Friday, September 10, 2010

Main Patung-Patung

Mak cakap suami Mak Nana saya yang kerja kat Muzium itu sebenarnya tugas hakikinya adalah sebagai “tukang” tapi sebab dia pandai main wayang kulit, pihak Muzium pun kasilah dia main kat sana. Sebagai seorang tok dalang, suami Mak Nana juga pandai bikin patung wayang kulit. Antara patung yang paling glemer ialah Sita dan Rama.

Saya tak pernah tengok dia membuat patung ini, tapi mak cakap patung itu diperbuat dari kulit lembu. Kita masa itu sangat taksub percaya pembuat patung adalah kerja orang kafir. Mak pula perpendirian, yang penting tuhan perut. Dah itu aje yang dia pandai dan minat, serta dapat tingkatkan ekonomi rumah-tangga dia, syrik-tak-syrik, mostly kita tak berapa memperhalusinya sangat-sangat.

Orang alim ulamak, ramai pengikut, bulehlah keluar hukum itu hukum ini. Mereka pun tak pernah tinggal di tempat setinggan macam kami, mana mungkin mereka akan dapat faham keadaan kami? Saya bukan suruh tukar hukum, tapi saya rasa, mak rasa tak salah kalau kita menghormati seorang tukang buat patung wayang kulit selayaknya. Masa kat kampung Kerinchi tu Mak Nanalah yang banyak bantu mak, jadi tak de sebab untuk mak nak tak nak berkawan dan bercampur gaul dengan keluarga Pak Hassan dan Mak Nana. Lagi pun kalu mak memasak dan cuci kain, anak-anak mereka jugalah sering bantu layan saya. Petang-petang hari mereka selalu ambil saya, bawa pulang ke rumah mereka. Tak pernah terlintas langsung dalam benak yang Allah murkakan kita pasal benda alah ni.

Ok berbalik pasal patung tadi, saya teringat masa kecil-kecil dulu. 2 dari anak arwah pak-ngah saya dikurnai bakat melukis yang amat tinggi. Tapi sebab kita anak orang alim, anak guru Quran, bakat Uda, atau saya panggil Bangde dan Ateh saya tak timbul pun. Uda sekarang kerja buat rumah, kalau ada projek oklah kalau tak berjimat-jimatlah, but so far so good, walau tak kaya dan ternama. Saya fikir kalau dulu masa kekecik bakat Bangde ini di asah, pasti hari ini dia dah jadi pelukis terkenal. Akcelinya bukan pasal Bangde itu anak cikgu mengaji, tapi pasal kita miskin, kita tak de duit nak beli peralatan melukis yang canggih-canggih.

Seingat saya Pak Ngah tak pernah larang kami melukis. Dalam ramai-ramai sepupu tu sayalah yang paling “kaya” dengan peralatan melukis. Saya anak tunggal, dan cucu pertama pula bagi sebelah ibu. Family sebelah sana yang tinggal di Singapura, suka sangat bagi hadiah pencil colour. Mind you masa saya kecil, pencil colour adalah bahan mewah tuuuhhh. Kalu masa pendidikan seni kita pakai kaler serbuk yang cikgu bagi percuma. Barang mewah, ka? Nak kata mahal taklah juga, tapi sebab kita duduk kampung agaknya, tak de supplier. Orang kampung apa jadah nak pakai pencil colournya. Kertas lukisan pun tak ada. Hanya bila saya dah naik sekolah menengah barulah benda-benda ini ada dijual di kedai-kedai runcit di kampung saya. Masa Bangde dan Ateh kecik-kecik memang benda-benda itu semua tak ada.

Pak ngah tak pernah larang kita main patung-patung. Paling kita suka masa kecil-kecil ialah main patung kertas yang ada macam-macam baju buleh tukar-tukar. Ateh yang sangat pandai melukis ini akan melukis lebih banyak lagi fesyen-fesyen baju yang canggih-canggih. Masa tu Ateh dah anak dara sunti dah…dah masuk Kolej Islam Kelanglah kalau tak salah kita. Kita akan suruh dia lukis baju-baju sama ada dari cerita fairy tale yang kita tengok kat TV. Ada baju snow whitelah, Repunzellah…baju kurung pun ada juga yang Ateh cipta sendiri.

Saya fikir kalau kita kaya, agaknya hari ini Ateh dah jadi Fesyen Designer yang terkenal, tapi Ateh jadi lawyer yang taklah terkenal macam Karpal Singh, tapi kira dia jadilah juga seorang family member yang kita semua kagumi dan menjadi idola kita-kita yang kemudian-kemudian ini. Kita sangat kagum dengan dia sebab dia mampu berdikari dan ada firm sendiri.

Cerita pasal patung tadi, offcourselah kita akan bawa patung kita dan baju-baju ke sekolah. Mestilah budak-budak perempuan kat sekolah tu jeleslahkan. Kita semua suka sangat main patung-patung kertas ini, semua girls dalam kelas saya ada patung mereka sorang satu. Bermain patung ini dah jadi macam benda yang paling siok sangat dalam dunia ini, until one day one of our friends kata main patung ini tak elok. Sapa simpan patung, nanti patung itu minta nyawa. Alamak takutnya. Tapi dia bagi solution, dia kata “kalu ko tak nak dia minta nyawa ko, ko kelarlah kat leher dia.” Biasa patung ini diperbuat dari kertas yang agak keras, tapi bila dah kena kelar terpeleotlah patung kita tu ha ha ha…ntah apa-apa tah.

Mak cik saya kesihan tengok kita-kita sedih sebab patung kita dah terpeleot, Mak Cik suruh kita tampalkan patung tu pada kotak kasut, bagi lagi tebal dan keras patung tu. Tapi dah tak cantik lagi sebab lehernya dah di kelar-kelar. Kita pun ntah, masa tu dah tak mau main patung-patung lagi, kita dah ada permainan baru yang in thing masa tu, iaitu kumpul bendera Mammi Monster he he he…

No comments: