Tuesday, January 12, 2021

FEELING----

 Tetiba kita feelinglah pulak minggu ni. Ni gara-gara kena lock-downlah ni,kan. Tak de kije, mulalah teringat benda-benda yang sepatutnya dilupakan sahaja.

Kadang tu bila kenang balik, kita rasa, kita perasan macam best pulak nak dikongsi di sini. Ok apa cerita. Kali ni kita nak cerita cerita kisah cinta----hah gitu, kan? 

Ceritanya begini masa tu saya bosan, kut, saya merapu chatting dengan ntah sapa-sapa ntah,kan, nak kata bercinta pun tak jugak, just main-main lepas bosan. Pendek cerita last sekali seperti saya terjaga dari mimpi dan wake-up as a monster.

Over the years, macam eh suka pulak jadi moster, gitu. Orang punyalah semua nak jadi Bidadari Syurgamu, Puteri Lindungan Bulanlah, kan. Ko mesti kata kita temberang kalau kita kata kita seronok jadi monster. Seronok tu idaklah, kita bersyukur tak jadi Puteri.

Akceli banyak kali juga kita nagis-nagiskan sebab waking-up as a monster ni. Dah lama-lama bila tengok minah-minah Puteri kat opis ni kita selalu pulak cakap dan senyum sendirian "aish, nasib baik aku ni monster"

Nak kata monster ni memang real life memang aku real monsterlah--- apa benda monster dah aku buat?

Tak tahulah apa kita dah buat, tapi yang terbaru ni ada Puteri Opis tempat kita kije ni, tulis watsap panjang-panjang serang kita, pendek ceritanya kita ni sudah "tarnished her raputation" wah monsternya haku, kan? Kita buat bodo ajelah, kita,kan monster. Akhir tahun, dia tak tahan dia kuar unit. Kita pulak tercalon menerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2020. Calon je ko ingat aku boleh dapat ke? Si Puteri ni dah lobby panel-panel lain macam-macam pasal aku. Setakat bukak LNPT kuar nama calon jele. Idak le kita berangan lelebih sat lagi nak tayang gambo naik pentas terima sijil dari Menteri Pendidikan aih!!!! Dapat calon pun kita dah seronok dah dan berterima kasihla pada yang mencalonkan nama kita tu. Hada juga orang suka kat monster gamaknya.

Dalam pada-pada kita monster ni, kira ada jugak orang yang terima kita dan percayakan kita. Tak ramai tapi ada,lah. kita seronok. Kita memang tak amik port pasal reputasi, ka hapa ka,kan. Yang penting pegi kije, nak siapkan kije. Itu ajelah sifir kita hari-hari.

Lain le pulak dengan si Puteri-puteri ni,kan. Telampau sangat dengan reputasi, sanggup marah-marah kan orang. Itu Puteri kecik ---level-level Khidmat Sokongan. Ada satu Puteri besau sikit level P&P, hadoi lagi gila perangai si Minah ni. Dia tak le gaduh dengan saya. Dia tak puas hati dengan team member saya.

Iyalahkan dah namanya Puteri, dia nak team dia best-best je. Nasib baik bukan team kekal saya, setakat team pinjaman je. Team dia kurang orang sebab ada yang naik pangkat, ada pulak yang cuti jaga anak sakit, so saya kena pinjamla ke team kayangan ni. Puteri Besau sikit, sakit hati dengan ada sorang dia punya orang bawahan ni, dia tak mau budak tu duduk dalam team dia. 

Kau tahu apa dia buat? Masa PKPB masa orang tak ramai kat opis, dia panggil budak dia dan cakap nak bincang pasal LNPT. Dia tak puas hati pasal prestasi budak ni, dia kata lagi dia selalu dapat komplen, team-member lain komplen derang sukar nak establish communication dengan budak ni, bla bla bla---

Penghujung cerita budak ni kena tendang dari team, dan ada pulak minah dari Blok F saaannnaaa yang seberang jalan besau sana (kita blok E), kata budak ni kena tendang sebab kita dengan sorang lagi kawan kita bawak mulut kat bos. Uitssss----punyalah besau monsternya kita ni,kan sampai ke Blok jiran dah tersebar dah kita ada kuasa tendang-tendang orang,kan?

Kita nak marah? Apa barang nak marah? Gelak pun ada dah nama pun monster. Kije kuli-kuli tapi ada power tendang orang sana-sini. 

Tapi tu kawan kita yang sorang lagi tu tak boleh terima tuduhan ini. Dia bersemuka dengan Puteri Besau Sikit dan tanya " Puan, kenapa xxx kena tendang?" Idakle dia terus serang kata "bla bla bla" alahai kita ni kuli-kuli je takkan nak serang bos sendiri pulakkan? Dia expect Puteri Besau sikit kata "eh bukan korang ka komplen macam-macam pasal dia?" tapi tu dia cakap budak tu mintak tukar ka, bos besau suruh takau ke tak taulah mana satunya---yang suruh tukau eh? 

Wah depan budak tu dia kata team komplen, depan team dia kata bos besau komplen. Mana satu ni. Tapi budak kecik tu cakap yang tak puas hati tu, dia, leeeer. Tapi dah dia feeling dia Puteri, mana maunya dia nak calarkan reputasi dia yang menendang-sana-menendang sini, tu, kan. ha ha ha--- dia create story yang completely tak betul. 

Eh masa tu si Monster ni plak feefeeling PU Rizz Nelooopa cakap "saya nak fokus masuk syurga, jadi saya maafkan dia sebab dah buat cerita tak betul pasal saya" Betul saya langsung tak marah pun. Cuma sikit nagis-nagis tu adalah--- tapi syukur sangat NASIB BAIK AKU NI MONSTER

Bayanglah kalau Puteri, punyalah nak jaga reputasi sampai orang yang kena dengan kau aje yang tahu betapa kejinya perangai kau.

Lepas tu hari-hari, walau kita dah selamat dipulangkan ke team asal, kita mengadap juga si Puteri Besau sikit ni, memang peragai dia tak serupa Puteri mana, pun------Puteri Batu Api, adalah. Tapi bagi orang yang kenal dia kata dia Memang Puteri Harapan Bangsa Pembasmi Korapsi Negaralah. 

Hada aku kesah apa gelaran ko ada, kan. Watever gelaran, hanya pinjam semata-mata sementara hidup. Besok dah mati gelaran tu tinggal gitu sahaja. Buat apa bergelar Puteri tapi terpaksa create story, create watak monster yang tak wujud. Nasib baik monster yang ini tak kisah apa-apa, kut kut besok ada monster yang tak redha, kalau monster tu memang real monster, duduk dalam neraka, merangkaklah kau cari dia dalam neraka saaaannnaaaa cari dia dan minta maaf sama dia----



No comments: