Saturday, August 14, 2021

Soc Med---Penting ka? (Salam Tazkirah Hujung Minggu)

Penting ka ada profile dalam social media ni? Pada saya idaklah penting pun. Like I said before, saya terjebak pun sebab merayau-rayau dalam internet terberada di tempat yang salah pada masa yang salah. Masa tu saya ini umpama rusa sesat termasuk dalam hutan larangan. Dah la termasuk dalam tempat terlarang, dok suka-suka hati je ragut apa-apa yang saya minat. Maka marahlah tuan tanah tu, kan?

So, pendek cerita life masa tu, secara emosi memang saya koyak,lah. Dan social media ini some sort of my comfort zonelah kiranya. So, bila dah semua ok alah alang-alang dah ada tapak tu, terus ajelah membina kontent,kan. Tak kisah kalau tak de orang baca pun, kita saja coret-coret untuk menyukakan hati sendiri. Tapi dalam FB pula sebab ada makcik pakcik, kakak abang sepupu, kengkawan opis, saya kenalah tapis-tapis apa benda yang nak dishare,kan. So, far tak de le lagi kena blok ke hapa,ka. 

Tapi tu ada gak masa rasa macam was-was, takut apa kita upload bikin orang berduka, sedih dan sebagainya. Maklumle kita ni suka upload gambar-gambar makanan. Tulah kau upload gambar makanan pun salah, kau. Hadooiiii nak nak masa kobid ni, jangan upload benda tu semua, ramai orang sedih. Hurm, tapi tu lantak kau lah---saya upload pun sebab kawan opis, makcik saya kat kampung tanya saya makan apa sampai dari Obes dah overweight je ni. Lantakle ko nak sakit hati, sakit le---

Tapi saya yakin tak de orang sakit ati pun dengan posting saya. Derang pun 2x5 je dengan saya. Cuma hari ni nak membawang sikit pasal ada satu bos kat opis--- bukan bos sayalah, tapi bos orang lain. Dia ni memang suka bagi orang makan, dan upload gambar makanan. Biasanya makanan yang dia bagi kat kita tu dia belilah. Tak taulah mana dia dapat tah, semua makanan yang dia beli bukan saja sedap, tapi cantik cara pembungkusannya. Kami memang dah agak dah kalau kueh cantik-cantik je ni, mesti dia yang belanja.

Semua orang happy, tapi tetiba satu hari tu bos ni sort of like meroyanlah---tak pueh ati gitu upload share benda pasal nasihat kepada haters yang tak suka kita post gambar makan-makan. Panjang jugaklah bebelan yang dia share tu--saya terfikir, aik pulak dah, macam gitu baik punya manusia pun ada orang tak suka. Tak taula sapa yang tak pueh ati dengan dia tu.

Saya pun heran. Apalah masalah derang ni. Saya senang je, kalau ko jeles orang upload gambar makanan, kau upload la gambar ko sendri. Selain tu saya ada gak follow selebriti produk kurus dan penjagaan muka yang gemar masak-masak. Bini dia jual produk, laki dia jual kereta. Memang kayalah derang ni. Jutawan kut. So, masa follow-follow tu adalah orang tinggal komen yang pelik-pelik. Orang jenis bertazkirah, gitu-gitulah.

Aku fikir satu je, kenapa ek ko sibuk sangat nak tazkirahkan orang ek. Diri kau tu dah betul sangat, kah? Kalau betul, macam ustaz kozim, laki neelopa, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ebit Liew tu, ko rasa dia ada masa, ka tazkirah kat wall orang, kan. 

Iya betul saya pun kadang tengok post orang ada rasa menyampah juga. Tapi tu biak pilah dia,kan? Tapi kat sini kat ruang peribadi saya, nak jugak membebel he he--nak mengajoooo0000 ajaran saya begini. Saya nak ajar macam mana nak bermasyarakat di alam maya. First of all buat konten sendiri. Tak kisah, orang tak baca, ka baca ka, ko buat aje. At least itu menghindarkan korang buang masa baca, lepas tu mengarang ayat nak mentazkirahkan orang lain, kan? Katalah kau nak mengajar, nak beri pengajaran bahawa beli pinggan mangkuk mahal-mahal tu membazir, (kenapa kau rasa membazir, sebab bila derang menggambar makanan  dalam set mahal tu, gambar makanan tu tak cantik langsung, pinggan mangkuk je yang lebih.  Cantik lagi makanan yang orang hotel hidang atas talam, atau atas daun pisang) Atau kau nak mengajar makanan sihat tak semestinya mahal....kau createle kontent kau sendiri.

Ceh cakap pasal gambar makan, saya pun nak mengajar-ajar ni, yang makanan baik itu bukan terletak pada harganya tapi makro nutriant ni--- Orang kata kita sesama muslim ni kan hidupnya saling berpesan-pesan. Ni pesan, bukan pasal niat baik sangat ni pun, tapi sakit matalah tengok, kira ni terapi matalah ni---iya kau sakit mata aku, ko masak makanan suam-suam kuku jak, hidang dalam Portmerion, betulka ejaannya ni. Nak tengok gambo makanan tak cantik dalam pinggan mahal??---kalau rajin saya tunjuk.

Tapi tu hari ni saya belanja gambar makanan yang mur-mur je tapi kaya nutrisi. Tak sedap? hurmmm----ntah, saya rasa sedap jerrr---sumpah memang sedap. Oh ya by the way mangkuk dan cawan tu saya beli kat kedai 2 hengget, piuk tanah tu saya beli kat shopee 20 hengget, talam kayu tu pun kat shopee gak, tak ingat brapa hengget, bawah 20lah plus postage. or prop tu, masa saya pi ngodit kat JPNWP sana, sambil saya nunggu dreber ambik saya kat lobi, sempat tu aku ngecek kat pekerja pembersih kawasan dia yang tengah trim pokok...so FOC. Bekas cantik tu pun hadiah dari JPNWP gak. Derang bubuh cookie dalam tu, so cookie dah habis saya masukkan pokok tu.




hah ko tengok le ni, salad, timun, telur, ikan temenong tu, mahal ke bendanya? Murah jak. Minggu ni saya diet rendah karbo, cukuplah karbo tu saya dapat dari sayur-sayuran. Saya mau lemak banyak, so saya ambil ikan temenung ni sebab kekayaan lemak dia lebih kurang sama je dengan ikan salmon.

Sekian, tazkirah saya pada hari ini. Ingat, nak diet, tak semestinya mahal, makanan murah pun banyak yang kaya kandungan nutrient dia. Eh sapa sangka,kan ikan temenong sama level dengan ikan salmon, tu. hah!

No comments: