Monday, October 4, 2021

Kenangan---

Jumpa kawan lama memang best, tapi ada gak tak best, kalau mengingatkan pada sesuatu yang kita rindu. Ni kisah minggu lepas ni, tapi baru nak cerita. Cerita pun sebab tak boleh nak bukak FB ni. Tak tau kenapa. 

Biasalah bila jumpa member lama,kan, berceritalah sikit-sikit pasal kawan-kawan yang lainnya. Dan jadi tidak berapa nak siok, bila bercerita pasal kawan yang kita consider dah "hilang"---and that hilang fren is some one dear to our heart. Itu yang rindu tak sudah jadinya.

Well its about my fren yang orang kata pelik,lah. To me dia tak lah pelik, tapi sedikit terkehadapan dari kawan-kawan yang lain. Dulu saya sukar nak define, nak bagi label kat dia ni, tapi hari ini saya ada perkataan untuk dia, iaitu pencari katarsis jiwa. Manalah saya dapat such a bombastic word tu,kan? Honestly masa tu kat kolej di Malaysia ini, bagi si pencari-cari atau lebih tepat pemburu katarsis ni memang mereka akan mengalami konflik diri yang maha hebatlah---

You pun sama ka? dan sebab ituka you dapat sakit mental? Honestly lagi ai memang tak de masalah katarsis, pun. Ai is jenis senang puas hati. Dapat makan dapat tidur lena, Ai is ok.  Ai ni yang jadi kompleks sangat ni sebab Ai nak kije ikut pakcik Ai tanam jagung, nenek toreh getah, mak masak-masak je, tapi ntahla bila dah periksa-sana-sini, asyik dapat straight A je, kan---gomen pun ntah apa-apatah nak hantar Ai blaja sana-sini---Ai is so much benci tau!!! itu le krisis saya.

Oklah nak cerita pasal orang, tercerita pasal diri sendiri pulak---self promote, naik lif tekanle button tu sndri,kan? Ok berbalik pasal kawan. Hebat orangnya. Dah ada master dalam kejuruteraan, sarjana muda dia kejuruteraan angkasa. peh, kan? pompuan tu. Zaman tu, UTM pun tak bukak kejuruteraan angkasa ni untuk kaum hawa, tau! Member dah pigi UK sana belajar bidang tu. Lepas balik sini kije ntah dengan Halliburton ka, Shell ka tak pasti, kat Terengganu sana dan bertemu jodoh dengan warga UK. 

Pendek cerita, dia kini bermastautin kat UK, lah. Ironinya dia jadi homemaker jeerrr!!! so what, all my fren kawen orang kaya dan jadi surirumah, apa? Saya ni kalau tak mental, harus jadi begitu jugak tu. Kita bukan suka sangat nak belajar,kan? kita suka main pondok-pondok, masak-masak je, so apalah kerjaya yang paling sesuai kalau tak surirumah sepenuh masa? Ni ni ni, yang jadi kuli batak gomen ni sebab jodoh saya pun dan 2x5 mental dengan sayalah tu---Ada dua kemungkinan je tentang dia, sama ada [1] dia mereput dalam penjara, pusat serenti sana, [2] Dah jadi pondan, dah tukar jantina. kemungkinan no 1 tu memang dah reputlah. Yang no 2 lagi haru, bukannya dia nak jaga kita. Dia buat kita lawan berebut jantan pulaklah dengan dia. Aish kalau spesis Sajat- tu tak payah kau lawan leeerrr--- belum masuk gelanggang dah gerenti kalah punya, baik gelanggang tarik-tarik rambut, atau gelanggang beradu cantik he he. 

ok berbalik kisah bawang-membawang ni. Kenapa pulak saya dan rakan bawang saya tak puas hati dengan kawan sendiri? Tak tahulah ek, setanlah tu ajak kami buat dosa mengumpat, kan? Apa masalah dia, kalau end-up home-maker, pun, kan? Nak kata dia tak bayar "hutang JPA", dah bayar apa, dah berkhidmat di Terengganu, pun sebelum ikut laki balik kampung, so what,kan? Ni, ni, ni---yang tak puas hatinya, lepas balik UK tu, minah buat degree perubatan plak. Dah habis blajar, ingat jadi doktor dia di sana, tapi tidak, like Ai is said, jadi suriiiii jeeee----hah! Hah Kiah, Senah, Jenab, boleh dia jadi terperuk celah dapur jeeee---hah! 

Lepas jumpa kawan dan membawang, tu---tipun mak sambung bawang plak dengan mak. Hah! hambek kau, kena tembak sebijik, mak kata apa? "eh eloklah tu---dah laki kaya, boleh tanggung diri dan family dok je lah umah jaga anak-anak" Tapi tulah, kita ni suka ber "what-if" iyalah laki dia dahlah bukan orang asal-asalnya Islam bla bla bla dan kawan aku ni pun kat kolej "bla-bla-bla" juga. So sikit tak banyak tu iyalah ada terdetik juga di hati, "eh, masih Islam ka dia? Hati kecil kita akan berkata, bior lah balik sini, sebab sini bla-bla-bla,kan?"---Tapi aku tak beranilah nak menyuarakan what if aku tu dengan mak---mampus peluru apa tah nanti yang keluar.

Ntahlah saya pun tak pernah pergi UK, saya pun tak kenal suami si kawan. Ehhh tobatlah berwat-if-wat-if ni, dosa, kan? Ntah-ntah dia kat sana lebih Islamik lagi dari kita yang di sini. Saya hanya boleh mengirim doa-doa dari kejauhan, agar All is Well---for those of you yang baca ni, doa kan juga untuk dia dan familynya yang jauh di sana.


No comments: