Sunday, April 11, 2021

DETOX???

 Asyik ngumpat orang je, kan. Dah nak pose-pose ni bawak insaf-insaflahkan. Ok kita sambung balik cerita my weight loss journey. Hari ni dah masuk 6 bulan kut. Recap balik, saya mula Oktober 2020 dengan calorie deficit diet. Masuk tahun baru saya buat IF 18, 4--- Bila PKP dah habis semua kena masuk opis, saya buat One Meal A Day. (OMAD). Tapi tak la strict mana pun. Ada masa saya langgar je sebab kita dah kat opis,kan ada aje orang ajak makan, takkan kita nak tolak. Kalau betul OMAD pun Isnin Khamis le, pose sunat. Total weight loss setakat hari ni 29kg.

Kita kalau nak diet ni kenalah ada pencetus inspirasi,kan. So sepanjang-panjang ni saya sokmo le follow page, FB, youtube yang berikut:

1. JOM Mojo

2. Dr Jue Wellness

3. Dr Berg -

Seronok,lah dengar derang bercerita, tengok gambar, video resipi-resipi diet yang sedap-sedap. Sapa kata makanan diet tu tak sedap,kan? Followlah derang ni, baru tau resipi diet yang sedap. Lagi satu derang juga ada sebut-sebut kuruskan badan dengan sihatkan badan. So, ada satu benda yang rutin ialah detox. Ada orang tak percaya Detox, tapi saya ntahlah separuh tak percaya, tapi dah buat banyak kali jugak. Saya ada masalah buang air besar. So memang kalau tak membuang tu memang saya carilah prebiotik, ka, sayur-sayur untuk melancarkan pembuangan. Itu detox usus, detox hati? Hurmmmm honestly saya memang tak percaya, detox-hati ni, tapi saje je cuba Liver Detox dari Dr Jue ni wah memang lawas. Tapi betul ka yang keluar ketul-ketul hijau kekecik tu batu hempedu? Saya agak skaptikal juga. 

Tapi tak mengapalah, sebab yang penting lepas buat tu perut rasa selesa aje. Rasa hati memang tak boleh kesan,lahkan, sebab bebatuan hempedu ni bukan bukan macam najis, pun. Tak buang 2, 3 hari dah nak pitam rasanya. Bebatu hempedu tak ada bikin kita rasa apa-apa pun kalau dah berkumpul banyak dalam tu, katanyalah. Kalau ada terlepas dalam pembuluh darah dia kasi kita jaundice je.

Jom saya cerita sikit pasal Detox ni, katanya nak membuang batu-batu dalam hati-hempedu. Ramai orang buat keluar ketul-ketul tapi saya keluar kekecik je. Mungkinlah masa buat tu saya dah tersalah diet. Sepatutnya masa buat detox tu kita kena puasa lemak, saya dah terambil pulak ikan, kerang, dan roti almond yang saya buat sendiri, saya kira-kira dalam 50gm kut gitu. So hempedu saya tak cukup optimum untuk flush more ketul-ketul hijau tu kut. Lepas buat detox tu adalah hilang dalam 2kg lebih. Oklah tu,kan. Iklan kata boleh hilang 4kg. Tapi macam yang saya cakap saya dah termakan lemak. Nanti saya nak cuba lagi, nak tengok, buleh ka hilang 4kg kalau saya puasa lemak betul-betul.



No comments: