Friday, March 25, 2022

Berdamai 2---

Berdamai itulah kunci dia sebenarnya. Tapi kenapa pilih bergaduh. Itu mak tak tau. Mak ni kije akaun, lepas tu audit, aim kami tetiap tahun nak dapat "clean-report" so nak kata obses dengan "clean-report" ni bolehlah juga.

So Nifsu-Syabaan adalah sangat signifikan pada sayalah. Nak clean-report, tak boleh syirik, tak boleh bergaduh. Ni ni yang kiri kanan dok bergaduh ni, tak tahulah kenapa. Kita duduk diam-diam pun dia nak ajak kita bergaduh. Kita diam tak layan pun eh, masih juga tu. Apalah yang siok sangat bergaduh dengan saya ni, saya pun tak tahu, eh silap, bukan dia nak gaduh dengan saya, dia nak ajak saya joing dia begaduh dengan xoxoxox----. 

Itulah nasib baik ada pengalaman bergaduh berebut jantan online he he---so nak kata expert tu tak juga, tapi oklah bolehlah. 2021 kira saya berjayalah,kan. Berjaya cemerlang. Pada mata sayalah. Tapi kalau tengok LNPT, memang teruk. Ko bayang dari dapat khidmat cemerlang pada 2020, 2021 jadi antara yang tercorot markahnya sampai kena ngadap dengan bos. 

Lantak le, bos A bagi markah cemerlang, dapat bos baru, tak cemerlang katanya. Saya kijepun kalau ngejar Cemerlang sangat, nanti boleh jadi benda lain pulak. Baik Santai-santai saja. Ok berbalik pasal perang ni, malas nak berperang, pun. Lantak kau le, kan. Kita terima aje bebulat, abeh 2022 ni, tetiber memalam bute ada yang contact saya tanya begitu-begini. Aku taulah markah aku corot, tapi aku tak le bodoh dungu sangat. Kau bagi ajelah apa kije, kat aku, memang aku boleh buat punya. Tapi lepas aku buat, buat, buat, kau tak suka, itu masalah kau, bukan masalah aku. Kenapa aku kata itu masalah kau? Kau yang bos, kau kena periksa betul-betul diri kau dululah,kan kau tu sndri ok ka tak?

So bila berdepan dengan bos yang tak berapa ok ni memang aku amik pendekatan diam dan belah, lah. Lantak kaulah nak tulis report apa pasal aku. Aku cakap dalam hati kalau aku betul, kau yang tak betul bagi markah----lets karma do it's dirty job. I tell u what when karma is doing it's job, some times you wish karma to stop, pun hada jugak. kesian. Kenapa nak kesian? Well, each one of us has our own battle, kita tak tau apa masalah dia. Tapi one thing for sure, pempuan yang kena kije dari rumah masa Covid, ni memang boleh jadi gila, lah. Masa dia gila tu la dia meroyan, kan, lantas secara tak langsung menyakiti orang bawah-bawah dia. Aku memang tak sakit le, ala setakat bagi markah corot tu, setakat meroyan macam orang gila dalam group wats ap memang aku dah lali (lali - tula lali masa gaduh berebut jantan online tu, kan)---

Kengkawan aku, team mate lain, itu aku tak pasti, tapi dari apa yang aku dengar, ada yang tak lali, dan berulang kali dia baca mentera "Allah itu ada! Cukuplah Allah itu penolong saya" ----I tell u wat, aku dengar kalimat ini pun dah meremang bulu roma aku beb uish. 

La ni karma tengah berjalan. Ntah macam mana aku masuk dalam drama derang pun aku tak tahu. Aku dah kuar, kan? Boleh pulak memalam buta ada kekwat lain plak massage aku ajak masuk drama balik. Bukan aku dah masuk Drama ICT ka. ICT pun ada drama derang jugak rupanya, Aishhhh---itula aku nak ajar adik-adik, anak-anak ni agar faham yang everybody has their own straggle and be kind, pun susah. Drama team lama, drama bos beranak ramai, sewel nak atur jadual kije Covid. Yang ICT ni apa cer, pun aku tak tahu. Anak dara tu, apa masalah anak dara ya. Nantilah aku godeng-godeng ajak dia pegi hiking. he he he----

Kalau aku boleh "masuk" drama ibu-BDR-Covid, Drama anak dara tua, telajak bagus ni, macam mana pula ya? he he. Memang aku serba tak pasti. Anak Dara tua ni pun rasa tengah kena sumpahan karma jugak tu. Dalam dia berbergelut dengan apa pergelutan dia yang aku tak berapa nak faham sangat, dia dah banyak kali juga buat onarlah, sakitkan hati orang, tapi mungkin yang lalu tu orang dia bigau-bigau, gila-gila bahasa ahli maksiat banyak dosa yang tak layak ijazah "cukuplah Allah penolong saya" Tapi tak tahulah tahun lepas dia ada buat sakit kat ada sorang minah tu, manalah tau minah pun ada power,kan?  Aku senang je awal-awal aku dah doa siang malam agar dia cepat naik pangkat dan keluar. Jadi kalau dia nak meroyan kena karma, biorlah dia kena kat opis baru. He he he----jangan kena kat opis sini. 

Apa yang aku nak cakap, dia bos tak semestinya dia gaji besau dia tak de masalah. Kadang dia belasah, balun kau pun bukan pasal kau sangat. Mana boleh pasal 100 peratus pasal kita tak bagus/bermasalah, dah kita nak dapat jawatan sekarang ni pun bertapis-tapis berkali-kali. So, janganlah kita nak gaduh-sana-gaduh-sini, bawa mulut sana-bawa-mulut sini, tak pueh hati bagai. Orang tu tak betul orang ni tak betul, engkau sorang je yang betul. Kalau sakit sangat, buat je macam kawan aku tu"Allah, ada" hurm sekali Allah balas, kau pun nanti kesian, tau tengok dia. 


No comments: