Tuesday, January 24, 2023

Jom Move On (tapi x move on)

Dah move on cerita SOL, cerita pasal PMX pulak jadi tak move on. Tulah pi tengok group politik. Sampai sudahlah tak move on jadinya. PMX kira selamat dan saya ramal boleh selamat sampai penggal akan datang. Kenapa? Ribut kat PAU yang lepas dah reda. Perwakilan PAU sebulat suara untuk tak tandingkan Jawatan No 1 UMNO. So, selamatlah Wak Jahid, selamat dia, selamatlah bestie PMX dari diganggu-gugat kunun dikata-kata geng-broker dalam UMNO. UMNO selamat? Aku rasa makin hancur, makin dibenci tu memang.  Orang UMNO tak suka KJ, tapi orang luar, kengkawan aku semua suka dia ooooo. Memang akan ada yang buat pulut kuning tu kalau KJ kalahkan Zahid. Tapi dah perwakilan UMNO cakap tak nak gaduh, so tak jadilah gaduh.

Tulah dia sikap orang UMNO, sikap orang Melayu gak aku rasa, sikap aku sendiri, tak suka gaduh-gaduh. Follow je. Sikap ni nanti akan jadikan kita makin lemah. Tapi pada akulah biarlah lemah, sebab bila lemah-lemau, nanti hanya orang-orang yang betul-betul setia aje yang akan tinggal. Yang mana opportunist tu boleh belah,kan?

Nak kata UMNO akan berkubur ntah, orang paranoid aje yang fikir begitu. Mungkinla bila UMNO makin tak berdaya, orang akan tinggalkan UMNO dan saing kuat UMNO yang orang lihat lagi bersih, iaitu PAS akan jadi pilihan Melayu. Tapi lepas itu, PAS pun nanti terbukti lebih teruk dari UMNO, orang akan sokong UMNO balik.

Kenapa aku selamanya kata PAS teruk. Pada akulah secara peribadi, ya. Aku tak nak hasut orang lain kata PAS tu teruk, ini pengamatan aku, PAS ni bukan islam pun. Pada aku asal PAS, jadi PAS sebab ada sorang Dr tu tak puashati sebab yang jadi PMI, orang yang dia rasa tak sepandai dia. Orang PAS memang selalu dendang-dendang orang UMNO ni bodoh. Memang kat kampung pak cik aku pun masa aku remaja, menginjak dewasa aku perati orang PAS ni memang lagi cerdiklah. Masa tu zaman gemilang PASTI, memang semua pakat hantar PASTI sebab bebudak PASTI lebih cerdik dari bebudak KEMAS yang sinonim dengan UMNO.

Owh berbalik pasal orang pandai ni, dah dia tak puas hati tak dapat jadi PMI dia panjat Bukit Semanggol, hasut orang alim untuk tubuhkan satu pergerakan ISLAM. Wajib ditentang PMI dan sekutu sebab tak Islam. Akan merosakkan Islam. Itulah PAS sebenarnya. Ditubuh untuk mengkafirkan UMNO.

Sepanjang aku hidup aku nampak itulah kerja PAS pun yakni, mengkafirkan UMNO. Selain itu mereka berlonggok-ramai-ramai berjihad. Berkat kepercayaan keras mereka, memanglah mereka jadi satu pertubuhan yang sangat berjaya pada hari ini. Memang kalau tak de DAP, PKR memang PAS dah menang besar hari tu. Tapi sebab dua parti yang mewakili kaum Cina dan India ni tak sokong mereka, dan sebab sebenar, PAS ni tak pandai nego mereka gagal membentuk kerajaan campuran.

Silap dia kat situlah, tak pandai nego. Orang PAS dia mana nak kawan orang yang lain dari dia. Dia kawan dengan orang yang dia suka aje. Orang macam aku ni memang silap hari-bulan dikata musuh/ajen perosak pun mungkin jugak tulah. Sepupu aku orang kuat PAS, pernah dia tuduh aku ni pemalas, nak cepat senang, bolot harta mak ayah dia. Dia sindir-sindir aku ni umpama Belanda curi tanah. Gitu. Hari dia nak kawenkan anak pun dia tak jemput aku. Takut kut nanti curi harta dia yang bertimbun tu. 

Kenapa dia jadi macam itu. Aku syak satu je, bila aku sakit mental, aku berubat hospital dan aku sembuh dia syak aku makan ubat setan. ha ha ha----Itu aku tak menggatal mengorat DATUK tu, kalau aku gatal dan berjaya, tak ke aku jadi DATIN ! Sah Sembah Setan. Eh mestilah Datin, tak ke hari tu cakap drebar lori sayur je? Betulah tu cita-cita nak drebar lori sayur paling hensem kat kampung tu, tapi sebab kekecik gi sekolah dah pandai, kan, idakle jadi drebar, gomen taja belajar oberseee, balik kije gomen, last-last jadi DATUK, CEO pulak tu. Bukan CEO beshe-beshe tau. CEO ni pandai bermadah, berpuisi, berpantun bagai. Kau rasa? tak ke psiko kuat berangan namanya tu? Kalau betul aku dapat laki macam tu, mestilah kau pun akan cakap "dahlah tak cantik, umur pulak dah menopause ni sah ni  pergi Sembah LUCIFER ni. Dah berapa banyak darah kambing hitam dah dia bagi minum kat LUCIFER demi nak dapat laki macam tu?".

Berbalik pasal PAS ni, kalau level setakat laki-bini Pengarah/Penolong Negeri sedara sendiri pun dia tuduh bla bla bla. Aku rasa dia paranoid. Iyalah paranoid orang macam aku ni pengaruh anak-anak dia bukan-bukan yang pengakhiranya berkiblatkan Barat si Kafir Harbi tu. Kalau Level presiden lagilah teruk. Selamba rock aje dituduhnya PMX ejen Yahudi. Dulu PMI ejen jugak. Aku rasalah, semua kita yang tak pakai tudung labuh dan tak berlaki ni semua ajen kut he he---Ajen nak ngajau anak-anak dia cari makan bertelanjang macam JLo. Tak pun macam Billy Eilish, Lady Gaga yang dikatakan ahli yang kuat percaya teori konspirasi sebagai menyembah setan demi kemahsyuran diri.

Bila dia dah tuduh PMX ajen, PMX pun nak samanlah dia. Ko tau apa jadi lepas tu, hah pemuda-pemuda derang bangkit ugut PMX, kalau nak teruskan saman, mereka akan mengamuk, keluar ke jalanan. Ko rasa PMX takut tak? Kalau aku jadi PMX aku memang tak takut, tapi aku tak saman, sebab apa aku tak saman, sebabnya aku tau PRU akan datang, UMNO akan jadi makin lemah, aku tahu PAS akan jadi pilihan orang Melayu. Apa yang perlu aku buat, aku cas aje ABAHCow dengan AMLATFPUAA dan bekukan reta ABAH. Bila ABAH dan miskin, PAS akan tinggalkan ABAH, PAS juga tak naklah terpalit dengan geng Mahkamah. PAS kan suci, kawan dengan orang-orang suci je. PAS will go SOLO dalam PRU akan datang. Minus ABAH, minus UMNO yang memang dah tak boleh sucikan diri dari dilihat sebagai Korup, PAS nak menang semua pun tak boleh, suka-suka dia akan bentuk gomen dengan PMX. Ramalan aku. Ramalan tak semestinya betul.

***

PAS tu benar-benar cedik dan boleh diharap, ka? Kalau tengok masa tadika memang budak PASTI lagi cerdik, tapi sian, juga aku tengok, bila dah besar mereka seperti tak boleh fikir dan sangat taksub dengan Tuan GURU mereka. Apa basisnya PMX itu ajen Yahudi? Sekadar mimpi presiden mereka bertemu Nabi? Kau biar betik, kau. Islam tidaklah sebegitu dangkal. Aku dengar cerita, Nabi tu memang boleh scan orang, sahabat pun ada yang punya kelebihan itu. Satu hari mereka dah scan ada member ni sebenarnya macai Yahudi, tapi nabi kata bior ajelah selagi dia tak tunjuk sikap sebanar dia.

Lain sangat dengan pembawakan TUAN GURU PAS, kan? Aku rasa salah satu cara nak tunjuk PAS ni bukanlah Islam sangat pun dengan jadikan mereka masuk gomen je. eh hari tu bukan dah mereka dah jadi gomen ka, dan jadi jadi menteri. Ala, itu sekejap sangat, bagi lama-lama sikit dalam 10, 15 tahun ka barulah nampak, paku dulang, paku serpih tak PAS ni. Sekarang pun dah nampak tapi memasing lagi benci UMNO yang korup tu. Cara nak suci UMNO dari korupsi dengan jadi PEMBANGKANG je. Minda Melayu atau minda orang beshe-beshe ni memang senang aje, yang jadi gomenlah korup, yang bangkang itu HERO.

Kau biar betul, nak bagi 10, 15 tahun, yang tak sampai 5 tahun pun berbillion mereka kebas? Itu kena kebas sebab COVID, kalau tak COvid tak de maknanya boleh kebas sebanyak itu. TUN yang genius tu pun boleh kebas 10% je. Agak-agaklahkan? Setakat 10% ni bertahun TUN sakau, idak ada bengkrapnya Negara, helook je Malaysia ni, kan? 10%, 10, 15 tahun ada apalah sangat, kan?

No comments: