Sunday, November 27, 2022

Antara Pintu dan Al Gojo

Ok berbalik kita pasal lagu tanya sama itu Hud Hud, ada orang tafsirkan begini, 73 pintu itu PN sebab PN dapat 73 kerusi, Hud-Hud BN sebab BN dapat 30 kerusi Al Gojo itu PHlah he he itu yang mereka gambarkanlah. DIa PH jadi Al GOjo sebab Lolok dalam Tanya Sama Itu Hud-Hud cuma sebaut 30 dengan 73 je, kan? So yang 82 tu tu Al Gojolah.

Kenapa Hud-Hud tak pilih pintu, tapi pilih AL-Gojo, macam aku cakap, itu BN semua tu dah sembahyanglah tu. Dapat alamat gitu dia pun pilih macam itulah. Allahlah yang gerakkan hatinya untuk memilih AL Gojo. Pasal PN pulak kenapa pilih pembangkang? Dalam masa ekonomi post-Covid yang huru hara ni tentulah senang jadi pembangkang. Kau bangkang je banyak-banyak. Lagi satu kerja membangkang lagi senang dari mencadang.

Apa jadi 5 tahun depan kita tak tahu, adakah BN akan mati? Mungkin juga jika Abang Non buat perangai pelik-pelik. Kalau ekonomi x booming, nak cari telur pun susah, memang orang akan pilih PN. PN akan jadi BN satu ketika dulu. Menang 2/3 majoriti kerajaan. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, Orang akan kekal terus mengundi PH-BN.

Bagi orang Putrajaya ni sapa nak jadi wakil Parlimen dia senang je, kena rajin ikut program komuniti orang sini. Gerenti menang. So ko rasa sapa calon Putrajaya pada masa akan datang? BN nak letak Ku Nan lagi ka? Rentikanlah.

Ok let saya Abang Non buat perangai pelik, ko rasa sapa bakal PM, muka mana paling Cun dalam PN. Tentulah muka Mat Jargon WAF tu. lagi sapa yang Cun dalam PN ek. Dr Razif Jidin pun ok jugak. Sapa calon PM, Muhyidin ka? Aku rasa kalau DSAI cerdik, benda pertama dia buat ialah penjarakan Muhyidin macam Muhyidin penjarakan Najib. Kalau Najib sangkut pasala 3,6billion, Muhyidin lagi besar 600billion. hah gila besar bak Hang. Tudiiaaa----

Buat masa ni terlalu awal aku nak buat apa-apa ramalan. Menteri pun tak lantik lagi, corak pemerintahan Bang Non pun kita tak boleh baca lagi dalam masa 2, 3 hari ni. Tunggulah lagi 100 hari. Baru boleh mereceh lagi panjang-panjang.

Apapun aku memang langsung tak risau pun. Cuma bila kawan-kawan ofis risau, aku pun ikut risau sama. Sian, kalau Bang Non buat pragai laennnn machiem, kesian kat kawan-kawan le. Derang tu risau takut kena buang ramai-ramai dari perkhidmatan awam je. Aku rasa macam tak logik je. Kalau deme risau ambilan baru besok semua masuk Cina, India yang CGPA bagus-bagus, itu baru patut risau kau kerja dengan bangsa bukan Melayu ni. Macam kau kije private. Itu memang patut derang tu risau. Aku tahun depan dah umur 50, kalau aku tak ble keep-up dengan rentak kerja orang private aku brenti pencen awal je. 

Aku ingat kat kampung besok aku nak kije tukang masak-masak je. Cemuihlah kije gomen ni, kan. Kijenya tak seberapa, tapi politik je lebih. Macam opis aku la nila---apalah dah merasuk bos aku tu, ntah apa pembaharuan yang dia nak bawa tah dengo-dengo nak merombak opis katanya. Berombak-berombaklah kau. Aku cakap aku tak nak lobi-lobi bos, tapi lusa aku kena juga lobi, aku nak cakap gini je. "Hajah, nak rombak pejabat-rombaklah, nak letak saya bawah sapa letaklah asal jangan letak saya satu team dengan xoxo" ko rasa, patutka aku cakap dengan Hajah macam itu? 

Tapi ku rasa tak payahlah kut, biar je ajelah. Letak segala urusan sama Tuhan. Doa sama Dia bagi aku team yang baik-baik dan dapat buat kerja dengan baik, gembira lagi ceria. Kau bayangkanlah betapa jahatnya Bos aku tu,kan. Ini ni pasal dia nak merombak itu ini, bukan aku sorang je yang risau, ramai lagi yang risau. Dekat berbulan dia siksa kita orang. Dari bulan 10 lagi hari tu. Bila nak dirombaknya tak tahu. Kata bulan 1 tahun 2023. Bulan 10 sampai bulan 12 baru nak tau apa cer. Macam tulah kami duduk risau pasal rombakan ni. Celakalah sama bos. Memang aku doa dia celaka. Jahat? 

Aku tak suka nak doa orang celaka, tapi kalau begini, buat orang semua susah hati, memang bila terfikir pasal rombakan, kemungkinan dapat satu team dengan orang yang mengerikan memang terlintas perkataan celaka di benak fikiran. Sebab itu aku ni pergi berenang, bersenam, berpuasa, masak-masak pot luck opis sebab itulah tak nak fikir kan sangat pasal pengsturuturan opis ni.

Nama nak nungunya Bulan Januari 2023 ni memang rasa siksa ya amat. Bulan 12 ni aku ingat aku nak cuti. Malas nak terserempak dengan muka bos tu. Kalau terserempak mulalah aku risau. Risau betul aku kalau penyelia aku yang aku ngam sekarang ni kena tarik tempat lain, aku kena masuk team penyelia kekwat yang fefeeling pandai tu sebab dah tak de penyelia. Itu yang aku risau sangat-sangat tu.

ok la tunggu 100 hari pemerintahan PH ek. Kalau tak ok ko rasa? ko rasa----eh aku pulak rasa seram kalau tak ok.

No comments: