Monday, December 26, 2022

Mengumpat Lain Lagi

Sebelum ni cerita pasal keasbahan pimpinan PM10, masih apa ek, masih krik krik lagi, masih cuba diancam pesaing, walau dah dapat undi percaya yang besar pada minggu lepas. Pesaing masih tak boleh move-on dan masih meninjau peluang untuk gulingkan beliau secepat mungkin. Saya pun tak faham kenapa tak tunggu je nextPRU, kan? ok n3 kali just nak listkan sapa yang nak sangat PM ni melokop awal dan apa benda yang mereka dah buat sejak dua menjak ni.

Pertama yang saya dah cerita semalam, GengBrooker dalam UMNO--- 

selain Hisham, nama yang disebut-sebut lagi ialah Anuar Musa. Caranya ulang wayang/skrip team A team B, berlaga dalam pumilihan pucuk tertinggi UMNO pada PAU yang akan datang. Memasing duit tengah banyak tu, tak tau nak lempau ke mana, tak ble beli SD sokong AbahCow, beli undi PAUlah pulak, kan? Apa ade heran RM600B bedak-bedak among kengkawan, bukan sikit punya duit tu. Bila geng-Brooker menang jadi Presiden, enblock, tarik sokongan PM10, ajak Abe Jo Sarawak, dengan Abe GRS Sabah tarik skali sokongan, PM10 pun melokop.

Kedua--Biasalah Ayah Cik komele--

Ayah Cik masih tak boleh move-on. Dia punya cara simple je, dia keluar fatwa kerajaan yang ada hari ni tak dapat restu Allah. Wajib dijatuhkan by all mean, kalau tak ble dengan tangan, dengan mulut(pena/dan ceramah mengajak perang PM10), kalau tak mulut, lemah lagi dengan hati (iaitu dengan berdoa hari-hari agar PM10 melokop cepat). Means to say penjawat awam macam saya, yang tak reti-reti berdoa melokop ni, selama mana PM10 memerintah, makan duit haramlah kami ni. Memang sedih, rasa terguris dengan kenyataan dia yang simplistik tu. Mana tak sedihnya selama kije gomen tak pernah reti-reti doa, doa melokop pun idak, doa sejahtera pun idak, cuma mengaminkan doa yang dipasang kat spekar opis, doa baik-baik, mohon rajin-rajin kije, jangan kije tangguh-tanguh tu, adelah. Lidah pemimpin PAS ni memang tajam, pedih memang pedih, tapi orang kata alah bisa tegal biasa. Cuma bila dah tetua ni every time saya rasa terguris saya doa banyak-banyak moga Allah beri sedar pada dia, yang kenyataan dia tu dia nak singgung PM10, tapi dia tak sedar, PM10 tak amik port pun tapi mulut dia tu bikin orang hati tisu boleh menangis, hiba tau!.

Ketiga---PM4 & PM7

Aaa atuk tua ni dah mula guna media cakap dia tak konfideng dengan PM10. Dia kata bla-bla-bla-my way-my-way-my-way. Dia cakap dulu tu, dulu, kalau dia biar PM10 jaga duit, mesti Malaysia dah muflis sebab ikut telunjuk IMF. PM10 bodoh. Iya ka muflis? ko tengok negara-negara jiran yang amik loan IMF, ok je tak muflis pun. Atuk ni, dulu bolehlah dia nak chong, ni dah dekat 30 tahun masa berlalu, ternyata yang amik loan tu semua dah kalahkan Malaysia yang tak amik loan langsung. Tuk, problem kita ni bukan pasal amik loan ka idak, problem sini, pasal Atuk dan anak-anak murid Atuk tak habis-habis nak menketedarah/penjarah rete Negara demi nak kenyangkan kroni-kroni atuk. Alahai Atuk haiiii!!! Atuk nasib baik le PM10 dah kejam macam Atuk jadi PM7 sekejap hari tu, kitai Najib kaw-kaw, geledah rumah dia dalam bulan-bulan pose. Nasib baik, tau. Orang kata PM10 tak de telur, nak kitai Atuk. Tuk. Tapi tu pasai apa PM10 nak kitai, Atuk, kan. La ni, SPRM, sedang siasat KJ, AbahCow dengan Zafrul. Nama Atuk tak naik pun, atuk duduk dendiam udahlah ya.

So, setakat ni, 3 kelompok/individu, ni lah saya dok perati, tengah berhempas-pulas dok nak merampas kose ni. Atuk ketuk beduk/berkompang-kong-kali-kong, buat bising di media, yang PM10 x boleh diharap, nak jaga ayam, pun tak reti, ayam mahal, telur hilang (tapi aku syak satu je, ayam tak mengawan, tak bertelur, dan membesar, sebab geng-kartel yang jaga telur, geng-Atuk, jugak), broker UMNO rampas kuasa Presiden, ajak kengkawan Sabah Sarawak undi x percaya PM10, sebab PM10 tak pandai jaga telur,  kerajaan PM10 pun tumbang. Presiden PAS pula kerjanya mengajak pengikut dan rakyat mendoa celakan PM10. Adakah usaha mereka ini akan berjaya? Wallahuaalam. Kita tunggu dan lihat saja.

Satu je benda pelik pasal Malaysia ni, politikusnya tak reti penat berpolitik. Kenapa tak tunggu je nextPRU,kan?

No comments: