Saturday, December 11, 2010

Emansipasi Wanita Memang satu MITOS

Kisah ini berlaku right before saya cuti trimester yang lepas. Umum kena faham akan sensitivity masyarakat kita pasal polygamy. Kita tak suka polygamy. Kita orang Melayu polygamy itu hanya untuk orang kaya-kaya dan berharta dan juga ustaz-ustaz kuat iman, ramai pengikut dan ramai peminat wanita. Kami sangat mengimani ayat Quran yang maksudnya “jika kamu tidak yakin dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang” Rata-rata orang Melayu isterinya satu. Kenapa mau bakar perasaan kita kalau dah tau benda ini.

Saya pun tak faham kenapa pensyarah Company Law suka cakap pasal bini 2, 3, 4. Saya tidak kisah kalau ustaz yang sentuh isu ini. Ustaz memang bidang dan tugas dia untuk memahamkan kita yang polygamy adalah satu yang dibolehkan. Lawyer nak cakap pasal polygamy apa halnya? Sebab ada undang2 civil yang melarang terus polygamy? Dia tak puas hati? Nak cakap pasal polygamy pergi cakap sama “house of loard” sanalahkan. Ubah sana punya Law. Sebab cakap dalam kuliah Company Law tak akan bawa apa-apa faedah melainkan menyebabkan saya rasa benci dan muak. Kalau saya hasut satu kelas, bagi midterm kali ini semua dapat 0, assessment semua-semua jom pakat kasi markah 3 macam mana? Jangan buli, jangan cabar saya yang lemah. Hey, kamu dibayar untuk memandaikan saya, bukan menyakitkan hati saya ok. Got that!

Memang sakit hatilahkan kalau dapat lecturer sengal macam itu. Nak buat macam mana dah lecturer kita. Yang saya marah sangat bukan pasal polygamy pun, tapi hujah untuk berpoligamy itu sangat bodoh tahap boleh kasi kita sakit kepala. Ada ka dia cakap sebab ramai perempuan sekarang tidak segan silu mengejar lelaki, maka penyelesaian kepada masalah perempuan mengejar lelaki ini adalah polygamy. Berapa ramai lelaki yang kena kejar? Kat kampung saya ini ramai lelaki bujang, tak ada perempuan nak kejar pun. Perempuan pun tak hingin. Katanya lagi kejadian perempuan mengejar lelaki adalah natijah dari ratio lelaki perempuan di Negara ini sudah 3 perempuan, satu lelaki.

Ratio 3 perempuan, satu lelaki ini yang saya hangin satu badan. Saya marah. Iya memang benar sekarang wanita sudah hilang malu sanggup bergaduh berebut kan seorang lelaki, tapi adakah mereka bergaduh dan berebut sebab perempuan sudah ramai dari lelaki? Itu kena semak dululah. Jangan cakap ikut sedap mulut aje. Adalah sangat memalukan seorang pensyarah yang juga seorang law practitioner membuat satu kesilapan yang maha semberono lagi tak senonoh, lagi menghina keilmuan yang ada pada pelajar walau mungkin hanya senipis kulit bawang.

“Do I tell you that Lawyer can’t count? God know ntah2 no 2, no 3 pun tak buleh beza, FiGURE FOBIA” Wahai lawyer2 sekelian, buanglah rasa fobia kamu terhadap angka dan statistic sebelum kita semua hilang kepercayaan kepada kamu. Betulkah kalau tak lulus matematik pun boleh jadi Lawyer?

Itu taklah sakit hati sangat pun, lagi sangat sakit hati sebab sebenarnya saya rasa saya sorang aje yang marahkan lecturer tu tahap nak hantar surat pada presiden suruh ditamatkan aje kontrak pensyarah tu. Tak lah acah. Lecturer tadi memang bagus,dan patut dikekalkan. Saya belum cukup gila untuk membakar sebuah kelambu hanya kerana seekor nyamuk yang nakal. Saya cuma tak faham kenapa dia suka nak menegakkan benang basah yang perempuan lebih ramai dari lelaki. Mungkin masalah peribadi kut. Masalah dia yang sering dikejar perempuan2 gila. Ya Lecturer Company Law saya memang hensem, dan dah lawyerkan ko faham2lah memang pandai bercakaplah, tak mustahil dia ini antara lelaki-lelaki yang menjadi buruan ramai, sehingga sasau??? Sasaulahkan, sebab mana tau perempuan yang dia suka takut nak dekat, yang tergedik-gedik mengeledang-mengeledut, meliuk melentuk, berduyun-duyun datang menggesel. Masuk kelas Company Law pun masih lagi terawang-awang merasakan kelas perundangan Keluarga Islam tak habis lagi.

Ok pasal statistic tu masih lagi saya tak hangin sangat pun, sebab memang sah once naik cuti ni saya tunjukkan kat dia statistic tu pasti dia senyap punya. And if I tell him baik-baik, saya pasti dia cukup dewasa, cukup akal dan sedar dia tak patut cakap lagi pasal polygamy sebab dia mengajar Company Law bukan undang-undang keluarga Islam.

Yang saya marah, dan saya rasa tidak akan ada jalan penyelesaian ( the only solution that I can think of now, is migrating to China) bila ada pelajar perempuan sendiri yang marah sama saya dan tuduh saya kacau lawyer kacak ini. Hah! Saya kacau lecturer saya? Hah! Amboi, excuse me sapa yang kacau sapa dulu? C’onlah pelajar perempuan sengal eh kita orang Islamkan kita tak kisah sapa dia tu, lecturer ka, sapa ka, kalau hujah dia menyeleweng dari kebenaran dan fakta, tak kira sapalah kita, jika kita punya maklumat betul wajib menegur yang salah.

Dalam kes ini, lecturer sengal itu telah menyinggung perasaan dan sensitivity saya bukan pasal polygamy sangatlah, tapi pasal hujah dia yang menyeleweng dari fakta sebenar. Ratio lelaki perempuan di Malaysia ini agak sihat, satu lelaki satu perempuan, bahkan lelaki sememangnya melebih perempuan. Lelaki kena lebihlah sebab kasi rizab untuk qouata rumah juvenile, penjara dan Pusat Serentikan. Karang orang Pusat sana tak de kerja lah pula. Ratio is 1:1 perfect. Kalau ko sorang pulun sampai 2, 3,4… yang lain gigit jari???? Kalau kena rogol, kalau Negara ini bersepah pelacur dari Negara Luar, jangan salahkan kerajaanlah pulak. Realistiklah sikit kalau benar2 dah cinta dan sayang pun.. Tak kuasa aku nak kacau Lecturer ko tu. Cikgu debat saya lagi hensemlah. Pendebat terbaik ASEAN semasa di Universiti Malaya lagi. Cuma dia tak major dalam bidang Perundangan aje. hmmm kalau dia major Law, Perlembagaan Persekutuan pun dia boleh GORENG kasi hangus tau tau tua!!! Marah ni. Tolonglah weh!!! eiih geramnya akuhhhh

No comments: