pulak saya he he he. SAYA? kau percaya tak? Saya nak memberikan pendapat tentang pengurusan so and so, facilities yang ada di presmis so and so---dan so and so tu up level, belevel-level up up dia dari saya. Ko rasa?

Kalau nak bagi pandangan dalam sini siok-siok sendiri ikut sesedap rasa bolehlahkan? he he ni hal kije memang kena kije betul-betullahkan. So betul saya wakil bos, tapi apa dapatan saya itulah yang akan bos cerita, bentangkan kepada pengurusan tertinggi. Bukan kije mudah tau nak keluar pendapat ni. Ia satu benda yang sangat rumit---

Ok sebab sibuk ni, tapi nak cerita takut nanti langung lupa nak cerita. Cerita apa, cerita pasal best fren saya yang kayangan tu leeerrrr---ala yang saya kenal ikut internet ni. Ala kawan saya yang penulis tu le, yang gelitis tu. Idakle geletis mana pun, cuma kalau ikut kelempok bebebudak alumni sekolah asrama, berkawan pulak dengan penulis-penulis kreatip negara, dan dapat anugerah pulak, kira kes geletis la dia ni. Nak jadi retis, nak jadi pempengaruh kena geletislah barulah tulisan, buku-buku dan pandangan dia sampai kehalayak, dan setuerusnya dapat mendidik, memberi manafaat kepada masyarakat.

Tapi kawan saya kata dia ni menulis untuk kepuasan diri. Dia tak fikir pun menulis untuk masyarakat hah gitu! Terapi minda? Tapi tu bila dah menaang anugerah,kan. orang, kawan-kawan mau dia terus beranugerah, sampai dapat offer sangakar emas you. Sangkar emas tu. Tapi kawan saya tak mau. Eish, kau tak mau bagilah kat saya, kan? he he he---sangkar emas dia tolak! Bulatlah bijik mata saya kehairanan besar!

Gitulah orang. Lain orang lain rasa. Saya ok je apa dia nak tulispun, nak tulis liar, terapi minda ka, didik masyarakat ka saya semua saya baca je. Cuma lately malas dah nak membaca lebih suka jalan-jalan dalam hutan saja. Sebab masa banyak saya habiskan baca pasal kije. Iya kije, saya kena kije audit bab ICT, dan banyak benda saya tak tahu dan kena baca. So, baca-baca santai memang dah tak baca dah.

Tapi kalau kawan tulis, kita bacalah. Cumanya dia yang nak menulis, saya pulak bedebau pulak, sebab itulah tu itu tu---hah ada sangkau emas tahan dia melilau meliar, ghisau saya. Ghisau saya bukan ghisaukan dia, saya ghisau, peminat-peminat/kengkawan sangakar dia kecewa dengan pilihan dia. Uiii sapa tak frust dah offer sangakau ni ditolaknya. Harap ada jugalah karya masuk sangkau lepas dia dah boring meliar ni. Kesian kat peminat sangakau ni, ketandusan bahan bacaan deme ni. Semua bacaan sangkau tu beboring je kut, langsung tak meletooopp... tapi penulis itulah satu otak dia, tak boleh berjurit-jurit keluar karya gitu-gitu sahaja. Kita pembacale kena pilih, tak semestinya bacaan tak ada lebel sangkau tu merosakkan. Kalau pandai pilih banyak je tulis tak berlabel yang ok-ok. Kau pilih saja agar jangan memilih snagat. 

No comments: