Thursday, April 1, 2021

Budak Clubbing vs Budak Usrah

Nak cerita pasal kengkawan demo yang tak ble move-on lagi dengan kehancuran MN memang banyak, saya sendiri pun bila tengok gegambo deme dok tayang sebak pun ada. Mana tak sebaknya pada hari bersejarah tu, saya gelap subuh lagi dah naik train ERL dari Putrajaya Sentral menuju ke dewan PWTC yang megah itu. gegamboooo mana? Bukti he he nanti korek-korek FB ya. Punya le besemangat. Tup tup tup becerai deme. Sedih you---bila gegambo lalu lalang depan feed saya. Seharian saya tak buka FB he he---tipu jak. Saya buka tapi buka Dr Jue D'jue Wellness je dengo dia berceramah IF dan Keto Diet dan tengok dia buat kueh abuk-abuk KETO. Rasa weekend ni nak buat la abuk-abuk tu.

Ok enuf la pasal orang bercerai,kan. Deme becerai kita plak nanti yang murung---

Meh kita tulis cerita fiksyen pasal budak-budak Clubbing ini jaman. Cerita ni cerita rekaan nak divert attention dari cerita orang bercerai. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati__-

Hah nak citer ni, masa Achik sekolah-sekolah dulu clubing-clubing ni memang dah ada. Hah betul kat Muo yang ceruk tu pun dah ada dah reremaja ni masuk kelab gelap-gelap, muzik kekuat joget-joget. Tapi idakla macam kat KL. Masa tu kelab main roller-coaster. Eh roller coaster plak, roller blade. Tak tahulah berapa ramai budak dah masuk dalam sana, alih-alih dah gempo aje ada acik jumpa budak pempuan separuh bogel dalam semak. Acik tu pun panggil ambulan, report pulis. Pulis siasat-siasat, penghabisan siasatan, kelab roller-blade tu kena tutup, sebab katanya ada jual dadah sekali.

Hah tu cerita awal 80'an. Naik 90'an Acik dah masuk kolej, kat Shah Alam, PJ sana memang banyak kelab joget-joget. Ada sorang kawan budak law dengan budak engine yang gila Clubbing. Derang ikut kawan yang kije stewardess. Kira budak ni kita orang macam tak berapa suka kat dialah. Budak Clubbing kita ban la, hah gitu. Tapi dia jenis tegar, ada aku kisah? ok je dia. Kita ni aje tak tahu dah berapa banyak pahala baca quran, gi usrah yang dah dapat kat dia sebab mengumpatkan dia.

Lepas kolej kije firm, barulah tebukak mata acik ni rupenya minum-minum, clubbing ni aktiviti hari Jemahat lepas opis geng kawan-kawan lelaki. Hat geng lelaki ni idaklah dia bejoget, pi minum je. Geng pempuan zaman tu masih tak gi minum, pergi pun kalau ada event hari jadi, ka, atau sambutan tertentu. Itu pun pegi dengan geng lelaki berkumpulan. Rupanya Clubing ni macam aktiviti sosial mengukuh ukhwah he he---Achik memang tak nak pegilah sebab eish---takkan nak pegi,kan, masa tu gaji kecik, takut tak mampu. Memang le kawan kata "the treat is on me" tapi bukan segan, yang cakap "the treat is on me" tu, ujung bulan sokmo pinjam duit Achik. So, cam no tu? Penghabisannya, belum sempat pergi kelab, Achik berenti kije dari firm tu. Tapi bukan sebab Clubbing, sebab malas nak amik exam professional yang ditawarkan firm. Kena le amik exam, baru gaji besoooo, baru le ble mampu berclubbing---Senak perut bila tembung jak dengan Patner, tak de benda lain dia tanya, "bila nak amik exam, dah daftar belum"

Nasib baik le Achik berenti, cubalah kalau x berenti, harus terjebak juga dengan aktiviti sosial yang satu ini. Wats the harm? Kita ikut kengkawan, kalau mabuk pun ada kawan, mabuk berjemaah. he he gitu. Ngeri juga,kan bila fikir mabuk berjemaah tu---dah mabuk-mabuk, baru teringat cerita Barshiha,kan? Masa nak pegi tak hengat.

Lepas berenti, ada gak dengo anak ahli politik, ini, itu kaki Clubbing, tapi Achik dah pernah kije firm, Achik diam, no comment, sebab Achik rasele kalau yang dok sibuk ngomen anak orang Clubbing, kalau dia banyak duit dan ternama macam orang yang dia umpat-umpat tu, anak dia pun Clubbing juga. Nak pendekkan citer, tak de ribut, tak de angin, aleh-aleh dengo citer anak dara dia bunting tak nikah, bukan satu, dua---hadooiiii haru, kau!!! Tak gi Clubbing pun bule beranak luar nikah, macam mana tu?

Masa tu Melaka ni Clubbing kita tak femes sangat tapi femes dengan hotel yang boleh sewa barang sejam dua, tiga empat jam gitu. Pulis siasat ka idak, tak pasti, tapi rasa macam pegawai pencegah maksiat ada buat siasatan dan itu yang masuk surat khabar tu. Lelama cerita orang beranak tak nikah pun dah senyap dah. Kita ada jual kondom Kat Seven Eleven. Kalau terberanak jugak, pilah saman syarikat kondom, kalau banyak duit.

Hari ni Achik dikejutkan pasal budak pi Clubbing begaduh dengan Netizen yang dok kecam-kecam dia. Amboiii la ni budak Clubbing memang bukan main lagi derang, eksyen tunjuk minum, tunjuk bela anjing bagaiiii anaaakkkk aaaiiii. Bila ditegur makin menjadi dia. Tak nak fake, kunun, katanya. Lepas ni ramai la lagi yang mengikut tu, tunjuk itu, tunjuk ini dengan caption "aku tak mau fake!!!". Tak kose nak negur budak-budak Clubbing ni aiaahhh----kang sibuk-sibuk negur ntah sesapa yang kita je kenal dia, dia tak kenal kita, tup-tup Anak Achik pulak ngusung pempuan kaki Clubbing nak dijadikan menantu Achik, seram Achik--besok dah sedap-sedap duduk dalam liang lahad, kena kejut plak, ada cucu cicit---berantak dalam kelab. Eh tetiba jak darah tinggi Achik jadi naik.

No comments: