Tuesday, December 18, 2018

Salah siapa...?

Ini sambungan dari cerita ampu mengampu ini. Cerita ni terjadi dalam bulan Oktober, November yang lalu...

Ada sikit konflik di ofis yang dicetuskan oleh si kaki ampu. Kali ini naik darjat saya sebab dijadikan tempat merujuk. Almaklumlah saya kira yang paling tua dari segi umur di kalangan Penolong-penolong pegawai di tempat saya berkerja ini.

Di pendekkan cerita saya beri nasihat yang saya tak pasti if they like it or not, tapi I guess they don't like it but they can't deny the wisdom in the nasihat/judgement saya. Eeh eh eh... perasannya saya, kan?

Okey begini nasihat saya, lebih kuranglah...

"sepatutnya kamu urang rebut balik hati bos kamu. Kalau si pembodek, bodeknya sekati, kamu 3 kati. Dia sorang, kamu bertiga, mustahil kamu urang boleh kamu kalah"

Jawab salah seorang dari mereka, juga lebih kurang begini, almaklumlah dah berbulan berlalu, mana mungkin saya ingat exactly kata mereka, ya?

"masalahnya kak, hati ini sudah terluka, sakit, bertukar menyampah, tengok muka pun tak boleh, macam mana nak bodek berkati-kati!!!"

toinnngg....toinggg.. toooiiingggg.

Lepas tu mereka tak mengadu-ngadu lagi sama saya.

Syukurlah,...

Saya pula sebab nak jaga kepentingan sendiri, cubala tidak mahu bergaduh dengan sipembodek. eh orang macam itu takuuuttt ooiii dia pegang bos-bos besar, sepatah kata dia, bos percaya. Jadi kita memang tak mau cari pasal dengan orang begitu.

Di sini saya ingin tegaskan semula...

Tak salah pembodek juga, like I said before, tak de permintaan dibodek, pembodek takkan wujud,kan? hah! silap hari bulan yang dibodek boleh jadi mereng jika pembodek beralih arah, tak lagi membodek. he he...jadi pada adik-adik yang rasa diri tu baik, jujur, tak punya apa-apa kepentingan & agenda melainkan berkerja demi negara, bangsa & agama, juga sebagai ibadah ikhlas kerana Allah s.w.t., efficient and diligent (yes, you guys memang bagus pun, no doubt) belajar-lajarlah sikit seni bodek-membodek, ini ya, agar bosmu dibodek oleh orang yang berhikmah seperti kamu, bukan orang yang kamu labelkan sebagai "pepat di luar, runcing di dalam" dan menurut rekod kamu sering melakukan onar di sana sini.

****
Di hari yang lain, saya dengan rakan ofis yang lain...duduk-duduk ampai-ampai lunjur-lunjur kaki sementara tunggu kereta pejabat ambil kami.... Al maklum la kompleks kami ni besar, bilik Mesyuaratnya idak lah jauh, tapi dah ada kemudahan drebar nak ambil, apa salahnya guna. Bukan selalu dapat naik kereta pejabat ni, kan? Tetiba lalu seorang rakan kerja di belakang kami. Lepas dia berlalu jauh, kawan berbisik kepada saya...

"Mar, jaga-jaga dia tu pun kuncu-kuncu sibawang juga, ni"

"Owh iya ka? eh gula-gula lelebih pengerusi tadi mana? Mana? Pegi bungkus bagi anak dia."

"hah, bagus tu cepat bungkus. Besok majlis kalau ada banyak lebih pun bungkus siap-siap untuk dia"

(Sktesa di atas tu tipu jak... mana ada bagi gula-gula kat pengerusi... beehon goreng, teh tarik, kopi susu, ada, lah)

No comments: