Sunday, January 22, 2023

Masih Tak Move on Lagi?

Cerita SOL, Wanita Penyondol dan Wanita Tersakiti memang dah reda dah minggu ni, tapi saya tak move on lagi ke? Cerita pasal Perempuan Penyondol vs Perempuan Tersakiti memang favourite saya, so mana boleh move on, kan?

Infact saya pasal lelaki memang saya tak amik port pun, sebab saya seorang pempuan yang ada bias dan benda yang saya paling takut ialah perempuan. Kata takut Allah je. Bohonglah tu. Sebenarnya banyak takut, takut hantu, takut macam-macamlah, kan? Benci? tak jugak, lebih kepada takut. Takut kenapa? Ntah, Kalau kau tanya mana lebih saya takut, penyondol atau tersakiti? 

Pengalaman sayalah opkos yang tersakiti tu. penyondol ni kau bawa pegi makan, pegi shopping, pegi gegedik habis gitu je. Si tersakiti ni dia ada jenis yang over thingking. Saya tak mau pemikiran dia yang over akan jadi saya paranoid yang penghabisannya menukar saya jadi pembenci. Bohonglah saya tak benci itu ini, tapi cukup-cukuplah benci itu setakat benci selebriti-selebriti yang ntah apa-apa tah je. Tak mau dalam kehidupan peribadi saya membenci rakan sekerja, sedara-mara, jiran-handai, sepupu-sepapat semua. Cukuplah benci perbuatan, jangan sampai membenci orangnya. 

Tapi dalam saya tak takut penyondol, saya juga tak mau rapat dengan penyondol, sebab takut poket saya koyak-rabak mengikut selera dan cita-rasa mereka he he----kat opis saya geng pempuan baik yang pro-Puteri Sarah. Ira Kazar tu jahat. Pempuan yang nak senang dengan mengexploitkan tubuh badan, lenggok gaya memang kita tak suka. Kita benci. Keja malas tapi nak senang, nak menang aje. Kita marah. Kita sakit hati, dah in the end kita jadi grumpy dan tidak menyeronokkan.

Lelaki ni dia suka benda seronok. Tok sah lelakilah saya pempuan pun tak suka wanita grumpy. Honestly dari hari-kesehari saya tengok di Puteri Sarah tu dah naik menyampah pun ada, dah he he---leave alone Sarah, meh ngumpat JLo dan Jenifer Garner (JG) plak.

Cerita derang idaklah macam cerita SOL dan Wanita Penyondolnya. Cerita dia lebih kepada macam Johan Ashaari tergila-gilakan Lana Nordin, aku rasalah. Si Ben memang nak si JLo, tapi sebab kita ni netizen bermaruah, mestilah kita nak Hero kesayangan kita kawen dengan JG. Tapi tulah penghabisannya terbaru, Ben dapat juga cinta hati dia si JLO tu. Dan aku ni semacam bengang, risau, sedih dengan si JG pun ada jugak. Sejujurnya aku memang minat JG dan kesian kat dia. Kesian dia sebab la ni dia risau anak pempuan dia ikut perangai mak tirinya.

Sapalah nak anak jadi macam si JLo tu, kan? aiysh terdedah sana-terdedah sini. Kita pempuan ni memang sakit mata kita nengok pempuan macam siJLO ni, tapi nak wat amcam mana lelaki tule rope surgawi yang mereka dambakan. Kau kena faham lelaki ni. Kalau tak sanggup jadi JLo usah beranganlah nak bina istana bahagia-gia-gia gitu. Takut, kecut perut aku nengok gaya dak JLo tu,kan?

Eh tadi kata takut tersakiti? Pendek cerita, dedua aku takut, yang JG aku takut aku pulak terlebih paranoid risau anak-anak muda bertelanjang mengejar kemewahan duniawi, JLo, memang itulah kita takut anak-anak muda pempuan jadi rosak akal-fikiran demi kesenangan sementara.

Kat opis ni ada gak sorang tu, idakle JLO, tapi senang benau dia menang, dengan goyang-goyang dada dia yang besar. Betul senang dia, bos-bos lelaki ni macam kena syihir penunduk dengan penangan goyang dada dia. Yang sakit anak buahleeerrr----nak pendek cerita satu hari tu terduduk jugak dia dapat markah rendah hujung tahun. Itu pun pemberi markah dah cabut opis baru, cubalah masa beri markah tu, masih diopis sekarang ni, tak de beraninya dia nak cantas si pengoyang tu. Iya dia beri markah kat opis baru. Kalu masih di sini, sekali dia goyang dada, naik mencanak balikle markah yang baru nak turun tu. Ko hada? Gitu kau---aku pun tepuk-tepuk tangan jugak bila ini kalilah, bos berani hukum pempuan macam itu.

Aku fikir balik kenapa bos menangkan orang macam ni, senang je, setiap benda, perbuatan dia tak sakit hati, cuma sakit dengan hasil kerja dia ajelah. Itu, sebab kau bos, senang saja kerja kau betulkan kerja dia. Tapi cuba kau mau ajar dia kerja yang betul, kau kena spend more time dengan dia, tapi bila more-and-more time kau spend dia lebih minat nak goyang dada dia je. Hadoooiiii baik kau bikin semula kerja dialah dari kau kena harrass dengan dada dia,kan?

Tapi tu aku tak rendahkan level JLo dengan si penggoyang dada kat opis ni. JLo selayaknyalah dia bahagia dan berjaya, sebab dia memang kerja-keras. Yang kita menyampah ni, kije malas, goyang dada, goyang pinggul, buat suara ngada-ngada de yang dia tahu, demi memudahkan kije dia. Tapi tu aku rasa kita tak patut sekse diri dengan perasaan menyampah-menyampah ni jugak. Perasaan menyampah ni toxic tau. Dari kau menyampah-nyampah baik kau invest masa, tenaga dan wang ringgit dengan diri kau. Jaga diri jaga kesihatan, awet muda.  

Begitulah kita kalau meraih duniawi dengan tangan kuasa lelaki, (patriarch). Cuba fokus kuasa yang lebih agong dan lebih besar, kuasa ALLAH. Hidakle kan, kita sakit hati sana sini. Fokus saja sama kesihatan diri fizikal dan minda untuk meraih cinta abadi. Kau nak beribadat kenalah tajam akal fikiran, sihat tubuh badan, kan? Betul tu dah melepek atas katil bed riden pun boleh beribadat jugak. Tapi siok ka beribadat lagu tu? 

Kesihatan paling utama, dan kesihatan boleh terjejas kalau kau suka sangat grumpy-grumpy, marah-marah. Itu back by science ka? ntah, tapi yang pasti back by nenek aku punya lullaby. Nenek berlagu begini "jangan marah-marah, nanti lekas tua"

No comments: