Tuesday, November 16, 2021

Nak Nunjuk jugak tuuuu----

 Semalam gebang kencang kata nak nunjuk-nunjuk network mcm perangai kamu orang semua, tapi tu sebona ea, den memang tak de network macam kamu orang punya pun. Network kita bodo-bodo orang bodo-bodo aje. Manalah saya ada geng Dr, Prof bagai tu,kan. Kita nak tunjuk pun segan. Tapi tu demi semangat suka menunjuk, saya tunjuk juga la. Mesti korang mencebek begini "ooowh patutla tak tunjuk, geng retis anak politikus parti penyamun/perompak khazanah negara rupanya geng dia.

Tak mengapalah perompak/penyamun/penyangak pun penyangaklah, hari ni mode nak nunjuk gambar aktiviti hujung minggu kita yang lepas. Dlm FB memang tak berani tunjuklah sebab dalam sana ada fren dengan bos-bos. Ko tahula bos aku auditor besar Negara,kan. Mmgle anti parti politik penyamun ni. Takut juga tu tak pepasal markah kena cantas sebab berkempen parti penyamun tak sedo diri tu, kan?

jom tengok gegambar....

Dak Dira anak sepupu arwah ayah jadi calon, kampung mak dia, kat Rim sana. Dah sedara, kenalah support,kan. Dak Dira x kenal, pun saya. Kita kenal arwah abah dia jak, sebab arwah abah kalau balik kampung Muo tak pernah bawak Dak Dira ni.


Yang ni pulak Dak Johan@Dak Botak Juvana geng retis Dak Dira. Yang baju putih tu eskot Dak Johan. Bukan orang lain gak eskot dia tu, bapak dia sendiri jugak tu. Orang sayang anak ooi.


Ni pulak bapak dak Intan Najwa yang kecoh cinta tak kesampaian dengan Hero Malaya Zul Arifin tu---

Kan, kalau tunjuk gegambar ni dalam FB mesti bos kata, alahai kesian Dak Mar geng-geng retis rupanya dia, patutlah dah tetua nak pencen baru lulus universiti. Baru dapat Ijazah Sarjana.

Owh apalah kita buat kat Melaka? Kita pi rumah kempen suruh pangkah dak Dira leeee--- tapi tu ntahle tak tau boleh menang ka idak dia, sebab yang bertanding sama dia tu sepupu dia jugak. Sepupu belah mak dia la tu orang Rim. Tak de kena mengena dengan saya pun. Dak Dira ni sedara belah bapak dia, orang Merlimau. Tapi arwah Tok Bahari, ayah arwah nenek saya ntah macam mana boleh myeberang sampai ke Kesang Muo sana. Tula saya kekecik dulu dok Kesang Muo, Johor. Lawan dak Dira tu Level-level Phd, Dr-Dr Intelek, sasterawan, negarawan, pemikir think-thank dunia itu kita tak pasti. Yang pasti, parti mereka bersihla tak de terpalit skandal ka hapa,ka, kan. Iyalah parti orang tak sampai sepenggal pegangan negara, mana sempat nak sakau khazanah negara. 

Eh apa--- tak sampai setahun tu dah habis kena sakau? Kau jangan buat fitnah kau. Derang tu semua geng-geng tok lebai, orang kuat Ayah Chik tau. Heyyyy takkan kengkawan ayah Cik pun gian menyakau jugak. By the way tak sampai sepenggal, mana sempat nak sakau. Korang ni Fitna je kije nya. Dosa tau fitnakan Ikhwan teman seperjuang Ayah CHik. Baik ko tobat sekarang.

No comments: