Sunday, July 22, 2018

Gebang-gebang....

Weekend yang lepas kawan yang saya kenal melalui internet mengunjungi saya. Kawan sastera. Saya bukanlah orang sastera pun, tapi mungkin satu ketika dulu sedang saya kebosanan saya terminat dan dapat watak drama makcik kepohi sastera.

Terkepoh sampai merasa kena cili, sebab menyebokkan hal-hal yang tak sepatutnya saya komen dan beri pandangan serta ulasan. Tapi saya nak mengomen juga, in term of market share in local publishing industry. Ianya kecil, tapi significant terhadap tamadun negara bangsa, yang perlukan "niche" yang tersendiri. Pendek kata kompleks tapi sangat penting dan bermakna. Rumit. Kerumitan ini ditambah dengan polemik seperti tidak nampak jalan penghujungnya. Susahla kalau macam itukan?

Itu tidak bermakna profesion saya simple, tanpa masalah, semua cantik dan suci murni. Accouting, auditing, finance lagi teruk. Dengan white collar crimenya la, bad judgement, management over ride, ketirisan pemborosan, pembaziran, ko cakap aje, semua titik bengeknya ada. Tapi kami cool aje. Orang sastera ni mungkin empati mereka tinggi, emosi, perasaan, sensitiviti mereka tak sama macam kita orang jaga duit ni, jadi bila berpolemik tu, tak pernah habis, kekal berpanjangan sampai kiamat, kut? he he...

Antara perbualan (ingat-ingat lupa bertambah nasi-periuk tambah, rencah penyedap rasa) dengan sahabat yang terluka diperlaku oleh puak lagi satu adalah seperti di bawah:-


Perbualan 1

Saya  :
kalau kita bagi job kat budak gay, harganya RM10K, budak straight RM20K, ustaz, naik jadi RM30K

Dia    :
Tentula saya bagi budak gay selagi dia tak menayang ke'gay'an dia. Di situ saya sudah dapat menjaga hablum-minannas

Saya  :
Pada pandangan mereka kamu telah berhablumminannas "at the expense of” hublumminallah.

Perbualan 2

Saya  :
Pada mereka sastera adalah medium pendidikan untuk mengubah dunia jadi lebih sempurna…

Dia    :
Selama ini dah berjaya sangat kah mereka?

Saya  :
Kalau saya pasang cita-cita ubah XX jadi straight dan YY berhenti mencarut, adakah saya akan berjaya?

Kami hanya tergelak dan bercakap benda merapu wal laaagha’’’

Semasa saya guling-guling atas katil cuba melelapkan mata, saya teringat kembali perbualan saya dengan sahabat. Terngiang semula pertanyaannya “berjayakah mereka” nada dia agak sinikal.

I seek to understand, and I understood, that their (geng yang telah membikin sahabat saya hiba, stress, tension, bla bla bla, ie mengalami tekanan/ganguan emosi yang ntahlah saya tak pasti. Saya tak measure,lah tahapnya:- teruk, sangat teruk, sedikit teruk? Saya tak tanyalah pula he he) hostility is steam-up from fear and lack of confidence that they will survive in this wild-wild-world which will becoming wilder in the future.

Orang macam kami ini menakutkan mereka. We are the source of their fear. I don’t mind “masuk hutan” (keep quite) stay away from them.

If I were my friend, saya lepaskan sahaja jawatan yang saya sandang  walau I will be a laughing stock for sitting at that hot seat tak sampai 100 hari…. I won’t fight back. Suami sahabat juga suruh dia resign, biasalah orang lelaki ni, kan, kalau ngadu hal kerja, berenti sahajalah solusi dia,kan?  But it looks like she has to work dengan dia yang membencinya untuk quite some times kerana setakat ini belum lagi ada pegawai yang didapati sesuai untuk menyandang jawatan tersebut.


"****

For my friend saya mau titipkan sikit cerita pasal a PA and a bos...

Ada seorang bos perempuan yang sangat pelik. dah macam-macam PA duduk dengan dia tapi tak tahan. Satu hari PA yang ini muda dan cerdik. Apa dia buat? Bila si Bos meroyan dan menjerit meleking-leking macam anjing dia rakam.

Bila si bos manja-manja, manis-manis pun dia rakam. Sesudah dia rasa cukup rakam suara bos dia, dia bawa pita rakaman ke unit kaunseling pejabat. Pihak unit menganalisa rakaman tersebut dan memutuskan si bos kena jumpa pakar sakit jiwa.... he he

No comments: