Tuesday, December 25, 2018

Burung Ka ka ka

Menteri Agama yang baru begitu merasuk fikiran saya. Tak pernah seumur hidup saya ini ada lelaki yang betul-betul bikin saya ongoing berfikirkan tentang mereka. Adakah ini tandanya cinta? ooowwhhhh TIDAAAAKKKKKKK!!!!!

Beliau memiliki sosok sangat bikin kita teruja-uja dan mengkeji dan mengumpat. Kalau rakan bawang saya tu, kan...bukan setakat dibawang-bawangkan sajah, bahkan disumpah laknatnya Pak Menteri itu.

Minggu ni naik-naik cuti hari Natal jak Pak Menteri bikin saya bangkrap lagi. Habis pahala saya baca quran pegi ke dia sebab menulis benda-benda macam ini di sini. eh apa cer? malas nak cer, baca sendirilah. Persoalannya, wajarkah pak menteri menulis warkah yang sebegitu rupa?

dalam hal lain, kawan saya share sesuatu pasal liberisme yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah. being in accounting and auditing profession, bulelah kau nak kata saya ini berada dalam zone liberal. Bidang ini memang agak teruk terjejas dengan skandal, jenayah, perbuatan tak beretika dan macam-macam benda buruk yang boleh menjejaskan profession itu sendiri.

Tapi tak pula memasing dok mengata "alaaa... ini semua fitna / konspirasi nak menjatuhkan saya". Dah jatuh, didapati bersalah, kau duduklah dalam jel sana, kan? Yang kat luar ni semua ambil pengajaran, buat apa-apa yang patut, walau nampak macam suram dan kelam saja.

Tapi itu tidak sedikitpun melunturkan semangat juang, para sarjana untuk mengakaji dan memberi cadangan, solusi kepada kemelut yang melanda. Itu semangat yang saya suka. Saya juga bangga berada dalam sebahagian dari profession ini. 

Tak payahlah nak nulis surat bagai nak rak, nak mencari puteri. erk....sebenarnya sapa yang perlukan puteri tu ea. Rakyat ka burung ka ka ka kau? Dalam aliran liberisme ini semua boleh jadi puteri. Sebagai puteri islam, jika kita gigih mempromosi islam sebagai model terbaik melalui tulisan dan penyelidikan, walau saya separuh bena tak bena, saya percaya yang ianya boleh diterima sebagai sebahagian dari penyelesaian kemelut yang melanda professi ini.

No comments: