Sunday, December 2, 2012

Jodoh tak datang bergolek

Nenek kata orang dulu-dulu pergi mandi-safar-pergi joget lambak bukan sahaja untuk suka-suka tapi bagi yang masih belum berteman, mereka ambil peluang untuk cari teman hidup. Ntah lepas tu tak taulah kita apakah macam dalam felem cerita orang dulu-dulu…pantun-pantun, dating nyorok-nyorok tak taulah nenek. Nenek tak melalui itu semua. Nenek beruntung sebab nenek anak orang kaya dan cantik molek, putih gebu. Nenek belum cukup umur lagi dah ada orang datang menempah.

Yang menepahnya walau bukan orang asal penduduk kampung, tapi sangat pandai bersilat.  Nenek sangat beruntung, walau jodoh mereka tak panjang. Anak kecil-kecil lagi nenek dah menjanda.  Dah janda pun masih ramai lagi yang berminat, tapi nenek tak layan. Samalah macam mak saya. Cantik, sekali pandang ramai yang dah angau.

 Bagi perempuan-perempuan gilaan ramai dan popular, bolehlah mereka letak syarat nak bercinta kena nikah dulu. Kalu biasa-biasa, tak popular, malaslah pula nak berhias, tak berjoget lambak….itulah agaknya ada juga anak dara kampung yang membujang sampai tua.

Ustaz ada cakap, jodoh ini kena usaha. Saya kata pula tak ada orang yang jodohnya datang bergolek. Macam mak dan nenek, jodoh mereka pun tak datang begitu sahaja. Kedua-dua wanita tersebut sangat menjaga kecantikan, kebersihan dan kesihatan diri. Itu pasal mak saya tetap langsing hingga kini, dan nenek (walau kini sudah tiada) tetap gebu, melepak dan comel waima pada hari-hari nenek sudah mau pergi buat selamanya. Rahsia mereka??? Apa lagi jaga makan, rajin berkerja keluar peluh. Omputeh kata NEAT (non-exercise activity thermogenesis). Deme  belum come out dengan NEAT, nenek dan emak saya dah amal semua tu dulu-dulu lagi dah.

No comments: