Tuesday, December 22, 2020

Ujian part 3

 Sambung lagi cerita semalam---

Hari ini timbang---yeay berjaya turun 0.8kg. Wah ini sudah melepasi target saya. Penurunan berat badan sebelum dan selepas ujian makan-makan ialah 0.5kg setelah 2 hari mengamalkan diet telur dan Salad Garden. Besok cheat day? Nope I still took it as ujian. Kali ini lagi mencabar. Menu dia apa? 

Sarapan           :  Meehon goreng, Roti Puri Sardin, Keropok Ikan

Lunch              : Nasi Tomato, koktail

Minum Petang : Cake Red Velvet (ye guys cake guys), Chicken Floss popia, Cream Horn, Rojak Buah

tooo dia, kan.

Gambar ops tak dek gambo---

kita tunjuk gambo lunch. Breakfast tadi dah makan, terlupa pulak nak snap gambornya. Hari ini telur dah habis, lupa nak beli, saya ganti ayam rempah air-fried je.

tuudia, penuh ayam je, salad dok bawah dah x nampak

Resepi ayam rempah ni mudah je, jintan manis, jintan putih, black pepper tumbuk kasar. Bawang putih cincang halus, halia mayang halus, garam sikit, madu sikit, lumur kat ayam tu--- perap lepas tu masukkan aje dalam air-fryer, suhu 190 darjah, selama 25 minit. Separuh jalan, balikkan ayam.

Salad tu macam semalam, sama je, lettuce, lada bangala, timun dan tomato. Dressing dia macam semalam juga, (separuh biji jus lemon+sesudu teh madu+ sesudu teh minyak) tapi saya bubuh secubit cube tomyam, untuk bagi kelainan rasa pada dressing tersebut.

Senang je nak sedia salad garden ni.

No comments: