Monday, March 8, 2021

UJIAN LAGi---

 Kali ni bukan ujian makan-makan, ujian lain la pulak. Saya pernah cakap kita akan diuji dengan benda yang kita cakap, untuk membuktikan sama ada our talk is cheap or not--- Ok. Satu ketika dulu saya pernah ber PM-PM sama kawan yang minta tukar kije tempat lain sebab dia tak boleh ngam dengan bos dia begini "gi mana-mana pun sama je, mesti ada orang macam tu. Hari tu lagi kak nak cakap, janganla mintak tukar tempat kije sebab tak ble ngam dengan si polan-si polanah" Saya menulis begitu sebab bila dah tukar tempat lain minah ni ada masalah dengan orang lain plak. 

Di hari, tahun yang lain pula saya membawang pulak benda yang sama, bila ada lagi satu minah mintak tukar sebab tak ble ngam dengan team leader dialah. Makanya hari ini benda yang saya cakap jatuh pulak kat batang hidung saya---uina, semalam saya memang geram je dengan bos baru saya tu. Bos lama tukau, so ganti minah gedik ni. Sejak dia masuk pun kami dah mula rimas dengan dia ni. Dia jenis tak reti bahasa, orang cuti ka, orang MC ka, main redah aje PM orang bila dia ada sesuatu yang dia stuck.

Tapi segalanya pun berpunca dari dia jugak. Dia tak well prepare. Kije gomen ni kalau dalam job description ada kena prepare/jadi urus setia kepada mesyuarat ka, program ka itu dan ini, benda paling penting ialah surat/memo. Ini unit Audit Dalam. Core business mengaudit. Programlah tu. Lepas ngaudit-audit, kena bentang findings. Bentang kat mana? Dalam mesyuarat la, apa lagi? Dia gitu. Semangat mengeluar surat/memo arahan tu kena ada. Itu benda kau kena take care dulu. Tak de surat/memo satu benda tak ble jalan. Lumpuh.

Ada sekali saya bengang dengan dia tu, aku pun tak tahu la kenapa dia suka sangat suruh saya urus hal makan, pun ntahla. Asyik-asyik nak tempah makan. Fine ko nak makan, memo mana? Surat mana? Tak ada. Kalau kat umah orang ble kata "no money, no talk, sini no surat/memo, no makan" Ngerti!!!--- suratnya tak de. Ok surat tak de emel pun bolehla--- hurm bila dah emel, tak payah tanda tangan bos, suka hati dia suruh hakkuuu shoot emel jemput orang makan-makan? opsss masuk masuk mesyuarat.

Itu satu, pasal makan-makan. Satu hal lagi bila dah core businessnya ngaudit, adalah tindakan susulan atau bahasa sini yang orang suka cakap "follow-up". Hah bab follow-up ni, banyak team audit yang tak berapa bagus. Kalau auditor itu sangat bagus, dia akan dibenci. Itulah yang bos pembuli sicantik manis tu memang kiasu hal ini. Sama juga bos kawan yang saya cite kat atas tadi pun sama. Kiasu gileerrr kau. If you an auditor and you are very good at following up thing you will be known as a MONSTER, gaytueee-. Itu pasallah kut, nak remain baik mereka acuh tak acuh pasal benda ni. Kalau di Audit Negara sana, kalau bab memfollow-follow ni, sampai diwujudkan satu bahagian khas yang dinamakan Bahagian Susulan Audit. Kira semua monster-monster berkumpul di sanalah tu, agaknya.

Kali ni memang aku cukup bengang dengan minah seqo' tu sebab dia nak haku follow-up isu-isu audit yang memang bukan kajian haku pun. Kau dah gila ka apa? Dia dah ada team audit dia yang patut buat kije tu semua. Yang kau gatal garit suruh anak buah kau buat follow-up, dah kenapa? Eh bangang ke apa dia ni? Menyapah plak aku, melayan perangai lebih kuah dari sudu dia ni. Kalau gitu biar aku masuk je team audit tu. Memang ada kosong, pun. Geram-geram-geram. Seriously kalau saya cakap saya mau tukar saya percaya done-done tu jugak bos akan approve permohonan saya itu.

Tapi tula bila balik rumah kita ni merefleksi diri sendiri. Terkenang apa kita pernah cakap, dan mulalah terfikir, ini semua ujian Allah tu,kan. Jangan jadi sampai kita ni "cakap/tulis, tak serupa bikin" So, rasa pun bertabahlah. Saya pasti kalau kali ni saya dapat buat apa yang saya kata,kan. Pasti adalah tu kesenangan/kelapangan yang akan menanti tu.

So, bertabahlah dengan perempuan nan sorang itu, ya!

Lepas-lepas tu, aku punya bos kicik bagi tau aku, bos No 1 kat dalam opis ni bagi tau, kije follow-follow-up ni semua tanggung-jawab team. Kije tulis minit pun kije team, kije tulis keputusan mesyuarat, pun kije team jugak. Hah ambik kau. Yang bukan kajian kau kau terhegeh-hegeh nak memfollow-follow-up dah kenapa,kan. Tahun 2020 saya ada bikin 2 kajian dan semua findings dalam kajian tu sudah selesai. Yang gatal merenyam, nak dok follow-up isu team lain yang tak settle tu, dah hilang akal ka?

No comments: