Tuesday, April 6, 2021

Budak Artistic VS Budak Usrah---

Saya memang selalu perasan artistic dan kreatif. Masa sekolah-sekolah dulu beberapa kali jugalah lukisan gubahan fikiran saya ditampal dalam kelas. Sama ada semula jadi atau dilatih saya tak pastilah, sebab dalam family sepupu favourite saya pandai melukis, kat sekolah cikgu yang tak brapa nak favourite pun pandai melukis. Cikgu, abang dan kakak sepupu saya ni yang menyuburkan aktiviti lukis melukis ni.

Masuk Menengah atas, saya sedikit, (rasa bukan sedikit, tapi banyak), kut tertekan. Sekolah tu nama Sekolah Sains. Zaman dulu seni dan sains benda bertentangan. Pendek cerita saya rasa saya budak seni, sekolah tu sekolah sains, ko rasa? Lebih parah lagi sekolah tu bukan sahaja sains, tapi saya rasa sekolah tu dah macam sekolah agama. Saya rasa di situlah mula konflik dalam jiwa bercambah.Tapi itu cerita lama, saya pun tak ungkit sangat. Sebab dogma, nak masuk syurga nak Tuhan sayang kena benci seni yang saya tanam sendiri, sudah tumbuh dalam diri. 

Cerita hari ini, pasal budak-budak Usrah aleh-aleh tergedik-gedik nak acah-acah artistic. Iyalahkan, perkembangan baru ni, budak Usrah dah sedar betapa powernya kuasa seni dalam menjarah dan menjajah fikiran manusia. Ntahla, satu benda saya menyampah dengan budak usrah ni depa obsess nak ubah orang sedangkan diri derang pun ntah apa-apa tah. I am not talking budak usrah level-level laki Nelopa tu, ni level budak usrah nak masuk saringan Ustazah pilihan pun tak lepas, jadi AJK Kerohanian pejabat pun sepenggal je, tapi gegedik nak berdakwah juga. 

Kita nak cakap pun dia nak terima ka? Benda besar orang tak berapa berkenan sangat dia, pasal kije tulah. Kije mengaudit tu. Tak tahula, gomen bayar gaji kau sebagai auditor, tapi ko tak berapa passionate sangat mengaudit. Lepas tu dah kau buat latihan sebab kunun kau kata kau suka sangat latihan, pun last-last, kasi orang lainlah buat latihan. Apa yang ko suka? Ko sibuk nak jadi inflencer, ko sibuk pergi buat latihan, tapi bila balik opis latihan yang kau buat tu langsung tak menyumbang pun dalam kualiti kerja kau.

Sat ni tadi saya hangin juga dengan dia. Kenapa hangin? Dia sibuk pasal latihan foto editing. Kunun foto editing membantu menghasilkan laporan berkesan. You, berapa persen sangatlah foto dah laporan audit pun, kan. Kalau ko rasa skill tu perlu tak payahlah paksa peringat sini anjurkan kursus tu, ko ada duit, ko pergilah belajar sendiri. Akademi pun ada offer, pergilah. Dia kata dia dah pergi. Ooooo dah pergi. Kalau dah pergi apa pasal laporan kau suam-suam kuku je? Kena tembak kau-kau la dengan saya.

Honestly, saya yang perasan artistic ni pun, tak kuasa nak advocate kuasa seni, lagi suka kije tak berseni yang keras kayu ni aje. Dia yang skill artisticnya ntah apa-apatah tu, sibuk nak menjelmakan diri as an artistic people. Tak tak kisah pun kau nak artistic, tapi adik oooiiii kita ni kije nombor, analisa, dan konklusi yang persennya tinggi, memang bagus digabung dengan rencah seni, tapi kalau terlebih rencah buat orang Melaka kata, hawau juga resipi kau, kan?----Bila dah macam hawau tu,lah bukan bos je boleh naik angin, kita yang sepasukan ni pun boleh ikut naik angin sama.

C'onlah kau tu Auditor, jadilah Auditor yang bagus. Saya tahulah kije Auditor ni tak glemer, tak bawa kau jadi "influencer". Tapi dah rezeki kita di sini. Kerja ajelah baik-baik, betul-betul. Ni sibuk nak jadi content writerlah, itulah, inilah, tapi kije opis tu macam dah jadi kije No 2.

No comments: