Sunday, January 10, 2021

FAIILLLLL-----

 


Masuk jak opis dah ada kek kenit sebekas kat meja. Happy Birthday katanya hihi---


Birthday- Ai dah lepas, tapi tulah kalu dah nama Birthday ni orang bukan kira nak rai bila. Rasa Birthday-birthday ni sepanjang tahun birthday Ai---

Birthday saya 3 Januari yang lepas, masa tukan cuti. Lepas tu ramai yang sambung cuti sebab nak prepare anak sekolah, nak cari pengasuh dan macam-macam hal,lah kan yang berkait dengan persekolahan dan pengurusan anak-anak ni, Jadi sambutan di ofis ni tertunda. Ni baru kek kecik, ko tunggulah, dengo citer Jumaat ni derang nak buat makan-makan untuk Ai dan kawan-kawan lain yang sambut Birthday bulan Januari ni.  

Tapi sambutan di kampung dah buat dah. Family dah bawak makan sana-makan sini. Kat rumah pun mak dah masak sakan. Mai pulak family dari KL, masak-makan-masak le kijenya kat kampung tu. Balik Putrajaya hapa lagi ----- BOOMB, segala penat lelah berdiet telur hari tu, habis punah. Gitulah ceritanya. 

Diet memang gitulah agaknya,kan. Tapi bila look back when I first started ada kesedaran tentang berat dah terlebih ni, iaitu pada Oktober, saya kira sampai hujung 2020, dah lost 12.7kg. Aik takkan naik balik 5 kg sebab makan-makan di kampung saya nak give-up all the hard work, kan. So saya istiqamahlah berdiet. Senam, atas darat bagi orang macam saya ni mmg tak laratlahkan. Saya senam di kolam. Alhamdullilah, 5kg yang naik tu dah set off balik.

So 2021 ni macam mula buku baru balik,lah. Memang sukar nak kawal makan kalau kita di kampung dan bersama-sama orang yang tak ada masalah obesiti ini. Tapi tu tak eloklah dah salah sendiri tak boleh kawal makan, nak salahkan orang lainlah pulak, kan. Kita tak boleh kawal selera orang. Kita cuma ada diri sendiri sahaja yang boleh dikawal.

Berbalik pasal kek ni, kita tak boleh marah kawan-kawan yang suka belanja kita makan-makan, tapi apa yang boleh kita buat?

Boleh gandakan senaman harian--- boleh berpuasa sunat. Itu ajelah yang kita boleh buat.

Sekarang ni saya tengah berdebar ni tunggu apa keputusan PKP yang akan diumukan hari ini. Dengo citer PKP nak dikenakan semula---alahai, tak boleh mandi kolamlah gamaknya,kan. So, apalah option yang ada selain kolam? Takkan nak pose hari-hari,kan. Tak ke pelik namanya tu hihi---

Kalau ko rajin menelaah, rajin surf internet, ada alternative lain selain kolam bagi orang yang sayang lutut-sayang kaki macam saya. Apa alternativenya. Tunggulah kalau jadi PKP balik, kalau tak jadi tak delah saya cerita, kan?

No comments: