Monday, April 26, 2021

Meal Prep---

Saya memang tak pernah terfikir pun pasal meal-prep ni until kawan opis minta buatkan untuk mereka. Saya pun google-googlelah benda ni kat internet. Wah memang meriahlah tengok makan derang, kan? Meal prep ni jimat masa, jimat duit, jimat segala.

Ia juga salah satu cara kita nak kawal apa kita makan. Dari pergi beli kat kedai, kan. Masak sendiri kita boleh pastikan segalanya selamat. Yang penting tak payah penat-penat cuci kuali, periuk belanga bagai hari-hari. Seminggu sekali dah siap. Hari biasa tak payah pening nak masak apa, tak payah penat-penat di dapur. Bolehlah guna masa tu untuk bersenam. Mudah sungguh. Untuk kawan-kawan, mula saya cadang nak buat 3x seminggu, tapi sebab opis ni ada orang Covid-19, opis kena tutup sebab nak disanitasi, saya buat 2x ja. Kat bawah ni gamba meal prep yang saya dah sediakan weekend yang lalu

Ikan Bakar, Nasi dan Ulam

Burrito ayam+telur dan Salad

Roast Chicken, Kentang dan Vege

Pasta Salmon dan Salad

Bekalan untuk 4 hari.

Telur Bistik, Nasi, Ulam dan Jambu Batu

Ayam Grill, Nasi, Sayur dan Buah

Pasta Udang, Sayur dan Buah

Meal prep ni boleh tahan 4-5 hari dalam fridge, kalau nak tahan lebih lama simpan dalam freezer. Nak makan panaskan dalam microwave atau kalau tak de microwave boleh kukus sahaja 

No comments: