Wednesday, December 16, 2020

BUKU BARU 2

 Ok kita sambung cerita semalam---


Saya mula berdiet 7 Oktober yang lepas. Approach saya tak de lain, selain dari calorie deficit intake lah kan. Saya secara umumnya tidakla kira sangat apa yang saya makan, tapi saya guna pukul rata rule suku-suku separuh. Kira akhir bulan tu dapatlah turun balik sikit. Kira oklah boleh lah tu. Ada progress, kan.

Kirannya masa dalam bulan berikutnya tu juga saya dapat buang berat lebih sebanyak 6kg tu. Kita pula masa tu PKPB, kan. Saya duduk rumah, pi ofis patutnya seminggu sekali, tapi kalau ada kije saya datang ajelah. Masuk jam 9 pagi, jam 12.30- 1.00ptg dah balik. Saya memang ada banyak masa nak masaklah. Memang saya tak makan kat kedai sangat pun. Masa akhir PKPB tu, saya turun lagi 4kg. Wah seronok rasanya.

PKPB berakhir 6 Disember hari tu, kita semua pun masuklah opis baliiiikkkk. Sebab teruja,kan jumpa kengkawan, kengakawan pulak tu ada yang sambut hari lahir,lah---dia belanja kita makan. Ada pulak yang bernikah, jemput kita makan, petang sebelum dia nikah, saya dah datang umah dia buat sireh junjung, sambung malamnya tengok dia berinai. Orang seronok berinai, saya seronok makan-makan. Apa lagi, pergh naik balik 2 kg. Haaa Hambik kau!!!

Lepas tu mak saya telefon, minggu pertama dibenarkan rentas Negeri, jangan balik kampung. Kata dia. Hurm pelik juga mak itu, kan. Bukanya apa, dia pulak nak merentas ke negeri lain ropenya. Mak, mak. Lagi pun mak kata "ko balik minggu depan ajelah, Pak Ngah punya birthday, nak buat kat homestay ada swimming pool, nak makan bakar-bakar" Hadooooiiii makanlah lagi.

Saya fikir begini " ini tak boleh jadi ni, kalu bajet seminggu hilang sekilo, naiknya 2 kilo macam mana tu?"

Saya tak fikir banyak, melainkan kena exercise lebih. Itu ajelah fikir saya. Dalam saya browse internet pasal exercise, dia kelua jugalah diet itu, diet ini. Saya memang tertarik dengan satu diet ni. Dia kata diet telur. Idaklah kita jadi biawak makan telur dari pagi sampai malam----hurm menarik tu. So saya pun cuba diet tu mula dari 11 Disember yang lalu. Iklan dia cakap 2 minggu boleh hilang 10kg. Tapi idaklah begitu jadinya pada saya ni. Setakat semalam, hari ke 6, hilang 2kg yang naik sebab melantak sakan pada minggu lepas. Oklakan sebab kalau diet suku-suku separuh tu, paling banyak boleh hilang pun 1kg je. 2kg pun memanglah sangat mengembirakan hati. 


No comments: