Wednesday, August 4, 2021

No Update???

Wah dah lama tak tuleh ni, apa dah jadi? Saya ni biasale menuliskan terapi minda je, so la ni memang dah ok. Anxiety pun dah ok, idakle minda saya meraban berangan yang bukan-bukan. Bila tertekan je yang jadi saya boleh menulis macam-macam. Bila dah tenang semua benda tu bertempiran lari.

Bila dah ok biasalah saya, tido, bangun tido senam, lepas tu masak, lepas tu tengok youtube masak-masak. Macam gitulah rutin saya. Ok, hari ni tetibeerrr teringat kawan saya yang kije kat DBP tu. Saya kenalpun dalam internet. Masa tu memang minda saya huru-haralah. So banyak jugalah tulis merapu yang kawan kata not bad tulisan saya ni dan saran agar menulis karya kreatif.

Masa tu saya kije kerani. Walau otak huru-hara, saya tau tak guna tulis-tulis, tapi tak laku. Macam dia leerrr---dia tak le menulis, tapi mengedit. Dulu negedit Majalah, la ni mengedit buku sastera. Majalah dan buku-buku yang tempat kije dia terbitkan memang suam-suam kuku je. Ko tanya le bebudak muda yang tengah aktip membaca tu, ada kenal buku ini, majalah ini, cerpen ini, harus derang kata ntah, tak tau, tak tau. Gitule tahap kroniknya ketidak popularan karya-karya yang tempat kije kawan saya hasilkan. 

So, saya yang kerani kewangan ni mestilah fikir, apa jadahnya saya nak buang masa dengar cakap dia ni, baik le saya tingkatkan je kerjaya kewangan ni setakuk lagi dengan amik cuti belajar. Bila dah belajar, otak jadi kurang huru-hara. So, cerita yang saya tulis dalam blog pun suam-suam kuku ajelah. Lama tak rasa anxiety, nebes ke hapa. So, tuleh pun gitu-gitu aje. 

Berbalik pasal nak jadi penulis ni, katalah saya ni memang semula jadi, bangun-bangun tido jak ada je idea nak tulis, mencurah-curah gitu, first thing first, saya kena pastikan saya ada peminat. Kalau tak de peminat kau tulis untuk sapa? Kau tulis untuk Negara? Ya negara yang tanggung separuh dari kos operasi kerja tulis-tulis kau, dari nak terbit buku, sampailah paksa orang baca buku kau. Tapi saya fikir begini, dari buang duit rakyat untuk negara, berkhidmat untuk rakyat sahaja sebagai kuli batak Negara. Kuli, pun berkhidmat jugak,kan? So, apa masalahnya yang nak dok tuduh-tuduh orang tak de life tu,kan? Ntahlah sapa yang tak de life, kuli gomen ke, penulis yang tulisannya tak laku-laku walau dah berbillion duit rakyat "sapan" dikerjakannya? Apa? Besok "mati baru orang kenal saya" iayalah kita tunggu kau mati dulu, ya he he ---sapan ni orang Melaka kata untuk ranap-punah---

Saya tak sangka juga tetibeerr dari kerani kewangan, lepas habis belajar dapat kije Penolong Juruaudit. Memula masuk kije saya ingat auditor ni kije cek-cek aje. Rupanya lepas mgecek kena tulis laporan, so kire kije saya ni menuleh jugalah. Nasib baik, tuleh-tuleh-tuleh dapat masuk Laporan Audit Negara. Kalau Audit Dalam ni masuk Laporan Tahunan Audit Dalam leerr---okla tu, tetiap tahun tulisan masuk laporan apa? Tapi idakla macam kau tulis untuk negara. Nama kau tertulis dalam sana. Nasib baik dapat hadiah ribu-ribu ringgit.

Pendeknya, bukan saya tak nak menulis, bukan jugak tak reti, kau kena faham, saya ni pelik. Bila dapat sakit berdebar-debar, takut tu aje yang saya boleh tulis. hah! kalau dah ok dah tak keluar semua idea tu. Cerita apa aku nak tuleh ek?  Ahli Politik Gay with Black Hidden Agenda vs Ahli Politik Nobel Melayu Money Laundring Bela Saka Katurah???? he he he---dah tak ingat dah---Ceh perasan nak tulis karya ala-ala Naratif Ogonshoto gitu karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan. Berangan bulehlah.

Berangan sikit punya gedang,kan? Berangan tak mengapa, tapi kena tahu bezakan antara Berangan dan ekspektasi. Beza antara fantasi dan realiti. Know your limit. Kalau setakat tulis laporan Pemerhatian Audit je, baikle expect pencen besok kije mandi kucing. Apa masalahnya mandikan kucing? Orang kije mandikan kucing tak de life ka? Mandikan kucing pun is a life what. I think mandikan kucing lagi mulia dari;

[1] Negarawan Keropot yang kijenya cucuk-sana-cucuk sini, melaga-lagakan orang je. Duit dah billion-billion, tujuh keturunan tak habis makan, masih lagi tak reti dok diam; Or 

[2] Negarawan Laki-Bini-Anak Beranak yang reti berenti hasut rakyat demo-demo atas jalan tak kira covid tak covid sebab gian nak jadi PM, tapi masiiii tak jadi-jadi; Or 

[3] Negarawan Tua, yang kije tak sudah-sudah nak membida katak-katak Negara. Katak-Katak tua tu lagilah keji, kan. Kalaulah saya ini penangkap katak bermukjizat, pasti saya tangkap katak-katak tu semua bagi makan ular kat zoo Negara sana.

Soooo---sapa kau nak melalak-lalak kata orang tak de life, just because saya tak kose nak layan cita-cita gedang kunun-kununnya busy berkhidmat untuk Negara tu? Kau tak rasa ka, orang gelandangan yang comot, kotor dan busuk tu lebih mulia dari tiga orang tua tak ingat nak mati yang saya senaraikan seperti di atas?

No comments: