Tuesday, April 13, 2021

Mindfull Eating

Semalam dah tengok diet orang yang sedap-sedap. Kalau nak jamu mata, dapat resipi, info pasal diet dan IF bolehlah klik di sini. Macam saya cakap hari tu derang ni selain mengamal IF, derang sekalikan dengan diet KETO yang sangat popular tu. Saya ni amal diet mana sempat, mana senang aje. Saya campur-campur je, ada kampung ada barat, ada kadang tu fusion. Hari ni saya share gambar berbuka dan sahur dulu ya.

Menu berbuka: Susu Almond, berries dan keto cookie

Sahur: Nasi, Ikan Lengat, Ulam dan Sambal Belacan

Kira diet KETO campur eat clean Kampung he he he. Selalu memang saya amal eat clean kampung ni la. Ulam ni memang baik untuk orang macam saya yang suka makan cepat. Sebab apa? Sebabnya bila kita makan sayur mentah, kita kena kunyah extra lama sikitkan, baru bule telan. Lagi satu nasi tu kemain nampak cantik,kan. Sebenarnya saya buat resistance starch rice yang saya belajar dari Youtube Dr Jue. Resipi dia satu cawan beras, 3 sudu minyak. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik sini. Tapi saya guna minyak caratino, itu yang jadi kuning cantik tu. 

Nasi tu memang dari beras parboil yang keras, jadinya kalau makan menu eat clean kampung ni memang kena kunyah lama sikit. Eloknya kunyah lama ni, masa kita makan ni jadi panjang dan kita boleh menikmati rasa sebenar makan kita. Itulah yang dinamakan mind full eating. Mind full eating ni seperti yang diajar dietitian, ia bikin kita makan betul-betul perlu aje. Selalunya orang termakan lebih dari sepatutnya sebab belum sempat otak hantar massage "oii cukup-cukuplah makan tu, dah sendat ni!" kita dah berapa kali ganda dahhhh terlebih suap. Katanya lagi nak bagi tahu, kita "ok cukup-cukup dah tu makan, tu" agak lama juga tau, iaitu 20 minit. 

Kalau dietian kata sepenumbuk nasi, selebar tapak tangan protien dan dua tapak tangan sayur dah cukup mengenyangkan, tapi tak kenyang juga, itu bererti kita habiskan semuanya dalam masa kurang dari 20 minit. Kalau otak ambil masa 20 minit nak hantar isyarat kenyang, kita bagilah dia 10, 15 masa extra,kan. Sure otak kita akan menghargai kebaikan kita itu,kan?

Selain itu, satu lagi benda, lagi seingat saya dulu cikgu ada ajar, dalam liur ada enzim yang membantu pencernaan makanan. Lebih lama kita mengunyah, lebih banyak liur dirembeskan, lagi sempurnalah pencernaannya. Ini kalau makan terlalu cepat, dah lah terlebih makan, kita membebankan pulak organ pencernaan kita. So mindfull eating adalah salah satu cara membantu penurunan berat badan juga dengan cara mengawal kuantiti makanan yang masuk dalam perut kita. 

Sebenarnya tajuk mindfull bukan pasal kunyah pelan-pelan je, tapi tu, kena pejam mata, jamah sikit, hidu bau makanan, jamah lagi hidu lagi, tarik nafas-turun nafas, bla-bla-bla--- Iyalah nak makan suku pinggan nasi, suku protien, separuh sayur, sampai 20, 30 minit, ko rasa? Hurmmm kalu saya tak sampai 10 minit buleh licin satu pinggan tu. Strategi saya pilih makanan keras dan kunyah sampai hancur, cukuplah tu, 20 minit tu dimulai dengan minum air. Mindfull eating ni satu topic yang agak panjang, kalau anda minat dan nak tau lebih lanjut lagi pasal mindfull eating, google-googlelah Mind-Full Eating, ya.

No comments: